Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

15 Mac 2009

Kacang Soya Sebagai Bahan Mentah

Kacang soya telah lebih dari lima puloh tahun di gunakan sebagai makanan dalam semua jenis ternakan.Walau bagaimana pun kacang soya ini masih lagi menjadi perkara yang misteri bagi kebanyakan pengkaji pengkaji..

Terdapat pelbagai kajian baru yang di siarkan bagi menyokong kacang soya ini sebagai sumber protin utama dan boleh mengantikan tepong ikan dan sebagai nya. Ia tidak lebih dari saperti mereka cipta semula sebuah roda.Terdapat pro dan kontra dalam kajian kajian yang di buat.

Salah satu kajian ini yang di buat oleh Pongamaneerat and Watanabe ,1992 yang mengatakan walaupun kacang soya ini mempunyai kualiti protin dan kadar penghadaman yang baik tetapi kegunaan antara 23-30 % dalam makanan rumusan di dalam makananan anak anak ikan salmon di dapati ia nya terbantut di sebabkan oleh kurang selera ikan untuk makan makanan yang mengandungi kacang soya ini.

Trypsin inhibitor,oligosaccharides,phytoestrogen,allergen,lectin dan phytate adalah yang di spekulatif sebagai penyebab negative makanan kacang soya ini ke atas ternakan.Walau bagaimana pun rawatan haba boleh menghilangkan kesan negative ini dalam banyak kajian yang di buat.

Bagi kegunaan makanan ternakan, kacang soya yang di kategori sebagai full fat soybean terdiri dari.

1.Extruded soybeans- kacang soya yang di rawat dengan mengunakan stim panas dan geseran dalam extruder tanpa mengurangkan/membuang sebarang bahan nutrient.

2.Roasted soyabeans- Kacang soya yang di rawat dengan pendedahan haba atau micronized tanpa mengurangkan/membuang sebarang bahan nutrient.

Prosimat analisa bagi rawatan di atas adalah saperti berikut

Protin - 33 hingga 45 %

Lemak – 16 – 20 %

Fibre - 5 – 6 %

Kelembapan (extruded) – 12 %

Kelembapan ( roasted) - 6 %

Kacang soya yang bukan dari full fat soyabeans yang di gunakan dalam pemakanan ternakan ialah daripada hampas kacang soya ia itu hasil buangan yang telah diproses sama ada untuk menjadi kan minyak kacang soya atau air kacang soya.Proses ini tidak mengurangkan nilai protin yang ada dalam kacang soya ini.

Hampas kacang soya ini perlu di rawat dengan rawatan haba sebelum boleh di guna dalam pembuatan makanan rumusan untuk menghilangkan kesan negatif yang ada saperti mengoreng atau sebagai nya .

Rawatan haba yang di buat hendaklah bersesuaian,jika kurang ia nya tidak dapat memusnah kan trypsin inhibitor dan mengurangkan urease dan lipase aktiviti yang masih aktif.Kebanyakan enzime akan musnah pada suhu 50 ยบ C dan ke atas.

Jika berlebihan pula akan memusnahkan amino acid saperti lysine,cystine dan methionine atau lain lain amino acid.

Kembali ke senarai topik

17 ulasan:

Gigaheartz berkata...

Salam cikgu..klu ikutkn dalm pembuatan air soya kacang tu dah dipanaskn dahulu..jd adakah hampas soya drp pembuatan air soya perlu utk dipanas semula?
Terima kasih,,:)

Cikgu Naim berkata...

Salam,jika hampas soya itu telah melalui proses 'rawatan panas',ia nya tidak perlu di panaskan lagi.Walau bagai mana pn dalam proses pembuatan pelet,rawatan perlu untuk 'denature'protin supaya dapat meningkatkan lagi kadar penghadaman.

khairi berkata...

cikgu.. saya memperolehi hampas yg baru di proses setiap hari. dengan keadaan hampas soya yg lembab dan saya keringkan menggunakan dryer. bolehkah terus membuat pellet tampa mengisarkan nya dulu?

begitu juga perut ikan dan ayam , saya hanya rebus dan dalam keadaan basah saya hancurkan mengunakan penghancur daging dan terus memproses untuk dijadikan pellet? tanpa melalui proses pengeringan dan penepongan.

Cikgu Naim berkata...

1.Kacang soya yang penting, perlu dinyah kan toksik nya dengan pemanasan,mengisar dengan lebih halus dapat meningkatkan lagi kadar penghadaman.(lebih baik )

2.Proses pengeringan hanya perlu di buat bila mana bahan mentah ini,perlu di simpan sebagai stok sebelum di proses,jika tidak,ia nya boleh terus di buat pelet,kemudian baru di keringkan atau terus di beri makan dalam bentuk 'semi moist' yang di kenali sebagai 'compound feed",dan yang penting sekali tentukan makanan ini dalam bentuk ketulan yang tidak mudah hancur bila terkena air.

Unknown berkata...

salam,
saya bercadang untuk guna perut ayam dan hampas kacang soya sebagai makanan keli saya.saya guna agar-agar sebagai binder.perut ayam direbus dan dikisar.dikeringkan pada suhu bilik.hampas pula digoreng sedikit untuk kurangkan lembapan.

boleh ke cara saya tu?berapa kandungan protein pada produk akhir? saya tak buat pellet,cuma kepalkan je

terima kasih

Cikgu Naim berkata...

Walaikum salam,
Dari segi nutrisi ok la,cuma kalau nak meningkatkan lagi penghadaman kacang soya perlu di masak lagi ( perhatian dari segi bau),protin antara 35 ke 45 bergantung kepada kelembaban dan cara proses.

Khairi berkata...

saya membuat pallet dengan menggunakan soya,perut ikan dan ayam. dedak padi.jagong. tapi mendapati ikan keli saya tidak ada selera makan.ikan akan makan dengan pallet yang saya buat dan berhenti makan..Tapi ikan keli masih mahu makan dengan pallet timbul dipasaran.hasilnya ikan saya lambat besar. sudah masuk 7 bulan masih mahu diberi makan lagi.

Khairi berkata...

satu lagi nak Tanya cikgu... apa keperluan DCP dalam pallet? juga vitamin dan mineral?

Cikgu Naim berkata...

1.Saya rasa ia berkaitan dengan "palatability" ia itu ikan tak selaera makan ke atas pelet yang di buat.sila semak di sini.http://naim-keliomega3.blogspot.com/2009/02/fish-attractants-dan-fish-stimulants.html

2.DCP adalah untuk pembesaran.

Khairi berkata...

terima kasih cikgu.. saya da dapat kesan punca masaalah... lepas ini saya goring belacan dengan satu pelastik minyak sawit. saya akan campurkan dengan 50 kg makan rumusan saya.. saya rasa hampas soya dan jagong telah merosak kan bau pallet saya..

Khairi berkata...

cikgu minta pencerahan... sebelum ni saya buat pallet yang ikan takda selera makan. bahannya seperti berikut.. 1- perut ikan +ayam. 20%. 2-hampas soya 25%. 3-jagong 15%. 4-dedak padi 25%. 5- kepala bilis 14%. 6- dcp + vitamin mineral 1%.

perut ikan dan ayam saya rebus dan hancurkan. hampas soya saya terus gaul.. da 1 tan saya buat pallet dengan cara diatas..

lepas ni saya nak buat maccam ni.. 1- perut ikan ayam 20%. 2- hampas soya 64% . 3-jagong 15% .4-dcp+ vitamin menaral 1%.

perut ikan dan ayam saya rebus dan hancurkan. soya saya goring dengan 2 kilo minyak sawit den belacan.

boleh ke cikgu? berepa lama saya perlu goring 50 kg hampas soya
(2x)? . berapa ketul belacan diperlukan untuk 50 kg hampas soya.?

Khairi berkata...

apa maksud rawatan haba? adakah kukus boleh menghilangkan bau nagetive pada hampas soya.? kalau kukus kerja pun lebih senang . takpayah kacau berbanding goring yg sentisa kena kacau.

Cikgu Naim berkata...

1.Rawatan haba (heat treatment) samada goring,rebus atau kukus.

2.Tempoh 'memasak' kacang soya ini,boleh di nilai melalui bau,pada kebiasaan nya,satu aroma tersendiri akan keluar bila segala anti nutrient ini di nyahkan.

3.Standard industri bagi nyah anti nutrient kacang soya ialah dengan cara mengukus.

4.Peratus belacan berasaskan berat,pada kebiasaan nya jika kacang soya ini betol2 masak,hanya sedikit sahaja yang di perlukan ia itu antara 250g ke 500 g untuk 100kg makananan rumusan.

5.Attractant terbaik ialah minyak ikan ,jika tiada juga boleh guna minyak masak yg telah di guna untuk mengoreng ikan.

Khairi berkata...

terima kasih cikgu... tapi saya rasa kena goring juga sebab saya letak 64% hampas soya.goring untuk mengurangkan air pada soya.dedak padi dan kepala bilis tidak digunakan lagi untuk megurangkan kos.

mengenai lemak dan attractant.. minyak sawit adalah keprluan lemak dalam pallet?bukan attractant? berapa percen keperluan minyak sawit dalam makanan rumusan?

mengenai minyak ikan.. saya fikir bolehkah ikan keli yang mati digoreng (tumis) bersama belacan untuk mendapatkan minyaknya?

Cikgu Naim berkata...

1.Didalam teknologi makananan rumusan tidak ade sekatan untuk mencuba secara 'try n error utk mendapat yang terbaik.

2.Bagi ikan air tawar lemak yg di syorkan adalah sebyk 3 % minyak sawit.

3.Minyak goreng ikan lebihan ,jika hendak di guna kalau boleh hendaklah hanya ikan yang dibubuh garam dan kunyit sahaja.

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. Blh sya dptkn hampas soya?..

Unknown berkata...

Ctc no 0175389270 mencari hampas soys