Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

26 Februari 2009

Kualiti Bahan Mentah Dan Kualiti Pelet.

Kualiti Bahan Mentah Dan Kualiti Pelet.

Sebagai seorang penternak,semua nya mahu makanan yang dapat memberi pulangan hasil yang memberangsangkan,samalah juga dengan pengilang mahukan keuntungan.Tidak ada sebab perternak tidak membeli makanan yang di kilangkan ,jika makanan yang di beli itu dapat memberi pulangan yang manasabah.Jawapan nya ialah kepada kualiti makanan itu sendiri.

Untuk mendapat tahap pembesaran yang optima kualiti terbaik perlu dijaga hingga sampai kepada mulut ikan.Tepong ikan terbaik misal nya ,kualiti nya di jaga dari bagaimana ikan ikan ini di tangkap dan bagaimana nak mematikan ikan ikan ini hingga lah menjadi tepong ikan atau fishmeal.

Jika pembaca sekelian telah membaca tulisan saya sebelum ini,perut ayam misal nya ada di tulis 65 % protin, ada di tulis 53 % protin dan ada di tulis 45 % protin.Pembezaan angka angka ini adalah kerana cara pemprosesan yang berlainan.Cara pemprosesan secara autoclave dan pemerahan minyak dan air akan menghasilkan protin tertinggi sehingga lebih dari 60 %,sementara perut ayam yang sama jika hanya dengan cara di rebus sahaja hanya menghasilkan protin tak sampai 45 %.

Selain dari itu data data prosimat analisis yang di tulis hanya betul pada hari analisa itu di buat.Sebab itu kebanyakan bahan makanan ada tertulis ”expired date’,” not less than” dan sebagainya.Semua bahan oganik mengalami proses deterioration atau pereputan bermula dari saat kematian hingga menjadi lupus.Untuk menjaga kualiti terbaik perkara perkara berikut perlu di titik berat kan.

1.Cara pemprosesan

Untuk mendapat makanan rumusan terbaik ia nya bermula dari pemprosesan bahan mentah lagi.Tak guna kita membeli mesin pelet yang cangih dan mahal hanya untuk memproses ’sampah’.Kebanyakan kita,mengunakan bahan mentah yang murah dengan harapan akan mengurangkan kos pemakanan penternakan yang di buat,tetapi apa yang sering berlaku adalah sebalik nya..Dari segi kos pengeluaran, walaupun bahan mentah yang di guna itu murah ia nya tidak mengurangkan kos operasi,susut nilai dan sebagainya.Pengunaan bahan bahan yang tidak berkualiti hanya meningkatkan FCR sahaja yang mana pada akhir nya penternak dan pengilang kedua dua nya akan rugi.

Contoh 1.

Di Kelantan dulu ada sebuah kilang tepong ikan (fish meal) milik seorang tokey cina dari Perak,bahan mentah yang di guna adalah dari lebihan industri kerepok saperti kepala ikan dan lain lain .Bau kilang ini dapat di hidu sekitar 5 km.Tepong ikan ini di dakwa mengandungi 50 % protin dan di bekal kepada pengilang makanan khinzir.Ia di proses mengunakan kayu api, di rebus hingga kering sehingga menjadi fishmeal.Dan sekarang ini kilang ini telah di tutup,kerana khinzir pun tidak dapat membesar/lambat dengan memakan tepong ikan ini.Kalau di barat makanan jenis ini tidak di panggil makanan tapi baja yang di guna untuk pokok.

Contoh 2.

Di Kelantan juga, di Tok Bali , ada sebuah kilang pemprosesan fish meal yang bernilai jutaan ringgit yang di bina oleh sebuah konsotium.Fishmeal ini di proses dengan cara enzimatic.Bahan mentah yang di guna adalah daripada ikan baja.Pasaran nya adalah untuk export ke Jepun.Kilang ini juga sudah tidak beroperasi kerana telah di tamat kan kontrak kerana tidak mengikut piawaian yang di tetapkan,hanya layak di panggil baja ikan bukan tepong ikan, ”pis mel ? non..non....fatalaizal....! ” kata orang Jepun.

