Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

06 Mac 2009

Cara Pemprosesan Usus Ayam

Usus atau perut ayam telah lama di gunakan sebagai makanan ikan terutama ikan keli dan patin kerana mempunyai nilai nutrien yang tersendiri.Untuk mengelak kan penyakit dan mendapat penghadaman yang terbaik,perut ayam ni perlu di proses dahulu.Walau bagaimana pun jika sedikit senang untuk di cuci,tetapi jika banyak ia merumitkan dan memakan masa yang banyak untuk mencuci najis dan sebagainya.

Apa yang perlu anda buat gunakan mincer pengisar daging.Ubah suai sedikit pada die plate mincer yang ada dan pada saiz yang tidak di pakai ia itu di depan mincer ini atau tempah yang baru saperti berikut.

.

1.Mesin usus ayam ini dengan mengunakan 4 mata pisau ,untuk memotong/mengisar usus usus ini.

2.Untuk mencuci ,susun peralatan saperti di bawah, cuci dengan air mengalir di dalam bekas yang di sediakan.

  • Untuk menjimat kan air ,boleh lah usus usus ini di redam/cuci dahulu selepas di mesin dalam bekas lain sebelum di cuci saperti di tunjukan dalam gambar rajah di bawah.

.

Cuci hingga bersih.

3.Rebus usus ayam ( stim adalah lebih baik) ini di dalam bekas bekas yang sesuai ,-rebus hingga kering air ,sukatan air hendak lah seimbang atau tambah jika perlu ,di mana masa air untuk kering ,adalah antara 50 hingga 70 min.

4.Sejukan dahulu sebelum di kisar semula di dalam mincer mengunakan die plate bersaiz 4 atau 5 mm .

5.Jika minyak dan air hendak di buang boleh lah di buat jika tidak boleh lah terus dijemur sehingga kering.

6.Jika mempunyai disc mill boleh lah usus usus kering ini di kisar halus dan di simpan sebelum di adun dalam makanan rumusan.

0 ulasan: