Protin adalah komponen yang terpenting dalam remusan pemakanan ikan.Protin adalah polimer kepada amino acid.Protin di perlukan di dalam diet adalah untuk membekal acid amino wajib (Essential amino acid-EAA) dan nitrogen untuk sintisis acid amino yang tidak wajib.(Non-essential amino acid-NEEA).Di dalam tisu ikan terdapat 23 jenis acid amino,10 daripada acid amino ini yang tidak dapat di sintesis oleh ikan dan perlu di bekal di dalam diet makanan.Kadar minima bagi acid amino adalah tidak kurang dari 50 % dari jumlah yang di perlukan,ia itu nisbah EAA:NEEA tidak kurang dari 1:1. Asid amino perlu untuk penyelengaraan,pembesaran ,pembiakan dan pembentukan (repletion) tisu.Kekurangan acid ini boleh menyebabkan ikan terbantut
Sebahgian besar acid amino yang di gunakan oleh ikan di katabolikan kepada tenaga kerana ikan telah di adaptasi dengan baik untuk mengunakan protin yang berlebihan dengan cara ini. Protin yang di katabolik akan membawa kepada pengeluaran ammonia yang mana perlu di ambil kira di dalam remusan makanan untuk mengelakan toksisiti dan pencemaran.
Nilai nutrient bagi protin adalah berfungsi kepada penghadamannya dan pembuatan acid amino.Kekurangan acid amino wajib melemahkan kegunaan diet protin itu sendiri dan membawa kepada pertumbuhan yang terbantut,lambat besar dan pemakanan yang banyak.
Di dalam beberapa kes keupayaan untuk melawan penyakit dan hilang keupayaan imunisasi juga terjadi.contoh nya kekurangan tryptophan membawa bepada penyakit scoliotic (tulang bengkok) dan kekurangan methionine menyebabkan katarak lensa.Dari segi kegunaan tenaga ,pada kebiasaannya ikan memerlukan di antara 8 -10 kcal/gm untuk penghadaman.(nilai penghadaman tenaga bagi protin 8.0 kcal/gm)
Pada kebiasaan nya kadar protin yang di perlukan oleh ternakan adalah saperti berikut
1. Udang laut - 18 - 20 %
2. Ikan keli - 28 - 32 %
3. Ikan talapia - 32 - 38 %
4. Ikan siakap - 40 - 50 %
5. Ikan kerapu - 45 - 55 %
Siakap/kerapu perlu 35 hingga 45 % penghadaman protin (digestible protein-DP) atau 40 -50 % Protin kasar (crude protin),Walaubagaimana pun amino acid perlu di bekalkan berdasarkan tenaga penghadaman (digestible energy-DE) Nisbah yang di syorkan adalah 20-26 g DP/MJ DE (92-102 g protin per Mcal).Menaikan nisbah ini akan menyebabkan pembuangan ammonia yang lebih banyak,dan pengunaan oksigen larut juga akan bertambah
Keperluan kadar protin adalah rendah bagi ikan jenis herbivorous ( pemakan tumbuhan) dan omnivorous ( pemakan tumbuhan dan benda hidup) berbanding dengan ikan jenis canivorous ( pemakan daging).
Kadar keperluan protin juga lebih tinggi di dalam penternakan berketumpatan tinggi (intensif) berbanding dengan penternakan secara semi intensif di dalam kolam terbuka.
Pada am nya keperluan protin adalah tinggi pada peringkat anak dan beransur ansur berkurangan bila ikan ikan ini membesar.Keperluan protin juga berbeza bergantung kepada persekitaran penternakan,suhu air,kualiti air ,komposisi genetik dan juga kadar pemberian makanan.
Protin di guna oleh ikan untuk pembesaran jika mempunyai cukup lemak dan carborhidrat ( sumber tenaga),jika tidak protin ini di guna oleh ikan sebagai sumber tenaga altenatif dan sokongan hidup berbanding untuk pembesaran.
Protin terdiri dari dari 50 % carbon,16 % nitrogen,21.5 % oksigen dan 6.5 % hydrogen.Ikan berkeupayaan mengunakan protin pada kadar yang tinggi,tetapi boleh mencapai sehingga 65 % akan hilang kepada persekitaran,nitrogen di kemuh melalui insang sebagai ammonia (NH3),dan hanya 10 % sahaja di kemuh dalam bentuk pepejal.Pemakanan yang berkesan dan pengurusan bahan buangan sangat penting untuk menjaga kualiti air dan toksiksiti, baik dari segi penternakan itu sendiri atau kepada alam sekitar.
0 ulasan:
Comment/FAQ