Jadi sebelum kita dapat memproses makanan rumusan kita ini menjadi pelet ,tentukan bahan mentah yang di gunakan itu bahan mentah yang berkualiti bukan sampah,bukan hanya pada protin sahaja, cara mana bahan mentah ini diproses ,profil amino acid,lemak abu,lama mana bahan mentah ini telah di proses dan lain lain lagi perlu di ketahui.Dan bagi pengilang adalah menjadi kelebihan jika bahan bahan mentah ini dapat di proses sendiri sebelum ianya di buat dalam bentuk pelet.

2.Cara penyimpanan

Untuk menjaga kualiti,cara penyimpanan juga memberi kesan kepada kualiti makanan yang di buat.Suhu dan kelembapan –relative humidity,adalah penting.Terlampau padat dan terlampau panas ,boleh menyebab kan kerosakan samada kepada bahan mentah atau kepada bahan siap. –’store in cool and dry place’ kata oranputih,di kebanyakan label makanan yang berkualiti.Pengudaraan yang betul dalam stor penyimpanan perlu diambil kira.

3.Tempoh penyimpanan

Hayat bagi bahan oganik,dari mula kematian adalah tidak lebih dari dua tahun apabila di beri rawatan tertentu, dan kurang lagi jika tidak diberi sebarang rawatan. Pengurusan yang cekap dapat menjaga kualiti makanan,misalnya bahan mentah yang di beli tidak memakan masa yang lama di simpan sebelum di proses dan pelet pelet yang siap dapat digunakan/di hantar kepada penternakan pada kadar yang segera.Pengurusan inventory juga memainkan peranan yang penting bagi menjaga kualiti makanan yang di hasilkan.

4.Cara pengangkutan dan pembungkusan.

Cara pengangkutan juga tidak kurang penting untuk menjaga kualiti makanan.Suhu yang panas dan UV dari matahari semasa penghantaran, boleh merosakan vitamin yang ada dalam makanan, manakala kebanyakan mineral adalah jenis hydroscopik yang mana boleh mengakibatkan bahan bahan ini tidak stabil dan merosakan komponen komponen nutrien lain.Jadi, cara dan bahan yang di guna untuk membungkus perlu di teliti jika pelet pelet ini perlu di hantar ke tempat yang agak jauh.

Salam.

Kembali ke senarai topik

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM CIKGU. SAYA MOHON ADVISE. SAYA ADA MERANCANG UTK SUPPLY MAKANAN IKAN HIASAN DENGAN MENYEDIAKAN BAHAN ASAS YG DITERNAK SENDIRI. DARI SITU SAYA AKAN TEPUNGKAN, PALETKAN DAN DIKERINGKAN. BAHAN CAMPURAN TERSEBUT IALAH:-

1)CENGKERIK
contains 60,9% protein, 21-32% fat, 6.84% moisture, 45.6% cystein, 12.8% lysin, 0.05-0.09% collagen, 38-40% stearic acid, 9.84% oleic acid, 256.8 ppm estrogen, 11.49 ppm progestrone, 51.78 ppm testosterone, other essential amino acids and unsaturated fatty acids.

2)CACING TUBIFEX
• Min Crude Protein 53%
• Min Crude Fat 7%
• Max Crude Fibre 2%
• Max Moisture 8%
• Max Ash 13%

3) RUMPUT NAPIER INDIA
16 hingga 19% (Analisis % Protein daripada MARDI)

CAMPURAN YG DICADANGKAN:-

1)CENGKERIK 20%
2)CACING TUBIFEX 20%
3)RUMPUT NAPIER INDIA 60%

MOHON EMAIL INFO KE ilhamminda@gmail.com

Dominika Starańska berkata...

Świetnie napisane. Pozdrawiam serdecznie.