Kacang soya telah lebih dari Terdapat pelbagai kajian baru yang di siarkan bagi menyokong kacang soya ini sebagai sumber protin utama dan boleh mengantikan tepong ikan dan sebagai nya. Ia tidak lebih dari saperti mereka cipta semula sebuah roda.Terdapat pro dan kontra dalam kajian kajian yang di buat.
Salah satu kajian ini yang di buat oleh Pongamaneerat and Watanabe ,1992 yang mengatakan walaupun kacang soya ini mempunyai kualiti protin dan kadar penghadaman yang baik tetapi kegunaan antara 23-30 % dalam makanan rumusan di dalam makananan anak anak ikan salmon di dapati ia nya terbantut di sebabkan oleh kurang selera ikan untuk makan makanan yang mengandungi kacang soya ini.
Trypsin inhibitor,oligosaccharides,phytoestrogen,allergen,lectin dan phytate adalah yang di spekulatif sebagai penyebab negative makanan kacang soya ini ke atas ternakan.Walau bagaimana pun rawatan haba boleh menghilangkan kesan negative ini dalam banyak kajian yang di buat.
Bagi kegunaan makanan ternakan, kacang soya yang di kategori sebagai full fat soybean terdiri dari.
1.Extruded soybeans- kacang soya yang di rawat dengan mengunakan stim panas dan geseran dalam extruder tanpa mengurangkan/membuang sebarang bahan nutrient.
2.Roasted soyabeans- Kacang soya yang di rawat dengan pendedahan haba atau micronized tanpa mengurangkan/membuang sebarang bahan nutrient.
Prosimat analisa bagi rawatan di atas adalah saperti berikut
Protin - 33 hingga 45 %
Lemak – 16 – 20 %
Fibre - 5 – 6 %
Kelembapan (extruded) – 12 %
Kelembapan ( roasted) - 6 %
Kacang soya yang bukan dari full fat soyabeans yang di gunakan dalam pemakanan ternakan ialah daripada hampas kacang soya ia itu hasil buangan yang telah diproses sama ada untuk menjadi kan minyak kacang soya atau air kacang soya.Proses ini tidak mengurangkan nilai protin yang ada dalam kacang soya ini.
Hampas kacang soya ini perlu di rawat dengan rawatan haba sebelum boleh di guna dalam pembuatan makanan rumusan untuk menghilangkan kesan negatif yang ada saperti mengoreng atau sebagai nya .
Rawatan haba yang di buat hendaklah bersesuaian,jika kurang ia nya tidak dapat memusnah kan trypsin inhibitor dan mengurangkan urease dan lipase aktiviti yang masih aktif.Kebanyakan enzime akan musnah pada suhu 50 ยบ C dan ke atas.
Jika berlebihan pula akan memusnahkan amino acid saperti lysine,cystine dan methionine atau lain lain amino acid.











6 ulasan:
Salam cikgu..klu ikutkn dalm pembuatan air soya kacang tu dah dipanaskn dahulu..jd adakah hampas soya drp pembuatan air soya perlu utk dipanas semula?
Terima kasih,,:)
Salam,jika hampas soya itu telah melalui proses 'rawatan panas',ia nya tidak perlu di panaskan lagi.Walau bagai mana pn dalam proses pembuatan pelet,rawatan perlu untuk 'denature'protin supaya dapat meningkatkan lagi kadar penghadaman.
cikgu.. saya memperolehi hampas yg baru di proses setiap hari. dengan keadaan hampas soya yg lembab dan saya keringkan menggunakan dryer. bolehkah terus membuat pellet tampa mengisarkan nya dulu?
begitu juga perut ikan dan ayam , saya hanya rebus dan dalam keadaan basah saya hancurkan mengunakan penghancur daging dan terus memproses untuk dijadikan pellet? tanpa melalui proses pengeringan dan penepongan.
1.Kacang soya yang penting, perlu dinyah kan toksik nya dengan pemanasan,mengisar dengan lebih halus dapat meningkatkan lagi kadar penghadaman.(lebih baik )
2.Proses pengeringan hanya perlu di buat bila mana bahan mentah ini,perlu di simpan sebagai stok sebelum di proses,jika tidak,ia nya boleh terus di buat pelet,kemudian baru di keringkan atau terus di beri makan dalam bentuk 'semi moist' yang di kenali sebagai 'compound feed",dan yang penting sekali tentukan makanan ini dalam bentuk ketulan yang tidak mudah hancur bila terkena air.
salam,
saya bercadang untuk guna perut ayam dan hampas kacang soya sebagai makanan keli saya.saya guna agar-agar sebagai binder.perut ayam direbus dan dikisar.dikeringkan pada suhu bilik.hampas pula digoreng sedikit untuk kurangkan lembapan.
boleh ke cara saya tu?berapa kandungan protein pada produk akhir? saya tak buat pellet,cuma kepalkan je
terima kasih
Walaikum salam,
Dari segi nutrisi ok la,cuma kalau nak meningkatkan lagi penghadaman kacang soya perlu di masak lagi ( perhatian dari segi bau),protin antara 35 ke 45 bergantung kepada kelembaban dan cara proses.
Comment/FAQ