Vitamin adalah zat makanan yang diperlukan oleh ikan,ia berfungsi sebagai co enzime dan penderma haidrogen,peranannya sebagai katalis kepada bahan zat lain untuk berfungsi.Sebahagian daripada fungsi vitamin dan kekurangan nya adalah saperti di dalam topik berikut.Ia nya di perlu kan dalam kuantiti yang sedikit untuk pertumbuhan/pembesaran yang normal,kesihatan,pembiakan dan metabolisma.Kekurangan vitamin lebih ketara dalam penternakan di dalam kolam semin berbanding dengan yang diternak di dalam kolam tanah.
Vitamin Larut air
Thiamine (B1)
fungsi : membantu pembesaran,penghadaman dan kesuburan,sistem saraf.
kekurangan : kurang selera,otot lisut,gelisah, hilang keseimbangan, pembesaran
yang lambat.
Riboflavin (B2)
fungsi : pengelihatan,protin metobolisma dan mengfungsikan enzim.
kekurangan : potofobia,pendarahan kulit dan sirip,pembuluh banyak di
konea,pigmentasi gelap, pembesaran lambat atau mati.
Nicotinic Acid (niacin-B3)
fungsi : Memainkan peranan dalam metabolisma lemak,protin dan acid amino.
kekurangan : hilang selera,pembesaran lambat,pengerakan yang gelisah,bengkak di
perut.
Pantothenic Acid (B5)
fungsi : koezim dalam proses ungkaibina.pengeluar cholesteral.
kekurangan : pembesaran lambat,anemia,ingsang bengkak,kurang selera ,sirip berdarah.
Pyroxidine (B6)
fungsi : koezim didalam sistem dan protin metabolisma,
kekurangan : pembesaran lambat,gelisah,penyakit saraf penafasan yang pendek(gasping)
Cyanocobalamin (B12)
fungsi : ezim sistem,cholesterol metabolisma,pembentukan sel darah merah.
kekurangan : pembesaran lambat,hilang selera anemia dan pigmentasi gelap.
Ascorbic Acid (C)
fungsi : ezim sistem,tulang,gigi dan pembentukan katilag dan penyempuhan penyakit,pembeku darah
kekurangan : skolisis,patah.pendarahan pada hati,perut dll.
Biotin (H)
fungsi : ezim sistem, sintisis lemak dan 'purine' pengosidan lemak dan kabohaidrat.
kekurangan :pembesaran lambat, hilang selera anemia ,pendaran usus,kekejangan.
Choline
fungsi :pembesaran dan penukaran makanan yang baik (food conversion) penjagaan/bina structur sel.
kekurangan : pembesaran lambat,pemakanan yang banyak,pendarahan pada perut.
Folic Acid
fungsi : Pembetukan sel darah merah,menyelaras kadar glucose dalam darah
kekurangan : pembesaran lambat,kulit hitam,anemia lemah pada sisip.
Inositol
fungsi : selaput sel dan penenang
kekurangan : pembesaran lambat,kulit hitam,anemia gastrik
Vitamin larut Lemak
Vitamin A
fungsi : pengelihatan,pertumbuhan sel dan penentang kepada jangkitan.
kekurangan : pembesaran lambat,kulit hitam,anemia gastrik
Vitamin D
fungsi : hormon steriod,metabolisma kalsium dan fosfat organik
kekurangan : pembesaran lambat
Vitamin E
fungsi : antioksidant,memainkan peranan utama bagi sel untuk otot bernafas.
kekurangan : pembesaran lambat dan anemia.
Vitamin K
fungsi : pembekuan darah yang normal
kekurangan : pendarahan dan kematian.
Sebagai garis panduan kadar yang di perlukan adalah saperti berikut
Kerperluan minima vitamin bagi sekilo makanan ikan.
Vitamin Keperluan
Vitamin larut lemak
Vitamin A iu/kg ...............................................2,500
Vitamin D iu/kg ...............................................2,400
Vitamin E iu/kg.....................................................50
Vitamin K iu/kg......................................................1
Vitamin larut air mg/kg
Riboflavin ................................................................4
Pantothenic acid .................................................... 20
Niacin.....................................................................10
Cyanocobalamin (B12)............................................0.01
Biotin....................................................................0.15
Folate........................................................................1
Thiamin.....................................................................1
Pyroxidine (B6)..........................................................3
Ascorbic Acid (C).....................................................50
lain lain vitamin mg/kg
Choline ............................................................1,000
myo-inositol........................................................300
Di dalam pemilihan vitamin sebagai bahan mentah apa yang perlu di perhatikan adalah pada sukatan campuran yang di buat.Pengunaan vitamin premix yang bukan di khaskan kepada ternakan aqua, ,misal nya jika dalam vitamin premix untuk ayam vitamin D yang dicampur adalah pada kadar 300,000 iu/kg. Ini boleh menyebabkan hypevitaminosis yang mana boleh menyebabkan kemudaratan kepada ikan ikan yang di ternak.
Selain dari itu minyak yang di guna juga adalah sebagai bahan pelincir mekanikal dalam pemperosesan pembuatan pellet.
7 ulasan:
Cikgu untuk dapatkan vitamin premix untuk aqua mcm mana ya?
Di malaysia ni,agak susah utk dapat vitamin untuk aqua,kalau di thailand memang senang dan murah ,walau bagaimana vitamin untuk kanak kanak boleh di guna dalam pembuatan makanan rega.
sangat menarik, terima kasih
salam cikgu naim.
saya ada bela ikan jelawat dan kelah dalam satu kolam. makanan yg saya beri pellet dan sekali sekala cengkerik. masalahnya ikan ikan tersebut lambat besar walaupun sudah dua tahun. apa makanan yang sesuai selain yang dinyatakan. azhar hassan.
W'salam sdr Azhar,pertama sekali kolam tanah atau kolam semen.Selain dari makanan yang seimbang (protin-oksigen) tinggi,benih juga memainkan peranan tumbesaran yang cepat.Jenis palet juga amat penting samada jenis kanivor atau omnivarous.
cikgu.. boleh tak kulit oren dan pisang dimasukkn dalam makann rumusan sebagai sunber vitamin? atau pengisi? dalam pembacaan saya dalam blog ini , vitamin akan lupus dengan pemprosesan dan matahari. ada tak vitamin bentuk cecair yg boleh di spray pada palet sebelum dibagi makan?
tentang attractan... saya ada terjumpa di Tesco pati ikan yg di botol nya ada gambar sotong yg di impot dari Thailand. boleh kah dijadi kan attractan? harganya murah juga.. dicampur dengan miyak sawit dan vitamin dan di spray pada palet sebelum di beri makan? minyak sawit yg digunakan mengoreng ayam boleh tak di buat attractan? sebab yg goring ikan takda...
1.Kulit oren dan pisang lebih baik di buat EM.(effective microbe).berbanding di campurkan dalam makanan begitu,kerana telah melalui proses pereputan dan memudaratkan kepada ikan Kalau telah di jadikan EM,EM ini kemudian boleh di spray kedalam makananan sebelum di beri makan.
2.Tentang pati ikan atau sotong untuk kegunaan manusia yang di jual di pasaran kebanyakan nya mengandungi pengawit dan tidak di galakan di campur kedalam makanan untuk di beri makan ikan.
Comment/FAQ