Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

02 Mac 2009

Adakah Tepong Usus Ayam/Perut Ayam Lebih Baik Dari Tepong Ikan.

Saya mendapat beberapa email dari pembaca meminta untuk memberi komen bagi kajian  Oleh:Hanan. M.Y., H., Rosly, A.S., Tazri & S., Abd. Talib ,Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Glami Lemi, 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan. Web: pppat.gov.my

Kajian pemakanan ikan keli dgn CIM

Jawapan saya ialah saya tidak berapa pasti. Kerana tiada data comparison dan masih ada lagi data data yang tersembunyi atau belum di buat analisa yang lebih mendalam saperti.
  1. Tiada data amino acid yang di sertakan
  2. Kos untuk pengeluaran saperti kos letrik untuk mengisar,memampat, mengering
  3. Tenaga buruh bagi pengeluaran perkg tepong usus ayam
  4. Kos sebenar untuk mengeluarkan 1 kg tepong ayam.
Cuma apa yang boleh saya komen adalah saperti berikut
1.Kandungan Protin
.
Dalam kajian ini protin nya tinggi disebabkan oleh kadar kelembapan yang rendah.Makin rendah kelembapan makin tinggi lah protin yang akan di dapati dan begitu lah sebalik nya.
Dalam standard bahan makanan, standard industri yang di pakai hanya pada kadar 10 hingga 12 % sahaja, ini kerana spora,bacteria dll didalam bahan makanan ( oganik) hanya akan aktif pada kadar kelembapan lebih dari 16 % kelembapan, dan lebih dari 65 % relative humidity.

Kebanyakan industri tidak memproses lebih dari sepatutnya bagi menjimatkan kos.Wood pallet ,bahan bakar yang merupakan palet bahan bakar bukan pallet makanan, kelembapan yang di syorkan adalah sekitar 10 hingga 12 % sahaja..

Untuk mendapat kelembapan kurang dari 10 % ,bahan mentah perlu di kering kan dengan mengunakan oven atau batch sistem dalam jangka masa yang panjang..Dalam kebanyakan industri pemprosesan, burner atau rotary drier dengan mengunakan gas atau disel banyak di gunakan kerana lebih jimat.Pengeringan sehingga kurang dari 10 % juga adalah tidak ekonomik bagi tujuan pengkormersilan..
.
Kos Pengeringan
Bagi penggunaan peralatan letrik saperti oven dan sebagainya kos nya adalah sekitar 25 sen perkwH per kg bahan mentah.Contoh nya katakan kita ada 10 kg bahan mentah ,dengan oven yang berkapasiti 3 kw perlu kepada pengeringan selama 8 jam untuk mendapat 6 % kelembapan.
Jadi.
0.25 sen x 3 kw x 8 jam x 10 kg = RM 60.00
Bahan kering yang di hasil kan adalah sekitar 50 % ,bersamaan dengan 5 kg.
Jadi kos pengeringan ini adalah 60/5 = Rm 12.00 perkg bahan kering.
Harga Tepong Ikan.
Harga tepong ikan grade A yang mengandungi 70 % protin dengan kelembapan 10-11 % protin adalah sekitar Rm 2.50 hingga RM 3.00 sekilo.
Dalam kajian ini tidak di nyatakan harga sebenar untuk mengeluarkan 1 kg tepong usus ayam , jadi perbandingan harga tidak dapat di buat.
Lain lain Kos.
Kajian ini juga tidak di nyatakan berapa kos untuk pengeringan,mengisar dsb nya.
Kesimpulan.
Tepong perut ayam boleh di guna sebagai bahan mentah dalam membuat makanan rumusan.Untuk mengantikan sepenuhnya tepong ikan perlu kepada kajian yang lebih lanjut dari segi pemprosesan, kos dan keupayaan untuk mendapatkan perut ayam dengan kuantiti yang banyak untuk di proses pada harga yang kompetitif.Jika ini tidak di ambil kira dan di beri perhatian,saya yakin CIM ini tidak akan dapat di kormesialkan sampai bila bila pun.
Salam.

3 ulasan:

Khairi berkata...

assalamualaikum cikgu... ingin bertanya tentang perut ayam..biasanya perut ayam dimasak.. tapi baru ni saya bertemu dengan dengan seorang fisher man cina yg mengeluarkan ikan keli 60 tan sebulan..katanya dia tak masak perut ayam.. perut ayam dicampur dengan bahan lain dan digiling.. boleh tahan lama dan tak busuk.. apakah bahan yg dicampurkan cikgu? dalam fikiran saya perut ayam ,EM, dan hampas kelapa.? boleh ke hampas kelapa melekat selepas digiling dengan perut ayam? boleh ke EM merebak kan baktaria baik pada perut ayam hingga tahan lama tak busuk?

Cikgu Naim berkata...

Walaikumsalam,
Pada asasnya perut ayam atau lain2 jenis perut agak susah di hadam terutama yang masih baru.Memasak dulu adalah untuk memudahkan penghadaman.Walau bagaimana pun perut ayam ini akan megalami proses pereputan setelah induk nya mati melalui enzime dan bakteria pereput.Ya boleh mengunakan EM untuk proses mengurai dan perlu di peram.Tentang hampas kelapa pula ia nya di guna untuk meningkatkan kadar metabolik ternakan agar ia nya tidak banyak berlemak.

Khairi berkata...

bleh bertanya cikgu... sy memperolehi perut ayam sebanyak 200kg sehari.. bermakna 6 tan sebulan..berapa tan ikan keli yg boleh dapat sy keluarkan?

pd pandangan cikgu.. perut ayam lebih elok d masak atau d peram dengan campuran EM saja? kos EM mahal tak? d mana bleh sy mendapatkan EM?

terima kasih cikgu?