Dalam habitat asal makanan ikan bergantung sepenuh nya kepada jenis ikan ikan ini,misal nya ikan jenis pemangsa (canivarous),tidak akan memakan makanan daripada sumber tumbuhan ,sama lah saperti ikan jenis herbivarous dan sebagai nya.Ini kerana sistem penghadaman ikan ikan ini berlainan jenis antara satu sama lain selain mempunyai enzim penghadaman yang berlainan.Ini juga bermakna tidak ada satu pun makanan yang di buat bersesuaian kepada semua jenis ikan.
Pada amnya, esofagus ikan adalah pendek dan boleh mengembang supaya objek yang agak besar boleh ditelan, tetapi ikan-ikan herbivore mempunyai tiub esofagus yang kurang kembang jika dibandingkan dengan ikan-ikan karnivor (seperti Ikan Siakap). Dinding-dinding esofagus dilengkapi dengan kedua-dua lapisan otot jalur membulat dan otot jalur memanjang. Dengan cara pengecutan pada kedua-dua jenis otot ini pergerakan makanan akan diarah ke perut. Selaput esofagus terdiri daripada epitelium lintap dan epitelium berurus dengan sel-sel atau kelenjar lendir yang banyak.
Ikan canivarous mempunyai usus yang pendek, berbanding dengan ikan-ikan herbivores yang biasanya mempunyai usus yang panjang, berkali-kali ganda daripada panjang badannya.
Dengan membuat makanan rumusan,makanan yang di buat boleh di monopulasikan mengikut jenis ikan ikan ini.Dengan pemprosesan yang betul dan tahu keperluan pemakanan kepada jenis ikan ikan yang di ternak ,walaupun ikan ikan ini jenis pemangsa ianya boleh di gantikan dengan makananan dari sumber tumbuhan.
Kos pemakanan adalah antara 70 hingga 80 peratus ,jika mengunakan pellet pellet yang di komersialkan bergantung kepada jenis ikan dan cara pengunaan nya,dengan membuat rumusan makanan sendiri kos ini boleh di kurangkan selain dari makanan yang di buat bersesuian dengan ikan yang di ternak.
Kita banyak mempunyai bahan mentah yang masih lagi tidak di guna sebagai sumber makanan ternakan saperti bulu ayam dsb, selain kurang pengetahuan dalam bidang pemprosesan bahan bahan mentah ini.Ini penting kerana jika bahan mentah ini tidak di peroses dengan betul ia nya tidak dapat di hadam atau kecekapan pemakanan ( feed efficiency) yang rendah.Pengetahuan yang betul sangat penting untuk menghasil kan makanan terbaik, sekali gus mengurangkan kos makananan
0 ulasan:
Comment/FAQ