Perlu Kah Mesin Untuk Membuat Makanan Rumusan.
Jawapan nya YA atau TIDAK, bergantung kepada keperluan anda.
Dari segi pemprosesan hanya dua perkara sahaja untuk mendapat makanan rumusan terbaik.
1.Saiz Bahan Mentah.
Saiz bahan mentah adalah penting untuk menghadaman terbaik,saiz terbaik untuk penghadaman di dalam perut ikan adalah pada sekitar 60 micron.Ini kerana kebanyakan ikan tidak mempunyai gigi gerham dan tabiat memakan secara menelan terus makanan yang diberi.
Saiz yang telah sedia halus memudahkan enzim penghadaman meresap masuk di celah celah bahan mentah ini.Ini akan memudahkan penghadaman , mengurangkan tenaga yang di guna untuk penhadaman dan mempercepakan proses penhadaman di dalam usus ikan tersebut.Pengurangan tenaga bagi proses penhadaman ini boleh membantu proses lain yang mengunakan tenaga bagi meningkatkan lagi kadar pertumbuhan.
2. Memasak
Memasak bahan mentah terutama bahan mentah dari sumber tumbuhan sebelum di adun meningkatkan lagi kadar penhadaman ,misal nya kanji telah bertukar kepada gelatin yang telah sedia untuk di serap di dalam usus.Memasak juga merungkaikan/memecahkan structur makanan dan memudahkan penghadaman ini.Cara terbaik memasak supaya protin dan lain lain nutrien tidak rosak ialah dengan cara stim atau pengewapan.
Jadi peralatan asas dan cara melakukan proses di atas adalah saperti berikut
Peralatan Asas
1.Untuk menghancurkan bahan mentah.
2. Untuk proses pengewapan (steamer) boleh di buat saperti berikut.
Ini adalah peralatan asas yang minima untuk membuat makanan rumusan.Cara ini di syorkan kepada penternak penternak yang baru menceburi bidang ini dan ingin belajar membuat makanan sendiri,sebelum melabur untuk membeli peralatan yang lebih effisien.
Cara pemperosesan
Bahan bahan mentah yang boleh di proses dengan cara ini adalah saperti perut ayam,sisa ikan saperti perut,kepala dll.sayur sayuran,dedak padi,penukut,hampas kacang soya, lebihan dari pusat sembelihan tapi tidak termasuk tulang,ikan grade B (ikan baja) yang belum mengalami proses pereputan (bukan ikan busuk),segala hasil laut saperti udang,ketam tidak termasuk yang beracun saperti ikan buntal dsb.,cara pemperosesan nya adalah saperti berikut
1.Bahan mentah yang di guna, kalau boleh hendaklah sekurang kurangnya dari 4 sumber bahan mentah, contoh saperti perut ayam,penukut beras,ikan dan sayuran sayuran.Boleh di campur semua sekali jika bahan mentah ini pada kuantiti yang sedikit, timbang dahulu satu satu bahan itu sebelum di campur.Jika banyak di galak kan buat satu satu jenis dahulu .Stim (wap) kan bahan mentah ini sehingga masak,perut ayam atau lain lain jenis usus,memakan masa yang panjang antara 45 hingga 1 jam,manakala bahan lain antara 20 hingga 30 minit sahaja.
2.Jika bahan bahan mentah ini telah dicampur semasa mengukus, boleh lah terus di lumat kan dengan cara di atas.Jika berasingan timbang dahulu,sebelum di lumatkan.
3.Keringkan bahan mentah yang lumat tadi.
4.Dalam membuat makananan cara ini agar agar di guna sebagai binder atau pengikat.Kanji tidak di galakan kerana makanan mudah rosak dan menyumbang kepada penyemaran.Masak agar agar ini dahulu dengan air,masuk kan vitamin,minyak ikan (jika ada) , gaul hingga rata,masukan agar agar sedikit sedikit dan gaul sekali lagi hingga rata dan menjadi likat.
5.Biarkan hingga beku/mengeras,jangan jemur di tengah panas ,kecuali mengunakan pengering yang di khaskan kerana ini akan merosakan vitamin yang ada,terutama vitamin c. kerana UV dari cahaya matahari.
6.Cara memberi makan ialah dengan memotong pada sais yang sesuai jika anak ikan itu kecil,hancur kan dengan cara meramas ramas jika ikan ikan itu telah besar.
7.Simpan di dalam freezer lebihan makanan yang masih ada.
Pengiraan untuk penyelarasan protin.
Bagi data data yang ada kadar protin di kira berdasarkan peratus air antara 9 hingga 12 % air.Bagi makanan jenis ini peratus air nya adalah lebih tinggi.Peratusan air ini boleh di buat dengan menimbang sebelum di jemur,dan di timbang semula setelah kering.
Peratus protin sebenar = kadar protin asal x ( 100 – kandungan air)
Katakan protin asal 45 %, kandungan air (kelembapan)- 9 %
0 ulasan:
Comment/FAQ