Saya mula menceburi dan berjinak jinak dalam bidang penternakan ini pada tahun 2000.Sebelum ini saya adalah seorang kontraktor mekanikal dan electrikal sejak tahun 1985 lagi sehingga sekarang.Selama 10 tahun menceburi bidang ternakan ini banyak pengalaman pahit manis yang saya alami.Terus terang saya katakan jika anda ingin menjadi seorang jutawan segera dalam bidang ini,lupakan saja bidang ternakan atau pertanian ini,baik yang di urus sendiri atau melabor dengan orang lain,jadi lah seorang kontraktor atau menceburi bidang bidang lain.
Pertanian atau penternakan bukan lah satu perniagaan yang boleh menjadikan kita seorang jutawan dalam masa sekelip mata. Walau bagaimana pun bidang penternakan ini mempunyai keistemewaan yang tersendiri yang mana agak susah untuk meninggalkan nya walau pun tidak mendatangkan hasil.Ianya bukan satu perniaggan yang perlu di urus tapi lebih merupakan satu seni yang perlu di hayati.
Selama 10 tahun pengalaman ini juga saya banyak belajar ( dan masih belajar) tentang perternakan terutama dari segi pemakanan,sistem dan banyak lagi,dan yang paling afdal, banyak yang saya pelajari ,ialah tentang keinsafan,kesyukuran dan anugerah alam yang tuhan beri ,yang mana saya terlepas pandang semasa menjadi seorang kontraktor.
Walau bagaimana pun ,bukanlah satu perkara yang mustahil menjadi pertanian/penternakan ini satu bidang perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan sama saperti perniagaan lain,jika kita ada kesungguhan,kesabaran dan nekad dengan apa yang kita buat.Di sini saya cuba perturun kan beberapa tip dan pengalaman saya dalam bidang perniagaan dan pertanian ini yang mungkin boleh membantu anda sekelian mencapai apa yang di katakan ’pertanian adalah satu perniagaan.
1.Minda atau mentaliti.
Fokus kepada kejayaan dan berfikiran positif adalah kunci kepada segala kejayaan.Pengalaman yang saya dapati kebanyakan penternak /petani yang berjaya adalah dari kalangan mereka mereka yang bukan dari latarbelakang pertanian samaada seorang jurutera,doktor atau bidang teknikal lain.Kenapa?,Sedangkan mereka mereka ini perlu belajar dari A semula hingga Z sebelum berjaya.Sedangkan mereka mereka yang ada ijazah pertanian atau perikanan lebih berminat untuk makan gaji ,.....Jawapan nya ialah mentaliti.Yang menyedihkan lagi jarang graduan graduan ini menjadi petani moden atau nelayan moden saperti graduan lain yang mengambil jurusan kedoktoran menjadi Doktor, atau yang mengambil bidang kejuruteraan menjadi Jurutera,kebanyakan nya mencari profesion lain untuk sara hidup saperti guru dan lain lain.Ilmu pertanian atau penternakan yang di pelajari di Universiti ini tidak banyak yang dapat di pratikan atau di amalkan.Tidak keterlaluan jika saya katakan mentaliti ini bermula di peringkat Universiti lagi,kebanyakan pensyarah begitu gah dengan Master atau Phd yang di miliki,tetapi tidak merasa malu dengan produk yang mereka keluarkan,di manakah silapnya ini?
Mereka lebih kepada syok sendiri dan tidak banyak membantu dalam pembangunan dalam bidang pentanian atau penternakan di negara ini ,saperti badan Malaysian Fisheries Society yang mengistiharkan sebagai sebuah badan profesional ,agak melucukan apa yang profesional nya dan di bawah akta profesional mana yang di guna pakai badan ini ?,Tidak saperti badan profesional lain saperti badan peguam yang mengawal etika peguam atau doktor yang mengawal etika kedoktoran.,dan lain lain saperti akuantan ,akitek,atau jurutera .Semua nya mempunyai akta profesional sendiri.Jelas sekali di sini dari segi dasar nya sahaja telah di cacarmabakan.
Bagi mereka mereka yang berlatar belakang pertanian amat arif tentang resiko dalam pertanian sehingga terbawa bawa kepada pemikiran negatif ini kedalam pengurusan dan menengelam kan prospek yang ada.Resiko dalam bidang ini ialah 200%, Kemungkinan kematian ternakan 100 %, kemungkinan anda menjadi serik dan kehabisan modal 100 %.Jadi janganlah mudah berputus asa.Buka lah minda seluas luas nya,fikirkan prospek yang lebih luas berbanding dengan kegagalan yang mungkin kita hadapi.Kegagalan adalah ilmu dan pengajaran yang terbaik.Jika tidak pun,buat secara kecil kecilan dulu sebagai RnD ,supaya resiko nya rendah,kemudian di perbesarkan secara berperingkat peringkat.Tetapi jika anda telah mempunyai latar belakang pertanian/perternakan anda adalah yang terbaik.Fokus pemikiran anda sebagai seorang pengusaha ( industrialist),bukan lagi sebagai seorang penternak.
Mereka lebih kepada syok sendiri dan tidak banyak membantu dalam pembangunan dalam bidang pentanian atau penternakan di negara ini ,saperti badan Malaysian Fisheries Society yang mengistiharkan sebagai sebuah badan profesional ,agak melucukan apa yang profesional nya dan di bawah akta profesional mana yang di guna pakai badan ini ?,Tidak saperti badan profesional lain saperti badan peguam yang mengawal etika peguam atau doktor yang mengawal etika kedoktoran.,dan lain lain saperti akuantan ,akitek,atau jurutera .Semua nya mempunyai akta profesional sendiri.Jelas sekali di sini dari segi dasar nya sahaja telah di cacarmabakan.
Bagi mereka mereka yang berlatar belakang pertanian amat arif tentang resiko dalam pertanian sehingga terbawa bawa kepada pemikiran negatif ini kedalam pengurusan dan menengelam kan prospek yang ada.Resiko dalam bidang ini ialah 200%, Kemungkinan kematian ternakan 100 %, kemungkinan anda menjadi serik dan kehabisan modal 100 %.Jadi janganlah mudah berputus asa.Buka lah minda seluas luas nya,fikirkan prospek yang lebih luas berbanding dengan kegagalan yang mungkin kita hadapi.Kegagalan adalah ilmu dan pengajaran yang terbaik.Jika tidak pun,buat secara kecil kecilan dulu sebagai RnD ,supaya resiko nya rendah,kemudian di perbesarkan secara berperingkat peringkat.Tetapi jika anda telah mempunyai latar belakang pertanian/perternakan anda adalah yang terbaik.Fokus pemikiran anda sebagai seorang pengusaha ( industrialist),bukan lagi sebagai seorang penternak.
2.Ilmu
Ilmu terbaik adalah dengan bekerja sebagai petani/penternak di ladang ladang ternakan atau sangkar sangkar ikan,berbanding dengan mengikuti kursus kursus yang diikuti dalam bilek bilek berhawa dingin dalam keadaan separoh sedar.Di sini kita boleh menilai diri sendiri samada kita boleh menjadi seorang petani/penternak atau tidak,Sekiranya kita rasa boleh, barulah kita ikuti kursus kursus yang kita minati.Dalam zaman dunia tanpa sempadan ini kita boleh pelajari apa saja yang kita ingini.Belajar lah sehingga kita faham apa yang kita ingin buat, selain mempelajari dari orang yang telah ada pengalaman dalam bidang ini.
3.Jangan jadikan hobi,tapi sebagai sumber pendapatan.
Sekira nya kita ingin menjadikan pertanian ini satu perniagaan,buat lah secara serious, penuh semangat dan secara sepenuh masa.Banyak orang tidak faham dengan berkata pertanian ini boleh di buat secara sambilan sahaja.Ikan keli misal nya bukan hanya sekadar memberi makan,ia perlu di grade,parameter air juga perlu di pereksa atau di tukar untuk mendapat kualiti ikan yang terbaik .Pengawasan dari pemangsa ,pengurusan dan banyak lagi tumpuan yang perlu di beri.
4.Pasaran
Pasaran adalah paling penting bagi semua jenis perniagaan.Boleh di katakan anda tidak perlu tahu cara bertani atau berternak ,jika mempunyai skil pemasaran yang baik untuk menceburi pertanian satu perniagaan ini.Tapi inilah yang paling lemah bagi petani atau penternak.Ingat ! Pemborong tidak pernah membayar harga terbaik walau sebaik mana pun hasil pertanian yang kita keluarkan!.
Sebelum memulakan penternakan ini kaji dulu dari segi pasaran,cipta pasaran seluas luas nya.Biar ada plan A,B dan C. Contoh nya kata kan kita ternak keli.Cipta pasaran untuk anak keli bersaiz besar saperti saiz 4-6 ”.sais untuk restoran atau saiz yang terlebih besar untuk jualan induk.Jual pada harga yang berlainan, ikan mempunyai harga yang mahal semasa kecil kemudian akan menjadi semakin murah bila semakin besar,kecuali memang di bela untuk di buat induk,tetapi berlainan pula dengan jenis cenkerang saperti udang atau ketam ,yang mana akan menjadi semakin mahal bila semakin besar.Fahami dulu kehendak pasaran kerana ikan tidak akan membesar dengan sekata.
Cuba proses sendiri hasil penternakan pertanian ini sendiri supaya boleh di jual kepada penguna akhir,saperti ikan yang telah siap dibersih,salai atau sebagainya dan buat pembungkusan yang terbaik.Jenamakan produk kita walaupun hanya di bersihkan saja,tapi jika boleh di buat dengan garam/kunyit adalah lebih baik.Tambahkan nilai produk kita.
Buat promosi seberapa kerap yang boleh.Ikuti kursus kursus pemasaran dan promosi adalah lebih baik daripada mengikuti kursus bagaimana nak buat benih keli !.Promote jenama anda bukan produk ternakan anda.Orang sudah tahu apa itu ikan keli,tapi orang tak tahu apa kelebihan keli jenama anda dan cuba jalin kan pembeli anda seberapa banyak yang boleh untuk satu jangka masa yang panjang.
5.Minat
Anda perlu ada minat yang mendalam dalam bidang ini,baru lah boleh di jadikan ia satu perniagaan.Hanya dengan minat sahaja anda akan dapat buat pemerhatian dan memahami dari segi behavior,bioloji dan kehendak ternakan yang kita ternak itu.Jika tidak anda tidak akan faham kenapa ikan kita tidak makan,kenapa lambat besar ,kenapa kena penyakit dan lain lain.
6.Pelbagaikan produk pertanian.
Jika anda berminat menternak keli,cuba ternak lain lain spesis saperti kututu,keli ,haruan dan sebagai nya.Jangan tumpukan kepada ternakan yang berharga mahal sahaja.Harga mahal, sale volume akan mudah menjadi kecil.Jadi pelupor bagi ternakan baru,dan jangan jadi pak turut.jangan baru nak ternak ,jika satu satu spesis itu harganya naik mendadak.
7.Be smart
Daripada apa yang saya perhatikan.banyak sumbangan atau subsidi pertanian di perolehi oleh golongan yang tak tahu bertani atau menternak,tapi mereka mereka ini mempunyai kelebihan dari segi PR ( public relation).Jangan rasa rendah diri jika kita seorang petani atau penternak,bersikap lah profesional dalam bidang yang kita ceburi.Eratkan perhubungan dengan orang orang yang terlibat dengan agensi yang terbabit.”you are always my boss”,walau pun kita tahu dia tu tak tau apa satu pun.Kontraktor yang berjaya ialah kontraktor yang sentiasa belaja minum pagi kepada jurutera bertugas sebelum pergi melawat tapak.
8.Pengurusan
Cuba mengurus dengan cara terbaik saperti menyimpan/merekod resit resit belian,buat book keeping.Rekodkan cara pemakanan,jumlah dan lain lain secara sistematik walaupun kita hanya ada 2 biji kolam.Senarai kan kerja harian yang perlu di buat setiap hari bagi memenuhi masa 8 jam masa bekerja.Ada kan satu jadual apa yang perlu di buat setiap hari,minggu atau bulan,bertani atau berternak juga perlu ada pengurusan yang sistematik.Didalam perniagaan produk pengeluaran kos barang pengeluaran sentiasa meningkat,dalam hal ini pengusaha perlu kreatif dalam pengeluaran produk mereka,selain dari meneroka pasaran baru,mereka juga perlu sentiasa memikirkan bagaimana untuk menambah nilai hasil pengeluaran mereka saperti pembungusan yang nampak lebih eksusif dan sebagai nya.Dalam aspek pengeluaran,kos pengeluaran perlu di kurangkan saperti pembelian secara pukal atau mencari altenatif lain dari segi pembungusan,pengankutan atau bahan mentah yang lebih murah.
9.Jangan kedekut ilmu.
Daripada pengalaman saya dengan penternak ikan ini ,ada yang telah berpuloh tahun menternak ikan.Mereka mereka ini boleh di kategorikan sebagai penternak yang berjaya.yang sedih nya mereka mereka ini, masih lagi daif dari segi kehidupan.Kalau 15 tahu dulu mula menternak dengan 20 sangkar,sekarang pun 20 sangkar juga.Kebanyakan mereka banyak berahsia dari segi ubat yang di pakai,cara pemakanan dan lain lain di antara satu sama lain,ini di buat takut saingan mereka tahu atau lebih baik dari mereka.Dalam perniagaan, jika tiada perkembangan bermakna tiada kemajuan.
Kongsi lah ilmu yang di perolehi supaya ilmu yang kita ada boleh berkembang.Jika A ada ilmu A, B ada ilmu B.Jika kedua kedua nya berkongsi ,kedua dua nya telah ada ilmu A dan B. dan tercipta lah ilmu C.Bersaing lah untuk maju kehadapan, bukan ke belakang.
10. Jujur
Kejujuran adalah kunci kepada kemajuan perniagaan,Jujur kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.Jangan cuba menipu dengan cara timbangan ,jumlah atau kualiti produk kita,,mungkin pembeli tak tau semasa membeli, tapi mereka ini akan tau juga dan tidak akan berurusan dengan kita lagi.
Jangan memburuk buruk kan orang lain demi untuk mempromosikan produk kita.Dapatkan feed back dari pelangan kita,perbaiki atau tingkat kan mutu bagi memenuhi permintaan dan kesukaan pelangan.
Berjanji atas keupaya kita.jangan berjanji jika kita tidak mampu,beri tahu dengan baik bila masa yang terbaik,walau pun ini mungkin kita akan kehilangan jualan pada ketika ini.
Jangan memburuk buruk kan orang lain demi untuk mempromosikan produk kita.Dapatkan feed back dari pelangan kita,perbaiki atau tingkat kan mutu bagi memenuhi permintaan dan kesukaan pelangan.
Berjanji atas keupaya kita.jangan berjanji jika kita tidak mampu,beri tahu dengan baik bila masa yang terbaik,walau pun ini mungkin kita akan kehilangan jualan pada ketika ini.
Di harap tip tip ini dapat membantu anda semua,jika ada tip tip lain atau cadangan ,sila buat komen di bawah.Terima kasih.
2 ulasan:
artikel yang bagus untuk mereka yg mencari bidang baru.
memberi minat untuk belajar perkara baru
I am sure that you are right. I like your blog! The proofreading-services.org/english.php can help you with writings.
Comment/FAQ