7.Susut nilai ke atas mesin.
Dalam pembuatan makanan rumusan ,Jangka hayat mesin mesin yang di guna adalah pendek di sebabkan oleh
1.Bahan mentah yang mengandungi kadar garam yang tinggi- berkarat
2.Debu debu yang halus merosakan bearing dan shaft seal
3.’Tear and wear’ yang tinggi di sebabkan tekanan,pengisaran dan kepanasan
4.Input current yang tidak stabil semasa bahan mentah diproses menyebabkan motor dan starter motor mudah rosak.
Di sebabkan perkara perkara di atas, jangka hayat bagi peralatan yang di guna dalam membuat makanan rumusan,bagi pengiraan susut nilai diambil pada kadar tidak lebih dari tujuh tahun sahaja,iaitu pada kadar 15 % setahun jika operasi 8 jam sehari atau tidak lebih dari 20440 jam.Kos ini di serap di dalam pengeluaran perkg pellet siap.
8.Penyelenggaraan.
Dalam membuat makanan rumusan ,pengetahuan dalam bidang penyelenggaran dalam bidang mekanikal dan electrikal sama penting dengan fomulasi makanan.Ini kerana semasa pemprosesan mesin mesin ini jem,sistem eletrikal trip,shaft patah, pellet tersumbat adalah perkara biasa semasa pemprosesan.
Menjadi rutin mesin mesin ini perlu di bersihkan bagi setiap kali pemperosesan.Ini perlu di lakukan bagi mengelak
Sebahagian Peralatan yang biasa di guna dalam pembuatan makanan rumusan.
1.Mincer atau Meat Grinder
Terdapat berbagai bentuk dan saiz,kegunanan untuk mengisar daging ,ikan dsb nya dalam bentuk basah.Boleh di jalan kan secara manual atau dengan memasang motor.
Dengan kombinasi gear,pulley dan rekabentuk yang bersesuian ia nya juga boleh di buat sebagai pelletizer atau untuk membuat makanan dalam bentuk pellet.
2.Disc Mill
Disc mill di guna untuk mengisar bahan mentah saperti kepala ikan bilis,hampas kacang soya dll sehingga pada tahap 400 micro sebelum di adun dengan ramuan lain.
3.Hammer Mill
Hammer mill adalah peralatan terbaik untuk proses mengisar,bahan mentah yang di kisar boleh mencapai sehingga 60 micron bergantung kepada jenis model dan saiz.
4.Mixer.
Mixer di guna di dalam pembuatan makanan rumusan sebagai pengaul dan pengadun supaya bahan bahan mentah dapat bercampur dengan sekata, terutama bahan bahan yang di guna pada kuanti yang kecil saperti vitamin dan mineral dengan lain lain bahan mentah yang banyak.Terdapat pelbagai saiz dan bentuk.
5.Pelletizer
Terdapat pelbagai bentuk pelletizer yang di guna untuk membentuk pellet samada di reka bentuk sendiri atau yang sedia di jual
a.Reka bentuk sendiri.
b.Pellet Mill
Terdapat pelbagai saiz dan model yang bersesuaian dengan pengeluaran dalam bentuk pellet panjang bulat.
c.Pelletizer Disc
Pellet jenis bebola yang mana amat sesuai bagi pellet pellet kecil yang kurang dari 1mm.Kebanyakan pellet yang di jual di kedai akuarium mengunakan sistem ini.Harga mesin mesin ini lebih murah berbanding dengan pellet mill biasa.Boleh juga di buat dalam bentuk terapong.
d. Extruder
Mesin pellet yng di khaskan untuk membuat pellet terapong terd
apat pelbagai saiz dan bentuk.
6. lain lain peralatan yang di guna dalam pembuatan makanan rumusan
- Boiler
Juga terdapat dalam pelbagai saiz, sebagai penjana stim (wap) untuk memasak,untuk di salur kepada pellet mil atau extruder
- Retort /Autoclave
- Presure cooker, untuk memasak wap di salur dari boiler
- Dryer
Pengering,pengering di guna dalam membuat makanan rumusan ,untuk mengelak daripada menjemor di tengah panas.Cahaya UV dari matahari akan merosak kan vitamin.Dryer juga mempercepat kan pemprosesan dalam pembuatan pellet pellet ini.Contoh contoh dryer boleh di dapati di sini
- Steamer
Sebagai pengukus untuk mengukus bahan mentah saperti ikan,daging, dedak dsb.nya.
Salam.
0 ulasan:
Comment/FAQ