Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

07 Februari 2009

Bagaimana Untuk Mendapat FCR kurang dari 1

Untuk mendapat FCR kurang dari satu selain dari rumusan makanan yang baik ,pengurusan yang cekap juga perlu di lakukan.

Jenis yang telah berjaya di buat ialah dari jenis Ikan Keli Afrika –clarias gariepinus,( species lain masih lagi dalam peroses R & D)’

Hasil ternakan ialah pada 4 hingga 5 ekor sekilo,jangka masa antara 45 hari hingga 60 hari maksima.yang mana FCR yang di perolehi adalah antara 0.75 hingga 1 bergantung kepada induk yang di guna semasa untuk mengeluarkan benih dan masa yang di ambil sebelum ikan ikan ini boleh di jual.

Kriteria Makanan rumusan

1.Starter Pellet

Protin - Tidak kurang dari 50 % protin dgn profil Amino acid terbaik

Lemak – 5 % minyak sawit

5 % minyak jagong

1 % minyak ikan

Di beri pada kadar 3 % dari berat badan ,2 kali sehari ,awal pagi dan 3 jam sebelum matahari terbendam ,sehingga benih mencapai 50 g.

2.Grower Pellet

Protin - Tidak kurang dari 40 % protin dgn profil Amino acid terbaik

Lemak – 2 % minyak sawit

2 % minyak jagong

1 % minyak ikan

Di beri pada kadar 3 % dari berat badan ,2 kali sehari ,awal pagi dan 3 jam sebelum matahari terbendam ,sehingga benih mencapai 100 g.

3.Finisher Pellet

Protin - Tidak kurang dari 30 % protin dgn profil Amino acid terbaik

Lemak – 2 % minyak sawit

2 % minyak jagong

1 % minyak ikan

Di beri pada kadar 3 % dari berat badan ,2 kali sehari ,awal pagi dan 3 jam sebelum matahari terbendam ,sehingga benih mencapai 200 g.

4.Maintenance Pelet

Protin - 20 % protin atau kurang dgn profil Amino acid terbaik

Lemak – 1 % minyak sawit

1 % minyak jagong

Di beri kepada ikan ikan yang telah mencapai 200g ke atas ,pada kadar 2 % dari berat badan ,2 (dua) hari sekali ,awal pagi sehingga ikan ikan boleh di jual.

5. Bahan mentah lain

1.Dicalcium phosphate - 1 % dalam makanan

2.Sodium humate - 1 % dalam makanan

3.L-lysine - 5.5 % daripada protin kasar

4.DL- metionine - 2.5 % daripada protin kasar.

5.Mineral & Vitamin.

Kriteria Benih atau Anak Ikan.

Benih atau anak keli tidak kurang dari 3 ” - daripada permerhatian yang di buat pada kebiasaan nya benih yang terbantuk tidak akan mencapai sais 3 “.

Kriteria Kolam Ternakan

Kolam hendaklah daripada kolam simen atau kanvas atau polytank .Kolam tanah tidak di galak kan kerana teknik ini perlu pengeradan dari masa ke semasa.Parameter air hendak pada standard penternakan biasa dari segi pH,akaliniti,hardness dsb nya,Cuma yang penting air hendak lah sentiasa kehijauan pada tahap tidak kurang dari 20 cm. Sechi disc.Perlu di lakukan sebelum kemasukan anak benih lagi. Air hijau ini adalah sebagai penyumbang kepada oksigen dalam air dan makanan sampingan terutama semasa peringkat kecil.Pengunaan protin yang tinggi perlu kepada oksigen yang tinggi untuk proses metabolisma,amonia, toksiksiti dll.

Kadar ketumpatan adalah pada 700 ekor anak untuk 1200 liter air pada peringkat pemulaan,selepas pengeradan kadar ketumpatan hendaklah tidak lebih dari 100g/liter air

Aliran air masuk ( 24 jam ) ialah pada kadar 700 ml/min utk 1000 liter isi padu air .

Air hanya diganti /cuci kolam hanya kepada kolam yang di grade.

Mempunyai tidak kurang dari 3 kolam untuk 3 grade ikan.

Cara Pemakanan

Cara pemakanan ialah berasas kan peratus berat badan.misal nya pada peringkat awal katakan 1000 ekor bagi satu kolam, ,ambil purata dalam 20 ekor ,buat sebanyak 3 kali.Purata berat ini dikira berat bagi 1 ekor ikan ,di kali dengan 0.03 ( 3 % berat badan) ,katakan 10 gram seekor,jadi 10 x 0.03 = 0.3 g,di kali pula dengan 1000 ekor = 300 g.Jadi setiap kali makan di beri 300g pada kolam ini.

Permerhatian perlu di buat semasa memberi makan.Makanan yang di beri hendaklah di tabur pada keseluruhan kolam pada kadar yang kecil, sehingga habis.Jangan memberi makan jika di dapati ikan sudah tidak mahu makan,Sambong memberi makan pada sisi petang pula jika ini berlaku di sebelah pagi atau keesokan hari jika ini belaku di sebelah petang.

Makanan hanya di beri 6 hari sahaja seminggu.Dengan pengunaan protin yang tinggi dalam makanan ,dalam kajian yang di buat pemberian makanan 6 hari seminggu memberi kesan yang sama keatas pertumbuhan berbanding dengan memberi makan 7 hari seminggu.Proses ini yang di kenali ' compensatory growth',memboleh kan ikan keli ini

' mengejar ' pertumbuhan yang sekata.

Peringatan : Jangan memberi makan pada waktu malam ,kadar protin yang tinggi dalam makanan akan meningkat kepada metabolisma yang tinggi, kadar oksigen terlarut yang kurang pada waktu malam akan memudaratkan ikan.

Pengeradan

Dalam penternakan ikan keli pengeradan tidak dapat di elakan untuk mendapat hasil yang setimpal.Peralatan yang sesuai saperti bakul plastik yang di tebuk lubang yang sesuai dengan sais ikan akan membantu mempercepatkan masa pengeradan.Pengeradan di buat berasas kan berat badan pada peringkat 50 atau 100g.Jika tidak di grade makanan akan membazir atau ikan akan cepat besar ,conton nya memberi makanan starter kepada ikan yang lebih dari 50g dan sebagai nya

Kos pemakanan

Semasa kajian di buat (2 tahun) harga palet yang di jual kepada penternak adalah saperti berikut

1.Starter Palet - Rm 4.50

2.Grower Palet Rm 3.50

3.Finisher Palet Rm 2.50

4.Maintenance PaletRm 2.00

Bahan bahan mentah yang di gunakan selain dari yang di nyatakan di atas ,adalah saperti Tepong Ikan ( peru,grade A),tepong perut ayam yang di peroses,bulu ayam,penukut beras,kepala kan bilis,tepong daun kangkong dan kanji sebagai pengikat,

Kos untuk makanan untuk pengeluaran bagi sekilo ikan keli ialah antara RM 1.50 hingga RM 1.80.

Kos pemakanan ini boleh di kurangkan lagi ,jika bahan mentah yang berkualiti

boleh di perolehi dengan harga yang murah dan dengan pengurusan yang baik ,ikan ikan ini boleh di jual pada peringkat pemakanan finisher palet lagi.

Saiz Pelet

Saiz pelet amat penting dalam pembuatan makanan ikan, sais yang besar menyumbang kepada pembaziran dan meningkat kan pencemaran,sais yang kecil akan meningkat kan tenaga yang di guna untuk makan atau kurang penerimaan kepada ikan.

Saiz yang sesuai ialah pada 2/3 dari 1/2 mulut ikan, contoh nya bagi starter ialah pada saiz 1.5 hingga 2 mm dia sahaja.

Selamat mencuba.........

Kembali ke senarai topik

1 ulasan:

muhammad fitriady bin muhammad yusar berkata...

salam tuan, bolehkah saya belajar nak buat pelet ikan keli dengan tuan?