Makanan yang berzat berupaya untuk membina tisu tisu bagi meneruskan kehidupan.Makanan yang berzat juga merupakan sumber simpanan tenaga untuk proses penghadaman,penyerapan makanan,pembesaran,pembiakan dan lain lain proses kehidupan.Nilai makananan di dalam bahan bahan yang di guna bergantung kepada keupayaan bahan bahan ini membekal tenaga.Tenaga ia lah bahan bakar ,di kira dan di imbang mengunakan kadar bahan bakar physiologi di dalam setiap diet yang akan di buat.Kadar bahan bakar secara purata nya bagi protin ia lah 4 kcal/g, karbohidrat 4 kcal/g dan lemak 9 kcal/g.
Untuk membuat rumusan diet optima,kadar protin dengan kadar tenaga perlu di kira secara berasingan bagi setiap spesis ikan .Keutamaan ikan untuk makan ialah untuk keperluan tenaga Jika kadar tenaga berlebihan berbanding dengan kadar protin,pemendapan lemak akan berlaku,ikan akan menjadi kurang makan dan ini melambatkan pembesaran.Begitu juga jika kadar protin lebih banyak berbanding kadar tenaga.,pembesaran menjadi lambat kerena protin di guna sebagai tenaga bukan untuk pembesaran.Formulasi rumusan makanan perlu betul betul seimbang di antara keperluan tenaga dan keperluan protin untuk pembesaran optima.
Terma
GE - Gross energy –Tenaga kasar
- Jumlah tenaga di dalam makanan,tapi tidak semua di guna pakai
DE - Digestable energy – Tenaga penghadaman
- Jumlah tenaga kasar di dalam makanan setelah di tolak tenaga yang ada dalam najis.
- Tenaga yang di hasil kan oleh makanan, di tolaktenaga kasar,tenaga di dalam najis ,produk tenaga dari gas hasil dari penghadaman,tenaga yang di guna oleh isan dan tenaga yang ada dalam urine.
Partition of Feed Energy
Kadar Tenaga/protin yang disyorkan dalam makanan rumusan 'Complete diet ' adalah saperti berikut
1.Jenis Omnivarous dll - 5 kcal/gram protin
2.Kanivarous - 7 kcal/gram protin
Program nisbah pengiraan tenaga/protin boleh di dapati di Program Download
Program nisbah pengiraan tenaga/protin boleh di dapati di Program Download
0 ulasan:
Comment/FAQ