Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

14 Februari 2009

Terma Terma Yang Di Guna Dalam Fish Feed Technology


Ejaan di dalam blog ini bukan lah ejaan yang betul atau tepat.Ejaan yang di buat adalah berdasar SEO -search engine optimizer,yang berasas kan 'key word',misal nya pellet di eja palet,pelet dsb.Ada perkataan yang di eja dalam bahasa English sepenuh nya,dan ada yang di BOLD kan,Bagi yang bertanda biru maksud sebenar di terang di dalam topik Terma terma yang di gunakan dalam makanan rumusan (di laman ini).
  1. FCR – Feed Conversation Ratio,Kadar pertukaran makanan bagi pengeluaran 1 kg ikan
Formula,
FCR ialah kadar yang sentiasa di guna bagi mengira keberkesanan makanan yang di beri, misal nya ,jumlah makanan yang di beri adalah 2000 kg, Hasil ikan yang kita perolehi ia lah sebanyak 1000 kg.
Jadi FCR ialah 2. atau kadang kadang di tulis FCR 1: 2 , lagi rendah FCR lagi baik.
  1. FE – Feed Efficiency,dalam kadar peratus
Formula

FE adalah kaedah untuk menentukan kecekapan makanan yang di beri. Sebagai contoh di atas,makanan 2000kg ,tuaian 1000kg. Jadi kecekapan makanan kita adalah hanya 50 % sahaja.
Catitan.
Bagi seorang yang mengusaha penternakan ikan dan seorang yang bertanggong jawab,FCR dan FE ini wajib di ketahui. Selain dari untuk menilai untung rugi ia nya dapat mengira berapa banyak kah pencemaran yang di buat dari penternakan ini.
Kebanyakan penternak hanya mengambil kira FCR ini hanya dari segi keuntungan semata mata , tetapi bukan dari segi jangka panjang.Jika FCR nya 2, dan boleh membuat untung.mereka telah berpuas hati dan tiada usaha untuk mengurangkan lagi FCR ini. Di Amerika di sebuah laggon penternakan lobster yang di usahakan beratus tahun lupus dalam masa setahun,walaupun telah di kuarantin lebih dari 3 tahun masih lagi tidak dapat menternak lobster.Masing masing hanya berkepentingan kepada keuntungan sahaja tetapi tidak bertanggong jawab keatas alam sekitar,tapi akhirnya siapa yang rugi?.
FCR yang rendah membantu penternakan dari segi pengurusan ,terutama pada skala yang besar contoh FCR 2, dan FCR 1, Dengan FCR 1 ,Kalau kita ada lori satu tan kita cuma mengangkut 1 trip sahaja untuk satu pusingan,selain dari keluasan stor di kurangkan separoh.
Dalam kes FE ,feed efficiency pula,bagi FCR 2.bagi setiap penuaian yang di buat kita telah deposite separoh makanan yang di beri kapada alam sekitar atau tempat kita menternak ikan saperti sungai,lagon atau tali air,cuba kita kira berapa banyak kah yang kita buang makanan ini kalu kita telah ternak ikan selama 10 tahun.
Jika di dalam penternakan kita FCR ini tidak dapat di kurangkan ,atau telah menjadi tepu,alternatif lain perlu di fikir untuk mengelak sebarang pencemaran sekali gus dapat mengekal kan industri perikanan ini ke anak cucu kita.
Lain lain terma yang di gunakan,kalu tak faham ,abaikan.
  1. Tenaga. Di kira dalam kcal/kg
    1. ME – Metabolik energy ,tenaga metabolik yang di guna untuk pemperosesan metabolisma di dalam badan.
    2. DE - Digestable energy- tenaga yang di guna untuk penghadaman
    3. NEp - Net enegy for production
    4. NEm - net energy for maintenance,
    5. Hp - heat production
Kadar Pembesaran Ikan
  1. SGR = Specific Growth Rate
Formula.
SGR = (lnWf - lnWi x100) / t
lnWf = the natural logarithm of the final weight
lnWi = the natural logarithm of the initial weight
t = time (days) between lnWf and lnWi
* SGR ini banyak di guna oleh kebanyakan ahli biologi tetapi tidak berapa tepat disebabkan oleh ralat dalam logarithm
Di dalam akuakultur formula yang lebih tepat adalah TGR yang mana suhu juga di ambil kira,ini kerana ikan adalah jenis poikilothermic ( suhu badan mengikut suhu luaran) suhu mempengaruhi metabolisma yang memberi kesan kepada penghadaman dan lain lain.
5. TGR = Thermal Growth Rate
Dimana
FBW = Final body weight
IBW = Intial Body weight
T = Temperature ยบ C ( purata suhu yang di ambil antara IBW hingga FBW)
D = Days ( jumlah hari antara IBW dan FBW)
* Untuk membuat kajian pemakanan berasaskan TGR, program berkaitan ini boleh di down load di Fish-Prfeq
6.RPM = Revolution per min-satu pusingan seminit
7.Pellet -palet,pelet ,makanan ikan yang telah di proses dan di bentuk mengikut saiz yang di kehendaki
8.Isipadu air
1 litre = 1 kilogram = 1000 g
1000 litre = 1 meter cube, 1 meter panjang x 1 meter lebar x 1 meter tinggi
* 1 kaki padu = 28.317 liter = 0.0283 meter cube
liter/min = aliran air atau cecair bagi satu min,cara sukatan ,isi kan air yang mengalir ini sambil mengambil masa,hentikan aliran ini bila sudah cukup seminit,sukat air ini dalam sukatan litre.
1 liter = 0.2642 gal (us)
1liter = o.2199 gal ( uk)
1 ml = 1 cc
* cube = padu
1 kaki padu = 28.317 liter

Untuk lain lain conversion sila ke link berikut 

9.PPM = Part permilion- satu bahagian dari sejuta,
1 ppm = part per millon = 1mg per liter( mg/l)
-Pepejal .contoh copper sulphate (pepejal) 2 ppm ,
1 liter air = 1000 gram, jadi 1,000,000 gram air = 1000 litre ,jadi 2 ppm = 2 gram copper sulphate bagi 1000 liter air
-Cacair,contoh fomalin 5 ppm
1 liter air = 1000 ml, jadi 1,000,000 ml = 1000 litre, jadi 5 ppm = 5 ml formalin bagi 1000 litre air.
10.ppt = Part per thousand - satu bahagaian dari seribu,
1 ppt = 1 part per thousand = 1g per liter
-contoh garam (pepejal) 10 ppt ,1 liter air = 1000 gram,jadi 10 ppt = 10 gram garam bagi 1 liter air.
-cecair - 20 ppt, 1 litre = 1000 ml,jadi 20 ml bagi 1 liter air.
* contoh pengunaan garam,copper sulphate,potasium permanganate, dll dalam ppm ppt boleh di dapati di Sistem Makanan Ternakan Rega-3
11.Psi = Pound per sq inches ,tekanan dalam pound bagi keluasan 1"
12.Toksik = tosid,toksid,racun ,keracunan
13.Denitrification -Prosess mengembalikan dan mengurangkan nitrites balik kepada nitrogen gas (N2), dan melengkapkan kitaran nitrogen . Proses ini di buat oleh spesies bacteria anaerobic saperti Pseudomonas dan Clostridium dalam kaadaan anaerobic-ketiadaan oksigen .Bacteria ini mengunakan nitrate sebagai electron acceptor mengantikan oxygen semasa penafasan ( respiration).
14.Votex = Vortex,votek,vortek,kitaran cecair atau air yang mengalir dengan laju membentuk bulatan
15.Sistem Penternakan = Kolam kanvas,kolam tanah,kolam simen,sangkar ,tangki polytank,tangki fibreglass.
16.Hypervitaminosis -Keadaan di mana ikan menerima lebih vitamin dari sepatut nya,symptom nya ikan tidak berapa galak untuk makan,walaupun symptom penyakit lain tidak di kesan. 

17.Fish silage - Bahan makanan rumusan yang siap di hadam (digested) samada di buat mengunakan acid (acid fish silage) atau di peram ( femented fish silage)

18.Metabolik - Dirujuk kepada proses fizikal dan kimia di dalam sel badan untuk penstabilan kehidupan.Metabolik meliputi anabolik (fasa pembinaan) dan catabolik ( fasa mengungkai  yang mana bahan komplek di hancurkan.)

19.NTU -  Nephelometric Turbidity Units ialah unit yang di guna untuk mengukur kadar kekeruhan air dengan cara memacarkan sinaran cahaya mengunakan alat yang di panggil Nephelometer.






salam.......

0 ulasan: