Set up Sistem
A.Penyediaan kolam
1. Tangki Talapia
Makanan yang di perlukan
a.Matahari atau cahaya artificial spt lampu.
b. Allen Miquel solution
- Sodium Phosphate Dibasic ( Na2 HPO4.12 H2O) = 40 g
- Calcium Chloride ( CaCl2. 6H20) = 20 g
- Iron Chloride ( FeCl3) = 20 g
- Hydrocloric Acid (HCl) = 20 co
Larutkan bahan bahan ini dengan air suling sebanyak 800 cc.
c.Baja kan kolam dengan urea pada kadar 50 ppm dan larutan AMS di atas pada kadar 0.16 cc /liter.
d.Masukan starter chlorella atau air hijau yang sedia ada antara 5 hingga 10 baldi.
e.Masukan ikan talapia 10 hingga 20 ekor untuk pembajaaan oganik ,pembajaan seterus nya melalui najis dan ammonia yang di buang oleh ikan ikan ini dengan pemakanan sebanyak 5 % dari berat badan (pellet).
f.Pasang pengudaraan 24 jam sehari.
g.Air akan bertukar hijau antara 5 hingga 7 hari,ukur dengan Sechi disk kadar kepadatan yang di perlukan,jika kepadatan yang di perlukan belum di perolehi,biarkan Begitu beberapa hari lagi.
Cara pengekalan kadar alga air hijau .
1.Buang air ½ dari tangki ini setiap hari dan gantikan dengan air baru yang di tapis.
2.Pereksa parameter air dari segi ph dll,masukan copper sulphate ( CuSo4) pada kadar 2 ppm pada hari pertama pengekalan ,di buat lagi jika di dapat ada predator atau bacteria.
2.Tangki Air Hijau.
1.Cuci kolam sehingga bersih ,bilas dengan mengunakan klorine pada kadar 100 ppm.
2.Sedut air dari kolam talapia dan campukan dengan air tawar atau air payau bergantung jenis rega yang hendak di asuh ,ikan atau udang dsb nya, yang di tapis mengunakan filter 60 micron sehingga pada paras 30 cm.
3.Masukan copper culphate ( CuSO4) pada kadar 2 ppm untuk menbasmi predator fetoplankton saperti rotifer,bacteria dll.
Larutan.
1.AMP solution- 10 ml.
2.Baja Urea – 2g
3.Micromineral Premix – 10 ml
4.Multi vitamin Tablet 1 biji – Vitamin B-complek adalah wajib terutama B12,tentukan multivitamin ada kandungan ini,hancurkan.
5.Campurkan semua bahan bahan ini hingga sebati
6.Masukan air bersih sehingga 9/10 botol ini.
Cara pengunaaan
1.Terbalikan botol ini (gantung) buka injab di botol ini agar ianya menitis pada kadar 10 saat se titis,jika berlaku bloom kurangkan titisan,jika kurang besarkan injap ini lagi.
3.Tangki Makanan Rega (zooplankton).
Tangki makanan rega terdiri dari moina,rotifer,artemia ,daphnia atau infosuria.Gunakan starter zooplanton yang sesuai.Culture starter ini boleh di buat setelah keadaan air hijau stabil pada sechi disk yang di kehendaki.
4.Tangki Rega Ikan.
Rega ikan hanya boleh di masukan jika di dapati sistem di atas beroperasi dengan baik.
Operasi Harian.
-Sebelum operasi harian boleh di buat penyelarasan ke atas injab injab hendak lah di buat.Injab di tangki air hijau (injab A) hendaklah di selaras agar air yang keluar ialah separoh dari tangki ini dalam masa 8 jam.
Contoh jika tangki 1000 liter,separoh ialah 500 liter,jadi 500/8 =62.5 liter sejam atau 62.5/60 = 1.04 liter seminit.
-Mana kala injab di tangki makanan rega –zooplankton hendaklah di selaras kan supaya separuh dari air di tangki ini keluar dalam masa 4 jam.
Contoh ,tangki 1000 liter,separoh ialah 500 liter,jadi 500/4 =125 liter sejam atau 125/60 = 2.08 liter seminit.
-Operasi harian ialah dengan membuka paip pvc A di tangki A,paip keluar ini di biarkan terbuka selama 8 jam sehari.Setengah jam kemudian baru lah di buka pula paip pvc di B,tangki ternakan zooplankton,pembukaan pvc ini hanyalah untuk 4 jam sehari.
Penambahan air hanya di buat di Tangki Air hijau hingga penuh setelah air hijau ini tinggal separoh (setelah 8jam).
Catitan 2.
1.Kepadatan phytoplankton di kolam air hijau berada sekurang kurang nya pada 25 cm. sechi disk ,sila lihat cara pengunaan secchi disk di topik Tips and Trick
2.Makanan tambahan/supplemen boleh di beri kepada zooplanton,
3.Bagi minggu pertama rega ikan yang di ternak di syorkan air yang keluar di injab B di tapis dengan filter 150 hingga 250 micron.
4.Sistem boleh di buat secara automatik sepenuh nya dengan membuang paip pvc yang di pasang,dan memasang selenoid valve di injab keluar yang di nyatakan dan di kawal oleh timer sepenuhnya.
5.Air tambahan yang di masukan di kolam air hijau perlu dirawat dahulu saperti mengunakan anti klorine jika mengunakan air bekalan kerajaan,pengudaraan yang secukupnya dan menapis (guna filterair) untuk mebasmi panthogen dll.
Penyakit boleh jadi dari virus,bacteria,kulat,parasit dan sebagainya.
Jika tidak di rawat kemungkinan keseluruhan rega rega yang di ternak mati adalah besar.Sebahgian cara rawatan adalah saperti berikut
Rawatan Bagi Induk
Bahan kimia | Kepekatan | Masa |
1.Garam – untuk ikan air tawar | 3-5 ppt- | 15-20 minit |
2.Potasium Permagenate KmnO4 | 50 ppm | 15-20 minit |
3.Formalin | 12-50 ppm | 25-20 minit |
4.Ca.hypochloride | 15 ppm | 15-20 minit |
5.Malachite Green | 0.5 ppm | 15-20 minit |
6.Furanace | 10 ppm | 15-20 minit |
Rawatan Untuk Rega
Bahan kimia | Kepekatan | Masa |
1.Streptomycin | 1.5 hingga ppm ( sebagai pencegah penyakit) | 20 minit |
2.Copper sulphate CuSO4 | 0.6 ppm-2 ( sebagai rawatan penyakit) | 20 minit |
Rawatan di atas adalah dalam bentuk ’mandian’ ,bagi rawatan dalam kolam,pengudaraan yang secukup nya hendakalh di buat.Air kolam hendaklah di tukar setelah rawatan ini dibuat.
Bagi rawatan ikan yang luka
Acriflavin | 3 ppm |
| |
| |
0 ulasan:
Comment/FAQ