Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

23 Februari 2009

Pengenalan Kepada Peralatan Pemprosesan Makanan Rumusan –part 2

4.Bekalan letrik yang akan menjana peralatan kita.

Mengetahui berapa bekalan letrik yang sedia ada dan berapa banyak pengunaan nya adalah penting sebelum kita dapat membeli mesin yang sesuai, pada asas nya bekalan letrik oleh TNB adalah saperti berikut

* jumlah max ialah jumlah keseluruhan termasuk lampu dan peralatan lain.

Untuk operasi berterusan tanpa ganguan dan kerosakan kepada peralatan yang di guna pengunaan maksima adalah pada sekitar 75 % sahaja daripada bekalan yang di salurkan olek TNB

1 hp ( horse power) = 746 watt = 0.746 kW

1 kw = 1000 watt = 1.34 hp

* Bagi kegunaan industri kadar curent yang lebih dari 100 amp ( hp lebih dari 60) ,perlu kepada sub station baru yang mana kos nya antara RM 40,000.00 hingga RM 100,000 yang di kenakan oleh TNB

5.Tapak keluasan yang di perlukan penyimpanan bahan mentah/siap/letak mesin

Ruang yang mencukupi dan sesuai adalah penting untuk pemprosesan dan penempatan peralatan selain tempat yang sesuai untuk penyimpanan bahan siap dan belum siap.Perkara penting yang perlu di ambil berat ialah,

1.Ruang pengudaraan

Pengudaraan yang betul dan sekata akan mengekalkan mutu barangan yang di proses,faktor kelembapan ( relative humidity) adalah yang penting sekali terutama kepada bahan mentah dan bahan yang telah siap.kelembapan yang tinggi akan merosakan bahan mentah dan bahan yang telah siap.

Mesin mesin yang di guna juga perlu pengudaraan yang betul,jika tempat yang di guna untuk meletakan mesin mesin ini terlampau sempit , debu debu yang ada boleh merosak/memanaskan mesin mesin yang di guna.

2. Tapak mesin

Jarak dan ruang antara mesin,dinding ,pintu dan sebagai nya perlu di buat pengiraan sebelum mesin mesin ini di pasang supaya kerja kerja pemprosesan boleh berjalan lancar dan tidak merbahaya kepada peralatan dan operator yang mengunakan mesin mesin ini.

Kebanyakan mesin dalam pemprosesan makanan adalah sangat berat,tapak atau foundation yang betul perlu di buat sebelum mesin mesin ini di pasang,kesilapan dalam membuat tapak ini boleh menjejaskan mutu pelet melalui gegaran atu membahyakan kepada operator mesin ini.

3.Susur atur peralatan

Susun atur peralatan hendak lah selari dengan pemperosesan bermula dari pengambilan bahan mentah lagi hingga kepada proses pembungkusan.

4.Penyimpanan

Ruang bahan mentah dan ruang bahan siap hendak lah berasingan.penyimpanan hendaklah jangan terlampau padat.Pengurusan kepada inventory yang betul adalah penting supaya barang barang yang di simpan sentiasa bergerak dan tidak menjadi lapok.

6.Kecekapan mekanikal dan kos operasi.

Dalam pemilihan mesin mesin,apa yang perlu kita lihat adalah dari segi kecekapan mekanikal , contoh katakan kita hendak memilih disc mill untuk mengisar 500 kg jagong,katalog yang kita ada adalah saperti berikut

Katakan kita telah memilih 3 jenis model ,FFC 45,FFC 23 dan FFC 15 saperti berikut

Kos dan masa untuk proses jagong 500 kg

@ - kwh = power x jam

- kos letrik = kwh x unit

Daripada analisa di atas model FF23 adalah terbaik baik dari segi efficiency atau kos/kg bahan mentah.,model FFC 45 walau pun model nya besar, kecekapan mekanikal kurang dari model FF23, manakala model FFC 15 ,walaupun yang termurah kos operasi nya adalah termahal bagi pengeluaran perkg bahan mentah dan memakan masa yang lama untuk memperoses 500 kg jagong.Model terbaik untuk di pilih ialah FFC 23.

Sambung ke bahagian ke 3

Kembali ke senarai topik

0 ulasan: