Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

07 Mac 2009

Bagaimana Tepong Ikan Di Hasilkan

Di dalam membuat makanan rumusan kita selalu dengar tepong ikan banyak di guna sebagai salah satu ramuan utama yang di guna dalam makanan rumusan ,tapi tak banyak yang mengetahui bagaimana ia nya di hasilkan.

Terdapat pelbagai grade dan kategori tepong ikan ,daripada FPC ( fish protein concentrates) hingga lah kepada ikan baja.Tepong ikan ini bukan sahaja di guna di dalam industri akuakultur tapi dalam industri lain saperti penternakan khinzir ,lembu dan lain lain .Tepong ikan juga adalah sebagai sumber protin yang di guna sebagai makanan supplemen kepada manusia.

Pada kebiasaanya FPC di hasil kan dalam dua jenis ,Jenis A adalah FPC yang mengandungi kurang dari 0.5 % lemak dan Jenis B adalah kurang dari 10 % lemak.Jenis A adalah tepong ikan yang tidak berbau ikan yang mana di guna dalam industri makanan dan kosmetik bagi kegunaan manusia dan B sebagai sumber protin bagi makanan ternakan.

Dari segi industri tepong ikan, pada kebiasaan nya selain dari tepong ikan,kilang yang memproses tepong ikan ini juga mengeluarkan produk hiliran saperti minyak ikan dan fish soluble.

Hanya ikan segar sahaja di guna bagi pengeluaran FPC ini.Ikan ikan yang telah mengalami autolytic deterioration ,oxidation of lipids (rancidity) atau microbial spoilage tidak di guna untuk menjaga mutu tepong ikan ini.

Pada asas nya proses pengeluaran tepong ikan ini meliputi.

Pemanasan –Sebagai melikatkan protin,memecahkan lemak serta membebaskan ikatan air dan minyak dalam daging ikan.

Pemampatan – Untuk mengasing kan bahan pepejal dan bahan cair.

Pengasingan – Pengasingan cecair kepada minyak dan air (stickwater)- proses ini tidak di buat bagi ikan yang mengandungi minyak kurang dari 3 %.

Penyejatanpenyejatan air (stickwater) kepada fish solubles pekat.

Pengeringan bahan pepejal yang dicampur semula dengan soluble yang telah di sejat kepada tepong yang lebih stabil.

Pengisaran kepada saiz yang di kehendaki.

Rawatan- pengunaan additive untuk anti oxidan,pegawetan dsb nya

Proses seterus nya bagi tepong ikan ini ia lah pengredan berasaskan kandungan protin manakala minyak ikan di proses lagi saperti oil polishing dan sebagainya untuk di grade kan kepada makanan manusia dan haiwan.

Dalam pemprosesan cara di atas, boiler atau pendadan adalah alat utama selain dari cooker,dryer,hammermill dll. Dua peralatan penting dalam pemprosesan tepong ikan adalah saperti berikut

Decanter.

Di guna untuk memisah kan bahan pepejal saperti tulang ,daging dll dengan bahan cecair saperti minyak dan air

Oil Seperator

.

Untuk memisah kan minyak dan air.

Terdapat juga pelbagai cara untuk membuat tepong ikan ini saperti sistem enzimetik,merebus sahaja dll bergantung kepada keupayaan untuk mendapat bahan mentah ,jenis ikan dan keupayaan kewangan dalam pembinaan kilang kilang pemprosesan ini. .

Kembali ke senarai topik

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah kesannya kiranya sbg contoh kita menggunakan ikan keli yg mati sbg rumusan dlm buat makanan utk ikan keli juga

Cikgu Naim berkata...

salam.
Sekira nya ikan itu masih segar ,boleh, malah dapat mengurang kan FCR.
Tetapi dalam satu kajian yang di buat, mendapati ,memberi makan ikan dari spesies yang sama akan menyebabkan immunisasi keatas ikan akan berkurangan untuk jangka masa panjang sama saperti kesan memberi antibiotik.