Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

21 Februari 2009

Pengenalan Kepada Peralatan Pemprosesan Makanan Rumusan –part 1

Dalam pembuatan makanan rumusan atau pembuatan pellet ikan,70 % kualiti makanan bergantung kepada cara pemprosesan,tanpa pemprosesan yang betul,formula yang kita kira 50 % protin mungkin hanya tinggal 20 % sahaja atau akan mengubah profil amino asid dalam protin itu,vitamin yang kita masuk sudah jadi zero,minyak ikan yang kita bubuh telah bertukar dari rangkaian Poly yang kita mahu , kepada rangkaian Tran, yang mana semua ini tidak bermanafaat kepada ikan yang memakan makanan ini..Dengan lain perkataan makanan rumusan ini hanya untuk mengenyangkan sahaja, tapi tidak dapat mendorong pembesaran secara optima saperti yang di harapkan.

Untuk memudahkan kerja dan pengeluaran yang optima kita perlu kepada mesin mesin dan peralatan yang sesuai dan effisien selain dari untuk mengeluar makanan yang bermutu.Dalam pemilihan peralatan ini ,pemilihan hendak lah tepat atau near perfect,formula makanan rumusan boleh di buat secara try and error,tapi bukan dalam pemilihan mesin mesin pemprosesan ini.Pemilihan yang salah boleh menyebab kan kerosakan kepada bahan yang di proses atau kerugian dari segi pengurusan.

Terdapat pelbagai saiz dan model yang perlu di teliti.Pemilihan mesin mesin ini penting supaya kos makanan yang di hasilkan tidak menjadi mahal selain mengeluarkan makanan yang berkualiti.Walau bagaimana pun pengunaan mesin mesin ini ada pro dan kon nya sendiri.

Suhu adalah perkara yang kritikal dalam pemprosesan makanan rumusan,suhu yang tinggi akan merosakan nurient dan vitamin yang ada,suhu yang rendah pula tidak dapat memasak dengan betul ,kanji tidak dapat di gelatinkan dan juga akan melambatkan proses pengeringan.

Selain dari itu grease dan minyak gear yang di guna dalam mesin itu dan mesin mesin itu sendiri yang di guna juga mengalami ’tear and wear” yang mana kesemua ini menyumbang kepada contamination kepada makanan yang di buat dalam bentuk besi yang haus dll..

Sebelum kita dapat mencari atau memilih mesin mesin yang sesuai untuk membuat makanan rumusan, perkara penting yang perlu kita tahu dan faham dalam pemilihan peralatan ini ialah

1.Kuantiti makanan yang hendak dikeluarkan.

2.Saiz makanan.

3.Jenis pelet yang hendak di hasilkan samada tengelam/terapong

4.Bekalan letrik yang akan menjana peralatan kita.

5.Tapak keluasan yang di perlukan utk penyimpanan bahan mentah/siap/letak mesin

6.Kecekapan mekanikal dan kos operasi.

7.Susut nilai ke atas mesin.

8.Penyelenggaraan.

1.Kuantiti makanan yang hendak dikeluar

Mengetahui jumlah sebenar yang hendak di keluarkan adalah penting bagi pemilihan saiz mesin yang di perlukan.Mesin yang terlampau besar menyumbang kepada kos yang mahal dari segi kos pembelian mesin itu sendiri ,penyelenggaran dan susut nilai yang tinggi dan mengunakan ruang yang lebih besar,manakala mesin yang terlampau kecil,akan cepat panas dan merosakan makanan yang di peroses ,mesin mesin ini juga akan cepat rosak ,masa yang di ambil juga panjang dan tidak dapat memenuhi keperluan pengeluaran yang di kehendaki.

Dengan kuantiti yang ada kita boleh mengira berapa kah pengeluaran kita sehari.

Kebanyakan kapasiti mesin pemprosesan di tulis dalam kilogram atau meter cube per jam. Katakan kita perlu kepada 200 kg sehari kepala ikan bilis untuk proses mengisar.Kalau kita bekerja selama 8 jam sehari bermakna dari segi logik nya kita perlu kepada mesin berkapasiti – 200/ 8 jam = 25 kg/sejam.Pemilihan ini tidak tepat kerana.

1.Kebanyakan mesin tidak dapat berjalan selama 8 jam berterusan

2.Operator mesin perlu rehat.

3.Mesin mesin perlu di cuci selepas di guna.

4.Mesin mesin ini perlu di sejukan pada masa masa tertentu.

Dalam pemprosesan makanan rumusan ikan,pada kebiasaanya kebanyakan mesin hanya dapat beroperasi pada sekitar 6 jam sahaja sehari dengan pemberhentian bagi setiap 1 hingga 2 jam untuk mendapat mutu yang sekata dan menghindarkan kepanasan dan makanan menjadi rosak semasa pemprosesan.Jadi dengan pemilihan mesin berkapasiti pada 200/6 = 33 kg/sejam atau lebih besar sedikit adalah lebih sesuai.

2.Saiz makanan

Dalam pembuatan makanan rumusan saiz makanan yang hendak di keluarkan perlu di tentukan lebih awal lagi sebelum kita membeli/menempah mesin mesin ini.Yang paling mustahak ialah saiz terkecil sekali yang hendak di keluarkan.Makin kecil pelet yang hendak di keluarkan,makin besar lah kuasa letrik yang di perlukan, dan ini perlu di teliti samada bekalan letrik yang ada mencukupi atau tidak .Katakan kita hendak keluarkan pelet berukuran 2 mm untuk udang atau makanan anak ikan, mesin yang berkapasiti tidak kurang dari 5 hp di perlukan untuk pengeluaran 300 kg sehari pelet.Ini memerlukan sambungan letrik 3 fasa dari TNB selain dari pendawaian semula untuk keselamatan operator jika pendawaian yang sedia ada hanya 1 fasa.

Pengunaan mesin mesin yang under power hanya menyumbang kepada ‘overheated’ kepada peralatan yang di guna,merosakan bahan mentah yang sedang di proses,penyelenggaran yang tinggi ,selain membahayakan operator yang menjalankan mesin mesin ini.

3.Jenis pelet yang hendak di hasilkan samada tengelam/terapong

Dari segi pengunaan dan permintaan ,keperluan pelet terapong adalah lebih tinggi berbanding dengan pelet tengelam.Pengunaan mesin yang betul amat penting dalam penghasilan pelet terapong ini.Dari segi pemprosesan kos operasi mesin jenis ini jauh lebih murah berbanding dengan mesin lain .Pengunaan mesin lain untuk membuat pelet terapong hanya meningkat kan kos operasi selain dari merosakan nutrient yang ada.Pengunaaaan media saperti fibre dan bulu ayam bagi membolehkan pelet ini terapong hanya akan meningkatkan FCR sahaja.

Tanpa mengunakan mesin mesin khusus untuk membuat pelet terapong.pengunaan mesin jenis lain , hanya akan mengurangkan nilai nutrien dalam makanan yang di buat .Pelaboran yang besar perlu di labor untuk mengeluarkan pelet terapong yang betul betul berkualiti.

Dari segi membuat makanan rumusan,makanan yang berkualiti dan dapat mengurangkan FCR adalah lebih baik daripada cara pengunaan pelet pelet itu sendiri.- akan di terangkan lebih lanjut dalam topik lain bagaimana pelet terapong ini di hasilkan.

Sambung ke bahagian ke 2

Kembali ke senarai topik

9 ulasan:

Unknown berkata...

Cikgu, boleh share dgn saya seleksi harga mesin2 ini dan dimana nak dapatkanya. Tq

Cikgu Naim berkata...

Salam sdr azrol.
Harga mesin mesin nie biasanya boleh di dapati melalui yellow page mana mana syarikat yang mengiklan.
Masalah dengan harga agar sukar di tentukan,kebanyakan syarikat tidak berani beri sebutharga lebih dari 30 hari.

Khairi berkata...

cikgu...untuk menghasilkan pelet terapong, kita menggunakan bulu ayam. selain bulu ayam sumber protin dia juga boleh mengapongkan pelet. jadi kenapa pula penggunaan bulu ayam untuk mengapongkan pelet boleh meningkatkan FCR ?

Khairi berkata...

cikgu.. saya sekarang dalam proses membeli masin. 2 misin yang akan saya beli. pertama pelletizer dan yang kedua dryer. saya minta tolong cikgu agar dapat memberi pandangan. mesin yang jenis mana yang patut saya beli?.saya membuat peleet adalah untuk kegunan sendiri. saya mempunyai kolam keli (batu dan poly tank) yang boleh menempatkan 100 ribu ikan keli dalam satu masa. saya akan menternak ikan talapia di dalam lombong seluas 3 ekar. ikan talapia di ternak bebas di dalam lombang 3 ekar. hanya benih diternak didalam sangkar.makmal makanan saya mempunya kuasa eliktrek 3 fasa. bangunanya agak kecil. lebih kurang 20 kaki x 10 kaki. boleh diluaskan mengikut keperluan. sekarang saya memproses akanan ikan serba kekurangan. hampas soya campur perut ikan yang dapat percuma, dibancuh dan dibekukan.

pelletizer jenis apa yang patut saya beli?

terima kasih cikgu..

Cikgu Naim berkata...

1.Bulu ayam jika di guna sebagai `filler' ,bukan sebagai nutrisi sudah tentu nya ia tidak dapat di hadam,dalam erti mudah ,jika di makan 10g akan di kemuh balik 10 (teori) gram,dan sudah tentu nya perlu kepada makanan yang lebih banyak lagi untuk penyenlengaraan dan pembesaran.

2.Dalam pembelian mesin kebanyakan penguasa tidak faham perbezaan pelletizer mesin yang dapat membuat pelet terapong atau tidak.Untuk membuat pelet terapong ,extruder peletizer atau peletizer disc di perlukan selain bahan mentah perlu di kisar tidak lebih dari 100 micron(dengan mengunakan hammer mill atau disc mill),Kadar kanji juga tinggi sepaya palet dapat di kembangkan dengan mudah dan tidak hancur semasa keluar dari mesin palet ini.Pada am nya ( kecuali penternak bercadang untuk menjual palet)kos pengeluaran adalah tinggi kerana pengeluaran yang sedikit.Walau bagaimana pn dengan teknologi terkini terdapat mesin 2 pelet yang lebih kecil.

Khairi berkata...

setahu cikgu.. ada tak mesin extruder yang harganya sekitar rm5000?

bulu ayam saya bleh perolehinya secara percuma. seperti yg cikgu ajar, bulu ayam direndam sehari kemudia direbus dalam masa sejam kemudian dijemur hingga kering dan akhir sekali dihancurka menggunakan hemmer mill. tepung bulu ayam ini akan di adunkan bersama bahan mentah lain.
adakah proses pellet seperti ini boleh mengapongkan pellet dan dalam masa yg sama boleh mengekalkan nutrien nya?

terima kasih cikgu

Cikgu Naim berkata...

1.Extruder setahu saya yang terbaik paling kurang pn dalam RM 30,000.00.

2.Bulu ayam perlu di hadam dahulu semada secara hydrolysis atau di rendam mengunakan bahan kimia supaya keratin yang ada dapat dihadamkan.

3.Cara yang saudara buat hanya sebagai filler dan tidak ada fungsi nutrisi dan jika adunannya betul,ya, ia nya boleh terapung jika ketumpatan nya kurang dari 600 g/liter.

Khairi berkata...

apa nama bahan kimia untuk merendam bulu ayam? dan dimana untuk mendapatkannya? maksudnya bulu ayam ini direndam didalam air yg telah dicampurkan dengan bahan kimia tadi sebelum direbus dan dikeringkan?

terima kasih cikgu.

Khairi berkata...

bagaimana memproses bulu ayam yang mampu mengekalkan nutrisi nya?

terima kasih cikgu..