Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

12 Februari 2009

Fibre Dan Kabohydrat Di Dalam Makanan Rumusan Ikan.

Kabohydrat mewakili kumpulan bahan yang banyak termasuk gula,kanji ,gum dan celluose. Karbohidrat merupakan punca tenaga yang paling murah sekali jika dibandingkan dengan lain-lain sumber tenaga seperti protein dan lemak. Pembetukan karbohidrat bermula daripada sintesis bahan-bahan asas seperti karbon dioksida dan air oleh tumbuhan hijau dengan kehadiran cahaya matahari dalam proses fotosintesis. Karbohidrat adalah zat makanan yang berasal dari tumbuhan.

Sebagai punca tenaga, ianya boleh digunakan untuk pengeluaran tenaga serta merta atau pun boleh disimpan dalam bentuk lemak, sebagai punca tenaga simpanan.

Terdapat beberapa bentuk karbohidrat seperti:-

  1. Gula (sebatian yang mudah dihadam)
  2. Kanji (sebatian yang susah dihadam)
  3. Celulos (Karbohidrat yang kompleks)

Kebanyakan kehidupan berdarah sejuk ( ikan dan reptelia) tidak dapat mengunakan sepenuh nya kaborhydrat ini kecuali yang jenis herbivores.Ini pun adalah dari kumpulan bahan samada dalam bentuk kanji atau gula,tidak saperti kehidupan berdarah panas saperti jenis ruminan , yang boleh mengunakan kabohydrat ini sepenuhnya ,malah serat dapat membantu dari segi pencernaan tetapi bukan kepada ikan. .

Walaupun karbohidrat diperlukan dalam kebanyakan permulaan sintesis biokimia, Ia hanya terdapat dalam peratus kecil sahaja dalam sesuatu makanan semulajadi. Kandungan karbohidrat dalam badan ikan juga terlalu rendah dan ada yang menganggap ikan masih boleh hidup tanpa karbohidrat kerana kebanyakkan ikan (terutama yang berjenis karnivorus) mengutamakan penggunaan protein dan lemak untuk ungkaibina) Oleh itu boleh dikatakan bahawa karbohidrat tidak terlalu penting untuk ikan-ikan di kawasan tropika dan penggunaannya lebih merupakan sebagai penjimat protein. Namun begitu ikan-ikan yang kurang mendapat karbohidrat akan mengalami kekurangan tenaga karbohidrat simpanan. Selain daripada berfungsi sebagai punca tenaga, biasanya bahan yang mengandungi karbohidrat juga bertindak sebagai pelekat di dalam pembuatan pelet. Di dapati penambahan jumlah kecil kanji (10%) terhadap diet karbohidrat menghasilkan pertumbuhan yang memuaskan bagi ikan Siakap. Walau bagaimana pun jumlah kanji yang lebih dari 20 % mengakibatkan pengurangan kadar tumbesarannya.
Secara amnya, fungsi-fungsi karbohydrat dalam makanan adalah seperti berikut:-
  1. Sebagai punca tenaga.
  2. Sebagai tenaga simpanan yang cepat (yang boleh di simpan dalam bentuk glikogen).
  3. Sebagai tenaga jangka panjang (iaitu bila ia ditukar kebentuk lemak di dalam badan)
  4. Sebagai pengisi (filler) dalam makanan.

Fibre atau serat adalah dalam kumpulan cellulose.Cellulose banyak di dapati dari bahan mentah yang berasal dari sumber tumbuhan yang rendah protin.Bagi sumber bahan mentah dari binatang atau ikan boleh di katakan fibre ini tiada langsung tetapi lebih kepada abu.(ash)Perlu di faham kan jika celulose ini di hadam ianya penyumbang kepada kabohydrat atau tenaga bukan protin !.

Didalam sistem penghadaman,cellulose ini di hadam oleh enzim yang di kenali sebagai cellulase, Kebanyakan ikan tidak mengeluarkan enzim jenis ini.Walau bagaimana pun terdapat bacteria yang berada di dalam usus penghadaman yang mengeluarkan enzim yang boleh membantu penghadaman cellulose ini pada kadar yang amat sedikit.

Secara am nya untuk membuat rumusan makanan yang terbaik serat tidak lebih dari 10 % ,dan kurang lagi bagi makananan untuk jenis ikan canivores.Serat yang tinggi akan meningkat pengunaan protin sebagai tenaga,ini akan menyumbang kepada FCR yang tinggi.

Bagi makanan ikan yang di buat dengan kadar serat yang tinggi,pengunaan EM atau probiotik didapati ada perbezaan yang ketara, tetapi pengunaan EM tidak banyak berbeza atau menyumbang kepada kecekapan makanan (FE – Feed efficiency) bagi makanan yang mengandungi serat yang rendah.

Didalam industri makanan ikan sesetengah mesin pembuatan palet perlu kepada serat yang tinggi antara 30% hingga 40 % bagi membolehkan pellet pellet ini ,terapong atau tujuan pemprosesan.Serat yang di gunakan ini adalah hanya sebagai media tapi bukan nutrient dan tidak banyak memberi manafaat kepada ikan kecuali meningkat kadar FCR sahaja,berlainan sekali dalam makanan ternakan lain saperti kambing dll yang boleh membantu pencernaan.

Kembali ke senarai topik

0 ulasan: