Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

05 Februari 2009

Pemprosesan Bahan Mentah

Pemprosesan dan pemilihan bahan mentah yang betul sangat penting untuk mendapat FCR yang terendah.Di Jepun FCR nya telah mencapai 0.5 begitu juga di Australia kurang dari 1.FCR yang rendah selain dari menguntungkan penternak, ia nya dapat mengawal pengeluaran enfluen yang banyak kepada alam sekitar,malah di kenakan denda jika di dapati FCR dari penternakan ini lebih dari 3 di kebanyakan negara maju.

Pemprosesan lebih kritikal berbanding dengan fomulasi.Formula yang terbaik tidak menjamin mutu makanan yang terbaik.Kurang pengetahuan tentang cara cara pemperosesan boleh menyebabkan kan bahan mentah yang di peroses rosak atau tidak tahan lama.Selain dari itu pengetahuan dalam bidang pemperosan dapat membantu dari hasil yang dapat di maksimakan.
Untuk mendapat FCR terbaik ia perlu di lakukan di peringkat pemprosesan bahan mentah lagi.Tepong ikan terbaik di proses semasa ikan masih segar lagi.Ini di laku kan supaya profil amino acid (protin) tidak rosak.
Dengan pemprosesan juga bahan mentah dari sumber tumbuhan dapat di guna atau di ganti bagi makanan ikan yang bermirip kepada kanivarous atau omnivarous yang lebih kepada penerimaan nutrien dari sumber binatang .Pemprosesan dapat mengungkaikan struktur saperti kanji kepada gelatin dan memecahkan struktur lain yang lebih mudah di hadam oleh ikan.Bila mana kita mencampurkan darah (blood meal) di dalam makanan kita,kita dapati ada perubahan ketara dalam pembesaran ikan ikan yang di ternak,ini kerana selain dari mempunyai profil amino terbaik,darah juga mempunyai kadar penghadaman yang tinggi.tujuan pemprosesan adalah untuk menghindarkan kerosakan keatas profil amino acid (protin) dan juga untuk meningkatkan kadar penghadaman ini
Bagi semua kehidupan samaada dari binatang,ikan atau tumbuhan mempunyai sistem imunisasi bagi pertahanan badan supaya terus hidup,bila telah mencapai peringkat kematian sistem imunisasi ini diganti dengan sistem pereputan samada dalam bentuk bacteria,kulat atau enzim.
Dalam kebanyakan tumbuhan pula sistem imunisasi ini masih lagi aktif walau pun dalam bentuk bijiran atau tepong.Ianya samada dalam bentuk anti nutrient ( membantut pembesaran) atau dalam bentuk toksik ( memudaratkan ternakan) jika ianya tidak di buang/nyah kan sebelum di peroses menjadi pelet ini akan membantutkan pertumbuhan/pembesaran ikan atau lebih teruk lagi akan memudaratkan ternakan yang di pelihara selain dari penyumbang kepada FCR yang tinggi.
Dalam membuat makanan rumusan ,jika sistem pereputan ini tidak di hapuskan ianya akan merosakan nilai nutrient yang ada dalam bahan mentah ini.Suhu dan masa mempercepatkan proses pereputan ini,makin lama jika di biarkan dan suhu yang panas akan mempercepatkan proses pereputan ini.
Contoh toksin , anti nutrient atau anti metabolic dalam bahan mentah
1.Toksin kulat
a. Aflatoxin - Pembiakan kulat dari jenis aspergilus spp. Di sebabkan oleh suhu dan kelembaban yang tinggi di dalam bahan kekacang dan bijiran.
2.Hingapan Bakteria
a. Pencemaran salmonella – Pencemaran bahan mentah terutama bahan mentah protin berpunca dari serangga atau binatang saperti tahi dll.
3.Toksin Bakteria
a.Botulism – Ikan atau ikan baja yang di simpan secara anaerobic.
4.Antivitamin A
a. Lipoxidaseterdapat dalam kacang soya.
5.Antivitamin D
a. Antinutrienterdapat dalam kacang soya.
6.Antivitamin C
a.Thiaminaseenzim yang terdapat dalam ikan mentah.
7.Antibiotin
a.Avidinterdapat dalam telor mentah
8.Haemagglutinins
a. Antinutriendi dalam kacang soya yang tidak di masak dan dalam kekacang lain.
9 Sapogenin glycosides
a.Racun toksidkacang soya,alfafa,gula beet
* Catitan – saponin di guna untuk menuba ikan.
10.Peroxide
a.Minyak oksidan – lemak atau minyak atau bahan bahan yang mengandungi lemak/minyak saperti tepong ikan dll. yang tidak di rawat dengan anti oksidan.
Bahan bahan mentah yang boleh dikategorikan sebagai bahan mentah yang boleh di guna pakai di dalam membuat makanan rumusan hendaklah tidak di cemari oleh toksin,antinutrien dan antimetabolik saperti di atas.
Jika bahan mentah ini di gunakan juga desebabkan ianya murah dsb nya,ini boleh membantutkan pertumbuhan atau memudaratkan ikan .Pengunaan bahan bahan mentah ini juga akan meningkatkan kadar FCR.
Rawatan haba merupakan rawatan yang selalu di guna oleh kebanyakan industri makanan ternakan kerana ianya murah dan lebih efektif.Ia boleh di buat samada dalam bentuk pengewapan (stim) atau memasak secara kering.
Bagi kebanyakan enzim boleh di nyah kan pada suhu 50 º C,dan bacteria pada suhu 100 C ,Cuma apa yang perlu diberi perhatian suhu yang di guna tidak melibihi 130 º C.Ini kerana suhu yang terlampau tinggi akan merosakan protin dan vitamin di dalam bahan mentah ini.
Bahan bahan mentah yang perlu di peroses adalah saperti ikan baja,perut ayam,dedak ,bulu ayam ,kacang soya,dedaun saperti kankong dsb nya.
Cara pemprosesan juga menentukan kadar nutrient dalam bahan mentah itu sendiri,misal nya perut ayam ,dengan mengunakan stim bertekanan tinggi dan pemprosesan yang betul ,protin nya boleh mencapai 65 % ,berbanding dengan hanya merebus yang hanya dapat menghasil antara 40 hingga 45 peratus protin.

7 ulasan:

anne berkata...

Assalamualaikum...sy berminat untuk dapatkan maklumat cra memproses makanan ikan menggunakan beras hancur,hampas kacang soya dan dedak padi...bleh jelaskan pd sy..adakah air beras adalah salah stu sumber umtuk proses makanan ikan?

Cikgu Naim berkata...

W'salam,
Air beras bukan sebagai sumber utama bahan mentah,tetapi sebagai nutrien untuk probiotik bacteria latik acid yang mana boleh meningkatkan kecekapan pemakanan ternakan.

Tanpa Nama berkata...

slm..cikgu, sy nk tanya..sekiranya bhn mentah contohnya seperti napier tidak diproses terlebih dulu dan dibuat pelet boleh tak?

Muhammad Dandarawie berkata...

slm..cikgu,bagaimanakah yg dikatakan memasak dgn cara kering..minta penjelasan cikgu..tk

Cikgu Naim berkata...

Mengunakan kan relau atau cara mengoring ,suhu di kawal supaya tidak melebihi dari yang di kehendaki,cuma masa untuk proses ini di panjangkan atau lebih mudah lagi dengan mengoring mengunakan api yang kecil dan sentiasa di kacau,agar bahan ini masak sekata.

Tanpa Nama berkata...

berapa lame tempoh menggoreng?

Cikgu Naim berkata...

Bagi pemprosesan membuat tepong ikan atau kacang soya yang belum dibuat rawatan haba kadar haba hendak pada suhu 100 hingga 120 darjah C ,dan perlu di kacau selalu,pada kebiasaan nya masa yang di ambil antara 6 hingga 8 jam bergantung kepada jumlah bahan mentah yang di guna.