Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

11 Februari 2009

Makanan Rega – Telor

Makanan RegaTelor

Anak ikan atau rega ikan yang baru menetas selepas 3 hari perlu di beri makan.Selain dari microorganisma saperti moina,rotifer dan sebagai nya ada kala anak anak rega ini di beri makan telor kuning rebus sahaja .Sekarang cuba kita analisa mana yang lebih baik telor kuning sahaja atau sebiji telor itu.

Katakan ,satu diet yang seimbang perlu kepada tenaga metabolic (ME) pada kadar 4.0 kcal per kg. sebagai diet yang pratikal untuk anak rega

Sekarang cuba kita kira.

Telor Kuning

Jumlah telor kuning yang di perlukan bagi menyamai tenaga ME per kg

4.0 / 5.700 = 0.702 kg

0.702 kg telor kuning mengandungi

0.702 x 0.328 = 0.230 protin. Atau 23 % protin

Telor Sebiji

Jumlah telor yang di perlukan bagi menyamai tenaga ME per kg

4.0 / 4.810 = 0.832 kg

0.832 kg telor sebiji mengandungi

0.832 x 0.488 = 0.406 protin. Atau 40.6 % protin

Jadi kita boleh lihat kuning telor sahaja tidak dapat memenuhi kadar protin yang di perlukan bagi rega ikan..Keseluruhan telor pada kadar 40.6 % protin adalah lebih baik untuk pembesaran optima.

Cara cara membuat makanan rega.

Terdapat 3 jenis makanan rega.

  1. Halus
  2. Sederhana halus
  3. Kastard.

Peralatan yang di perlukan

1.Mesin Blinder

2.Cerek dan bekas untuk merebus

3.Bekas kecil untuk buat kastard

4.Alat mengukus.

Bahan Bahan.

1.Telor satu biji – 50g,grade B?

2. Vitamin Premix ½ sudu teh ,khas untuk akua atau udang

3. Minyak ikan – 1 sudu tea - scot elmusion (putih) atau seumpama nya.

1. Jenis halus

  1. Masak air hingga mendedih
  2. Blind telor,vitamin dan minyak ikan selama 2 min.
  3. Masuk kan air panas ke dalam blinder ,lebih kurang 150 cc.

2. Jenis sederhana halus

a. Masak air dalam bekas yang sesuai – 200 cc,sehingga mendedih.

b. Blind telor,vitamin dan minyak ikan selama 2 min.

c. Masukan telor yang di blind tadi ke dalam air yang mendedih.

3. Kastard Telor

a. Blind telor,vitamin dan minyak ikan selama 2 min

b. Masuk kan air 50 cc,

c. Masukan ke dalam bekas kecil yang sesuai

d. Kukus hingga masak.

Catitan.

Sekira nya tiada vitamin premix,vitamin untuk kanak kanak boleh juga di guna,contoh-Blackmores-multivitamins & mineral for kid - 1 biji bagi 1 adunan.

Cara memberi makan.

Yang paling halus adalah amat sesuai di beri pada hari ke 3 atau ke 4, selama seminggu,dengan cara spray atau sudu.Kemudian di ubah kepada cara kedua selama seminggu lagi.,dan seterus nya di ganti dengan makanan jenis kastard.

Penukaran dari jenis yang berlainan ini bergantung kepada sais ikan.Perhatian perlu di buat agar makanan tidak di beri secara berlebihan

Tip : Beri pada kuanti yang kecil dahulu kemudian di tambah sedikit demi sedikit ( simpan makanan yang lebih kedalam peti ais),perhatikan pada kualiti air,jika makanan ini habis dalam masa 15 min,ia nya mencukupi,tetapi jika makanan yang di beri selepas ½ jam masih lagi ada ia nya berlebihan.Beri makan ikan sekerap yang boleh,tapi bukan secara berlebihan.!

Kadar kekerapan memberi makan 8 hingga 10 kali sehari........FUYOOOO...MATI WOOO........:nyerah: jangan bimbang saya akan tunjukan bagaimana nak buat feeder yang hanya perlu ½ jam sahaja sehari ,sebelum anda pergi keja........

Selamat mencuba.......

Untuk Lain Lain Jenis Makanan Rega Sila klik disini.

Assalamualaikum.

Kembali ke senarai topik

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..

sy nk bertanya, vitamin premix tu bleh di dapati kat mana?
dh ada bukti ke dr mana2 bahawa rega yg diberi mkn telur tu akan survive 100%?sbb bila sy wat breeding, rega banyak mati..boleh dkatakan hanya 10% je yg hidup..itu yg sy fed up sgt nk breed kan lagi..utk pengetahuan, sy bagi rega moina je..

terimakasih

Cikgu Naim berkata...

Salam,
Vitamin premix yang di jual dikedai aquarium boleh di pakai,kalu susah nak dapat yang komersial untuk aqua.

Boleh di katakan (80 %) rega mati( walaupun ada faktor lain) terutama masa anak di hari ke 4 dan 5.di sebabkan faktor kekurangan makanan.

Telor hanya sebagai supplement,moina dll tidak dapat tidak perlu juga di beri selain dari telor.

Pada kebiasaan nya jika faktor makanan,pengunaan moina saperti biasa dan di tambah dengan telo tadi akan meningkat kadar hidup.

Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

kalau kite bg rega dgn fish booster/liquid artemia booster + dedak starter yg diblender blh ke bagi mkn rega? bagaimana % hidup? kalau bg rega telor je mmg % hidup tak tinggi ke?

Cikgu Naim berkata...

Salam,

Dalam pemakanan rega,memang tidak mencukupi kerana

1.Rega tidak makan apa yang di beri.
2.Ikan lebih memilih kepada makanan semula jadi
saperti artemia,moina dll.

Dalam pemakanan rega,saiz amat penting.saiz makanan ialah pada 2/3 dari 1/2 mulut ikan.

Jika saiz ini relevan.boleh,tapi kena tengok dari segi bouncy,samada ada tengelam atau timbul,
pada kebiasaanya rega rega ini lebih tertarik kepada yang berada di tengah tengah air,macam makanan semula jadi.Telor memenuhi keritiria ini.

Ikan boleh di latih untuk makan makanan artifial ini.jika di buat dengan betul ia nya boleh meningkat kadar hidup walau pun tiada makanan semula jadi.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Bang..pd ape yg sy tahu,ade mcm2 care nk trnak moina, ape care yg terbaik tuk hasil kn moina yg bersih & banyak??

Cikgu Naim berkata...

Rangkaian makananan adalah penting,Biasa nya dengan mengunakan tahi ayam akan melengkapkan rangkaian ini,dari bacteria ke phytoplanton

Walaubagaimana pun tahi ayam boleh di ganti dengan pembajaan jenis yang bukan oganik saperti NPK atau lain lain.

Phytoplanton (air hijau)dari jenis nano chloropsis jenis yang terbaik.
Suhu,ph tidak boleh berubah dengan cara mendadak,sebarang perubahan yang mendadak atau di luar dari persekitaran yang di kehendaki akan merencatkan dari segi pembiakan dan pembesaran moina ini.

Tanpa Nama berkata...

makanan dari telor ni boleh ke bagi pada zeo ketam nipah.

Cikgu Naim berkata...

Saya rasa tak elok,sebab makanan jenis ini adalah jenis yang suspension dalam air,bagi rega udang tak jadi masalah,Tapi boleh cuba,dan bagitau saya boleh?