Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

20 Jun 2009

Sistem Kolam Ternakan Makanan Rega -1

Untuk menternak makanan untuk rega ikan perlu di teliti/dibuat di peringkat rekabentuk sistem itu lagi.Sebarang kesilapan dari segi reka bentuk akan menimbulkan banyak masalah dan kos operasi yang tinggi.

Sistem yang di bincangkan di sini adalah secara am ,dan boleh di aplikasikan kepada sistem ikan marin,sistem air tawar atau kepada udang atau jenis cenkerang lain.

Dalam penternakan secara intensif atau semi intensif, kolam penternakan rega tidak boleh lagi di buat dalam kolam tanah.Kolam simen atau tangki khas perlu di buat untuk penternakan yang optimal.

Masalah utama dalam makanan rega yang menguna kan sistem ini, kebanyakan nya adalah zooplankton atau fitoplankton yang diternak mengalami crash atau tidak mencapai kapasiti yang di kehendaki setelah beberapa hari berjalan dengan baik.

Antara penyebab kepada crash ini adalah saperti berikut

1.Kekurangan cahaya.

2.Pengudaraan (oksigen) yang tidak cukup

3.Kurang nutrien samada kepada zooplankton atau phytoplankton.

4.Panthogen atau bacteria.

5.Perubahan mendadak kepada suhu,ph atau parameter lain yang berkaitan.

6.Overpopulated.

7.Kemasukan air hujan

Dalam pemberian makanan rega bila mana crash berlaku dan kesan nya adalah secara berangkai.,misal nya ketiadaan cahaya matahari menyebabkan fitoplankton menjadi domain dan tidak membiak,ini akan mengurangkan makananan kepada zooplankton,yang mana zooplankton pula menjadi domain dan tidak membiak,ini secara langsung akan mengurangkan makanan kepada rega rega yang di ternak dan akhir nya mana mana rega rega yang tidak mendapat makanan akan mati.

Dalam kebanyakan kolam ternakan makanan rega,ianya di bina sama saperti kolam penternakan ikan lain,baik dari segi paras ketinggian kolam atau saiz kolam itu sendiri.Keadaan akan menjadi lebih kritikal terutama bila mana kolam air hijau,kolam zooplankton dan kolam asuhan rega di bina secara bersebelahan dan sama paras.Dalam keadaan ini ”splashing’ ia itu percikan air kolam,jarang di ambil berat selain dari faktor kecuaian saperti mencelup tangan ke dalam kolam zooplankton kemudian mencelup kan pula ke dalam kolam air hijau (phytoplankton)

Dalam Contoh di atas jika ada zooplankton yang memasuki kolam phytoplankton,dengan makanan yang banyak zoo zoo plankton ini akan membiak dengan pantas dan tanpa kawalan, tetapi akhirnya akan menjadi overpopulated dan crash kepada sistem air hijau itu sendiri.Perkara yang sama juga akan berlaku jika rega rega ini memasuki kolam zoo plankton atau kolam phyto plankton.

Dalam penternakan makanan rega hiraki dari segi saiz adalah penting,hiraki di atas hendak lah sentiasa kecil berbanding di bawah dan seterus nya.

0 ulasan: