Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

04 Februari 2009

Keperluan Protin Dalam Makanan Ikan.

Protin merupakan sumber utama dalam makanan untuk pembesaran optimun ,pembiakan,penyelenggaraan dan lain lain.Protin juga merupakan sumber tenaga kepada ikan
Pada asas nya protin terdiri dari,
Carbon 50 – 55 %
Hydrogen 7 %
Oksigen 23 %
Nitrogen 16 %
Sulphur 1 %
Sumber utama protin dalam membuat makanan ikan samada dari sumber binatang saperti daging, ikan,tulang ,bulu ,kulit binatang dsb nya dan dari sumber tumbuhan samada dari daun,kekacang,bijiran ,tepong gandum dan sebagai nya.
Untuk pembesaran yang optimun, pada peringkat anak ( fry) kadar protin kasar yang di perlukan adalah antara 50 hingga 45 % di dalam makanan rumusan.Kemudian di kurangkan berperingkat peringkat setelah ikan ikan ini besar.
Sumber protin juga adalah kos termahal dalam setiap pembuatan makanan rumusan.Pilihan kepada sumber bahan mentah untuk protin dan pemperosesan yang betul perlu di lakukan supaya ia nya tidak membazir dan sampai kepada ikan pada tahap yang maksima.
Apa yang penting di dalam protin itu ialah Amino acid yang ada di dalam nya.10 jenis amino yang di perlukan adalah pada kadar dan jenis berikut.
Jenis amino acid dan kadar minima yang di perlukan
Bagi setiap 100 gram.
Protin
Nutrients
Minimum Recommended Levels
Amino Acid
% of diet
Arginine
1.5
Histidine
0.7
Isoleucine
0.9
Leucine
1.4
Lysine
1.8
Methionine + cystine
1.0
Phenylalanine + tyrosine
1.8
Threonine
0.8
Tryptophan
0.2
Valine
1.2
Masalah utama di dalam membuat perkiraan di dalam rumusan makanan yang terbaik adalah untuk mendapatkan keperluan minima amino asid yang di nyatakan di atas.Ini kerana tidak semua sumber bahan mentah kecuali tepong ikan mempunyai profil sebagaimana yang di kehendaki.contoh nya bulu ayam mempunyai kadar protin 85 % tetapi kekurangan dari segi amino acid histidine – 0.3/100 g dan methionine – 0.7/100g.
Sama juga dengan tepong jagong yang mana hanya mempunyai kadar amino acid jenis lysine pada 1.7/100g.
Adalah tidak di nafikan tepong ikan adalah sumber protin terbaik ( jika di proses dengan betul) di dalam makanan rumusan ikan,tetapi tepong ikan juga merupakan kos termahal bagi bahan mentah yang di guna.Pengunaan hanya kepada tepong ikan sahaja sebagai sumber protin akan meningkatkan kos makanan itu sendiri.
Dari segi fomulasi adalah lebih baik mengunakan tidak kurang dari 4 sumber bahan mentah protin, selain dari tepong ikan,kacang soya,tepong jagong ,dedak dan sebagai nya,selain dari untuk mengurang kan kos,juga sebagai untuk mendapat profil terbaik amino acid.Mineral juga memainkan peranan yang tidak kurang dalam proses metabolisma protin protin ini

0 ulasan: