Lemak adalah zat tenaga yang tinggi yang boleh di guna untuk mengantikan kegunaan protin sebagai sumber tenaga di dalam penternakan akuakultur.Lemak membekal tenaga dua kali ganda berbanding tenaga dari sumber protin atau sumber cabohydrat. Selain daripada itu, ia terlibat di dalam penentuan rasa dan tekstur serta kandungan lipid ikan. Ia juga penting sebagai pembekal asid-asid lemak perlu(essential fatty acid-EEA) dan pengangkut vitamin-vitamin yang larut dalam lipid. Lemak tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut seperti ester atau alkohol.
Karbon dioksida dan air merupakan dua bahan asas lemak. Unsur utama yang terdapat dalam lemak ialah karbon, hidrogen dan oksigen, iaitu di dalam bentuk-bentuk asid lemak dan gliserol di dalam nisbah 3 molekul asid lemak pada setiap molekul gliserol.
Mengunakan lemak sehingga 15 % di dalam rumusan menjadi kebiasaan di dalam rumusan makanan.
Didalam diet atau 'carcass' ikan, lemak yang di dapati adalah triglycerides,phospholipid dan kadang kala sebagai lilin ester. Triglycerides mengandungi moluku glycerol yang mana 3 acid lemak di lekatkan,Phospholipids juga mengandungi moluku glycerol tetapi hanya 2 acid lemak di lekatkan,acid lemak ke tiga adalah phosphoric acid dan moluku lain (choline,inositol dll),Lilin ester adalah juga di buat oleh acid lemak dan mempunyai rangkaian alkohol yang panjang dan kebiasaan nya di dapati dalam bentuk simpanan lemak di dalam se setengah zooplantonDiantara jenis-jenis lemak adalah seperti berikut;
- Fosfolipid - Terdapat pada membran sel haiwan dan dinding sel tumbuhan sebagai bahan perantara dalam pembinaan lipid yang lain.
- Sifingomielin - Terdapat pada otak dan tisu-tisu saraf haiwan.
- Lilinan - Boleh di metabolikan untuk menghasilkan tenaga.
- Sterol - Lipid ini terdapat dalam bentuk kompleks.
Peranan utama triglycerides ialah menyimpan lemak ,phospholipid .Ia nya berfungsi dan bertanggong jawab dalam pembinaan selaput sel (lipid bylayer) Acid lemak adalah komponen utama dalam diet.kerana Ikan tidak dapat mensintisis acid lemak yang tak tepu dalam bentuk n-3 (omega 3) atau n-6 (omega 6)ini,tetapi sangat penting kepada beberapa fungsi yang di perlukan.Ini bermakna acid lemak ini sangat penting dan perlu dimasukan di dalam rumusan makanan.
Asid lemak boleh jadi.
a. Asid lemak tepu ( saturated fatty acid -SFA) -tiada pasangan ikatan (bond)
b. Polyunsaturated fatty asid -PUFA - > 2 pasangan ikatan.
c. Highly unsaturated fatty asid-HUFA - >4 pasangan ikatan.
Minyak ikan mempunyai lebih dari 30 % omega 3 HUFA,dan sangat baik sebagai sumber lemak di dalam pembuatan makanan rumusan.Ikan marin perlu kepada n-3 HUFA untuk pembesaran optima dan kesihatan,Biasa nya di antara 0.5 - 2 % daripada rumusan kering. Kadar ini adalah mencukupi di dalam kebanyakan tepong ikan dan minyak ikan. Minyak ikan juga adalah sumber utama tenaga,Dua jenis acid lemak (EFA) dari kumpulan ini adalah jenis eicosapentaenoic acid ( EPA : 20:5n-3) dan docosahexanoic (DHA : 22:6n-3). Bagi ikan air tawar ia tidak perlu kepada rangkaian panjang HUFA tetapi lebih kepada keperluan 18 carbon n-3 asid lemak,ia itu jenis linolenic acid (18:3-n-3).Penghadaman bagi lemak ia lah 4.0 kcal/gm lemak
Daripada beberapa kajian yang di buat menggunakan minyak sapi, ianya di dapati mempunyai penghadaman yang rendah di antara 50-60 % bagi ikan,terutama pada suhu 5 -10 °C.Kebanyakan kajian yang di buat mengunakan minyak sapi sebagai bahan utama.Walaubagaimana pun daripada kajian terbaharu yang di dapati, asid lemak poly tak tepu mempunyai kesan 'synergetic' ke atas penghadaman asid lemak tepu.Kombinasi asid lemak poly tak tepu (minyak sawit) dan asid lemak tepu (minyak sapi) menghasilkan tenaga yang boleh mengantikan pengunaan minyak ikan sepenuhnya.
Bagi kebanyakan ikan, untuk mendapatkan tumbesaran yang baik, makanannya mestilah mengandungi lebih kurang 8% lemak. Bagi ikan marin (seperti Siakap) penggunaan karbohidrat sebagai tenaga adalah rendah, bagaimana pun penghadaman lemak adalah tinggi. Oleh sebab itu, lemak adalah pentng di dalam makanan ikan marin dan tahap optima lipid adalah 13% - 18%. Bagaimana pun, makanan yang mengandungi lemak terlalu tinggi boleh mengakibatkan kesan yang negatif kepada ikan kerana apabila berlebihan lemak dalam makanan ia akan menyelaputi rongga abdomen dan usus ikan. Selain daripada itu ia juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu seperti hati berlemak. Pada keseluruhannya fungsi-fungsi lemak di dalam badan boleh dirumuskan seperti berikut:-
1. Sebagai sumber tenaga.
2. Penyimpanan tenaga.
3. Sebagai pelindung bagi organ-organ penting.
4. Mengangkut vitamin yang larut dalam bentuk.
5. Memanaskan tubuh.
6. Digunakan dalam peringkat ungkaibina.
1. Sebagai sumber tenaga.
2. Penyimpanan tenaga.
3. Sebagai pelindung bagi organ-organ penting.
4. Mengangkut vitamin yang larut dalam bentuk.
5. Memanaskan tubuh.
6. Digunakan dalam peringkat ungkaibina.
Diet yang berkesan dan pengurusan bahan buangan sangat penting untuk menjaga kualiti air baik dari segi penternakan itu sendiri atau kepada alam sekitar. Kekurangan acid lemak secara am nya menyebabkan pembesaran lambat/terbantut,'depigmentation' 'fin erosion',cardiac myopaty,hati berlemak (fatty infiltration in liver) dan sidrom terkejut
Kerpeluan Minima lemak di dalam makanan ikan
Di dalam membuat makanan rumusan fungsi lemak di bahagi kepada 2 fungsi.
1.Sumber tenaga ( 3 hingga 8 %-omega 6)
a.Minyak sawit
b.Minyak jagong
b.Minyak sotong
c.Minyak flaxseed.
Komposisi lemak dalam makanan rumusan.
Sumber lemak
1. Tenaga utama - minyak sawit,minyak soya,canola
2. EFA-n3 - minyak Ikan,minyak sotong
3. EFA-n6 - minyak jagong
0 ulasan:
Comment/FAQ