Fish Attractants Dan Fish Stimulants
Chemoreception adalah proses pengesanan makanan oleh ikan ,combinasi dari bau (olfaction) dan rasa (gestation), Pada peringkat pemulaan deria bau mengenal pasti,mengesan dan menentukan arah mana makanan berada,deria rasa (gustatory senses) akan menentukan samada makanan ini boleh di makan atau tidak.Bila mana moluku bau(odor molecules) di dalam deria ini menerima isyarat pengesanan pada tahap tertentu ikan ikan ini boleh membezakan antara makanan atau bahan lain di dalam air ,tanpa menyentuh nya.
Masalah pertama bagi makanan rumusan yang biasa kita dengar ialah ikan tidak makan makanan rumusan yang di buat.Selain dari ikan ikan ini tidak di asuh dengan makanan yang keras,makanan rumusan ini tidak dapat membuka selera ikan untuk makan.
Ini terjadi kerana
1.Kegunaan bahan mentah dari sumber tumbuhan yang tidak di proses/masak dengan betul ,di mana dimana deria ikan ikan ini masih lagi mengesan anti nutrient/kimia yang masih ada dalam bahan mentah itu, saperti kacang soya yang tidak di masak dll.
2.Bahan mentah yang di guna telah di simpan terlalu lama di mana fungsi bau sebagai makanan tidak dapat di kesan lagi oleh ikan sebagai makanan, saperti tepong ikan yang lama atau telah luput.
3.Pemprosesan yang tidak betul ,merosakan bau semula jadi yang ada dalam tepong ikan,tepong udang,dan sebagainya .
4.Sumber protin dari bahan mentah tumbuhan terlampau banyak atau tiada langsung sumber protin dari binatang yang mana otak ikan mentaksirkan makanan ini bukan sebagai makanan..
Bagi membuka selera pemakanan ikan ,attrantant dan stimulant ini perlu di masukan dalam rumusan makanan ,selain dari boleh membuka selera makan ikan,makanan yang di buat boleh di simpan lama tetapi masih di terima (palatable) oleh ikan.
Pengunaan attractants dan stimulants di dalam makanan rumusan juga boleh mengantikan sumber protin binatang yang mahal kepada sumber protin dari tumbuhan yang lebih murah.
Di dalam membuat makanan rumusan ,attractant-stimulant ini tidak di ambil kira sebagai nutrient ,( hanya sebagai bonus), kadar yang sering di gunakan adalah antara 1 hingga 3 % dalam satu satu makanan rumusan itu.
Di dalam industri makanan ikan kebanyakan pengeluar makanan mengunakan attractant dan stimulant ini dalam ramuan mereka.
Atrractants –stimulants ini di buat dari bahan oganik samada dari amino asid, fatty acid atau dari bahan sintetik dari kumpulan esters atau amines.
Attractant-stimulant konvensional yang di guna dalam industri makanan.
- Amino acid – L-proline,L-alanine,L-argine.
- Soluble - Fish soluble, krill soluble
- Sintetik - Disodium inosinate, betaine, glycine, glutamic acid
5. Meal - Tepong ikan,tepong sotong –perlu yang berkualiti/baru
Attractants-stimulants yang tidak konvensional
1.Hampas Budu – hasil sampingan dalam industri pembuatan budu.
2.Udang - Udang Bari
3. Belacan - berpontensi,tapi masih perlu kepada kajian lanjut terutama yang menguna kan perwarna dan pengawit dan kos bahan.
4.Daun pandan ( Pandanus odorus.)atau debu daun pandan - Untuk ikan jenis herbivorous saperti ikan kap ,talapia dll.
0 ulasan:
Comment/FAQ