Kebanyakan makanan halus jenis zooplankton (rotifer ,moiner etc) tidak mempunyai EFA yang sangat di perlukan oleh rega.Alga atau phytoplankton ( nano chloropsis Tetraselmis etc) adalah penyumbang utama kepada EFA jenis acid omega 3 ini.Masalah nya tidak semua rega ini makan alga yang ada dalam sistem yang disediakan kan .Selain dari alga alga ini terlampau halus,ia nya juga kerana kebanyakan rega semasa kecil adalah jenis kanivore, yang mana tidak memakan alga alga ini secara terus.Kekurangan zat makanan ini boleh menyebabkan myopathy atau cardiac.
Dari segi ekologi rangkaian makanan saperti dalam habitat asal hendaklah di ikuti dalam mereka bentuk sistem penetasan itu.
Sistem di atas adalah system basic yang perlu di ikuti.Didalam system komersial contoh nya rotifer, alga dipum bagi setiap 2 jam,setelah ½ jam rotifer ini memakan alga ,baru lah ianya di salur kan kepada rega.
Masa atau timing yang betul adalah penting dalam pemakanan anak anak rega ini ,zooplankton yang di makan oleh rega ini hendak lah dalam keadaan ‘full gut’ dengan alga semasa di makan oleh rega ini agar dapat memaksima EFA yang di ambil oleh zooplankton.
Micro algae
Moina
Rotifer
Copepod
Daphnia
Artemia
Makanan Halus Atau Makanan Seni Untuk Rega Ikan
Setiap kehidupan ini perlukan kepada makanan atau nutrient untuk kesinabungan kehidupan ini bagi pembesaran dan pembiakan .Jadi apakah nutrient yang di perlukan oleh makanan seni ini.
1.Phytoplankton.
Phytoplankton perlukan matahari atau cahaya untuk proses photosynthesis yang mana carbon dioxide di tukar kepada sumber makanan dan mengeluarkan oksigen sebagai bahan buangan
Proses ini berlaku di siang hari atau di mana ada nya cahaya.Bila ketiadaan cahaya proses akan berlaku sebalik nya di mana makanan dan oksigen di guna untuk pengeluaran protin bagi pertumbuhan dan mengeluarkan carbon dioksida sebagai bahan buangan, proses ini di panggil respiration dan berlaku di waktu malam atau ketika ketiadaan cahaya.
Jangka masa oktima bagi pembiakan phytoplankton ini ialah 16 jam bercahaya ,8 jam gelap dan perlu kapada cahaya tambahan daripada lampu lampu yang di pasang.
Phytoplankton adalah sumber utama kepada omega 3 HUFA,tanpa HUFA ini rega rega ikan tidak dapat membesar dengan baik,lagi tinggi HUFA ini lagi baik bagi pembesaran anak anak ikan.
Contoh phytoplankton yang di ternak.
Jenis Alga | HUFA | EPA | DHA |
Nanochloropsis Oculata | 16-43 % | Tinggi | Rendah |
Chactoceros Gracilis | 5-11.5 % | 0.3-2.5 % | |
Isochyrsis Galbana | 2-4 % | 3- 4.2 % | |
Tetraselmis | ˜ 5 % | ˜ 6 % | |
Bagi pertumbuhan yang optima phytoplankton ini perlu juga nutrient dari pembajaan ,ini boleh di buat samada dari baja oganik saperti tahi ayam atau dari baja kimia NPK.
Dari segi pemakanan kepada rega ikan ,Phytoplankton ini pada kebiasaan nya tidak di makan terus oleh rega ikan ( terlampau halus -2- 6 micron),ia di makan oleh microrganisma lain saperti rotifer dll,Phytoplanton ini hanya akan sampai kepada rega ikan hanya setelah rega rega memakan zooplanton yang memakan phytoplankton ini.Contoh rangkaian makanan boleh jadi saperti berikut,
Phytoplanton – Rotifer – Copepode – Rega Ikan
Bagi pemakanan rega yang optima penternakan lebih dari 3 jenis phytoplankton adalah di syorkan bagi mempelbagaikan kandungan nutrien saperti HUFA dan saiz phytoplankton itu sendiri yang dapat di ambil oleh rega rega ini.
2.Zooplankton
Zooplankton dikatakan ’hidup’ bila mana di dapati telor (cysts) ada melekat pada badan zooplankton ini saperti pada rotifer,copepode atau artemia.Jika tiada telor pada badan zooplankton ini bermakna zooplankton ini telah berada pada keadaan ’domain’ atau sedang menuju kepada domain.Jika ini berlaku telor telor (cysts) yang sedia ada juga akan menjadi domain dan tidak akan menetas sehingga keadaan mengizinkan.
Zooplankton amat sensitif kepada persekitaran yang didiami ,sebarang perubahan dari segi parameter air saperti suhu,ph,kemasinan ,ketiadaan makanan atau overpopulated atau pembiakan yang tidak terkawal ,akan membantutkan pembiakaan zooplankton ini atau membuat zooplankton ini menjadi domain,jika ini berlaku, keadaan ini di panggil ’crash’ di mana induk induk akan mati dan cysts ini menjadi domain dan tidak menetas.
Dalam penternakan zooplankton makanan hendaklah sentiasa ada,ketiadaan makanan lebih dari 2 jam dalam sistem akan membantutkan pembiakan dan seterus nya akan crash.
Bagi pemakanan rega ikan, zooplankton sahaja tidak mencukupi dari segi nutrient untuk mendapat pembesaran yang optima ,zooplankton hanya di ambil kira sebagai sumber protin tetapi tidak mencukupi dari segi HUFA dan vitamin, terutama vitamin B complek yang hanya ada pada phytoplankton.
Makanan boleh di buat dengan mengunakan phytoplanton dengan pengunaan teknik greenwater atau air hijau atau makanan enrichment atau supplement saperti contoh makanan berikut.
a.Artemia
- Scout elmusion,encapsulated egg,alga
* Sila lihat cara penetasan artemia krista (cysts) di sini
b.Rotifer
- yeast ( ibu roti)
- Encapsulated egg (jenis halus)berserta dengan vitamin dan minyak ikan.
Kadar pemberian makanan boleh di buat dengan mengunakan RotiferYeast calculator,program exel ini boleh di download di sini
- Gram dal (Kacang dal)
- kisar kacang dal hingga halus, campur 4 sudu teh dengan ½ cawan air ,uli sehingga menjadi dos.Campurkan lagi dengan ½ cawan air.Cara memberi makan ialah dengan cara titisan.
- Susu segar- Pengalak pembiakan dengan cara titisan 2 hingga 3 hari sekali.
Bersambong ke Sistem Dan Rekabentuk Kolam Ternakan Rega
1 ulasan:
Salam.Cikgu Naim..xsangka ada ilmu yg bermanfaat yg cgu dh kongsi dr tahun 2009 lg..skrg bru sy perasan..byk btol ilmu yg cgu kongsikn dlm blog ni..terima kasih byk2..kalo cgu ada link fb blh sy follow cgu
Comment/FAQ