Sistem RAS amat efficient dalam penternakan ikan atau udang.Negara negara maju telah lama mengaplikasikan sistem ini kerana ianya menjimatkan kos pengeluaran dan mengurangkan ruang pengunaan untuk penternakan. Ia juga dapat membuka peluang penerokaan baru kepada ruang ruang yang baru berbanding dengan sistem kolam atau sangkar.Satu perkara lagi yang perlu di ketahui ,sistem RAS bukan untuk kepadatan yang rendah,ia nya menguntungkan jika sistem ini dapat berfungsi dengan baik pada kepadatan yang maksima.
Dalam kefahaman/pembelajaran selain dari tentang komponen sebuah RAS , anda juga perlu belajar tentang aspek lain pengeluaran ikan/udang saperti
• Akuakultur dan asas ternakan ikan
• Memilih spesis ikan yang berpotensi
• Menilai bekalan kemudahan, peralatan dan air anda
• Mewujudkan pasaran produk
• Mewujudkan bajet
Kelima-lima aspek pengeluaran ikan diterangkan secara ringkas di dalam topik ini dan untuk mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut anda di nasihatkan untuk mendapat sumber sumber tambahan yang lain.
Akuakultur dan asas ternakan ikan
Untuk berjaya dalam pengeluaran akuakultur, anda perlu benar-benar memahami kimia air dan biologi spesies ikan yang anda mempertimbangkan untuk di ternak. Kimia dan biologi air yang betul berinteraksi antara satu dengan lain untuk mewujudkan satu sistem ternakan ikan yang sihat dan cepat membesar ,di mana ikan yang sihat akan membesar dalam tempoh masa yang ditetapkan ,dan memastikan keuntungan dalam pelaboran ini. Sistem ternakan ikan adalah dinamik - perubahan dalam salah satu komponen, seperti parameter kualiti air, akan menyebabkan perubahan dengan yang lain - memahami keadaan dinamik ini adalah penting untuk penternakan ikan yang berjaya.
Kualiti air
Seorang perternak yang mengunakan sistem RAS mesti menjadi pengurus kualiti air yang cekap dan berkesan. Mengekalkan kualiti air yang baik adalah penting, kerana kualiti air yang kurang baik boleh mengurangkan kadar pertumbuhan, menyebabkan penyakit, tekanan kepada ikan dan menyebabkan penapis penapis mudah tersumbat.
Spesies ikan yang berbeza mempunyai keperluan air yang berbeza. Anda perlu tahu keperluan air khusus untuk spesis yang anda sedang mempertimbangkan untuk penternakan/pengeluaran dan bagaimana untuk menguruskan air untuk mengekalkan parameter yang di kehendaki.
Spesies ikan mempunyai toleransi untuk pelbagai peringkat parameter kualiti air saperti:-
• oksigen terlarut
• ammonia-nitrogen
• Nitrit-nitrogen
• Nitrat
• pH (tahap keasidan)
• Kealkalian (ukuran kandungan kalsium karbonat dan magnesium)
• Kekerasan (hardness)
Di samping itu, halaju air (kadar aliran), loading ikan (berat ikan bagi setiap kadar aliran air: paun atau kilogram per gelen atau perliter per minit), ketumpatan (berat ikan per isipadu air), kadar suapan dan perolehan secara langsung mempengaruhi kualiti air . Semua parameter ini perlu dipantau dan direkodkan secara berkala.
0 ulasan:
Comment/FAQ