Reka bentuk sistem makananan rega.
Dalam topik yang lalu kepentingan asid lemak omega dan vitamin kepada rega adalah penting untuk pembesaran optima.Dalam teknik air hijau atau greenwater timing adalah penting.fitoplankton yang di ambil oleh zooplankton yang berada dalam perut zooplankton hendaklah yang belum di hadam sepenuh nya sebelum rega rega ini memakan zoo zoo plankton ini.Timing yang terbaik ialah bila mana rega rega ikan ini memakan zooplankton yang ’full gut’ dengan phytoplankton.
Di dalam sistem tangki untuk pembuatan makanan rega,saperti moina,rotifer,daphnia atau infosuria di dalam kolam simen atau fibreglass,bagi yang baru menceburi dalam penghasilan pembenihan adalah menjadi perkara lumrah sistem ini menjadi ’crash’.Crash adalah di mana air hijau (alga) menjadi coklat atau menjadi jernih atau tiada lagi zooplanton di dalam tangki tangki yang di ternak atau berada pada kadar yang sangat sedikit.
Di dalam sistem mengunakan tangki ini,selain dari parameter air rangkaian makanan adalah sangat penting dalam penyediaan makanan rega ini bermula dari sumber tenaga dari matahari hingga kepada zooplanton sehingga sampai kepada mulut rega rega ini.Reka bentuk yang di buat dan teknik penjagaan nya adalah agar rangkaian ini tidak terputus dan backup sistem jika sistem ini crash.
Sistem di atas mempunyai
1.Kolam Ternakan Talapia
2.Kolam Air Hijau
3.Kolam Ternakan Zooplankton
4.Kolam Ternakan Rega Ikan.
Catitan 1,
1.Kolam ternakan air hijau dan dan ternakan zooplankton hendaklah sama dari segi isi padu.
2.Objectif sistem ini ialah membuang separoh di kolam air hijau dan separuh di kolam zooplankton.Kolam di reka supaya air di buang separuh setiap hari di kolam air hijau supaya tidak ‘bloom’,air buangan ini masuk ke dalam kolam zooplankton menyebabkan air di kolam zooplankton melimpah dan masuk kedalam kolam ternakan rega.
3.Pengudaraan di pasang di semua kolam ini.Air stone hanya di pasang di kolam rega dan kolam talapia.Bagi kolam air hijau dan zooplankton ,hanya hose angin sahaja tanpa sebarang airstone untuk membina ‘ombak’ dan menghindarkan air kolam ini menjadi skim.
0 ulasan:
Comment/FAQ