Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

30 Mac 2009

Biofilter Di Dalam Recirculating Aquaculture System –RAS -Bahagia 1

Bahagia Pertama
Dalam Fish Feed Technology, mengetahui apa yang di buang ikan setelah di makan adalah penting bagi mengetahui keberkesanan makanan yang di buat.Adalah agak janggal jika kita memberi makan ikan tetapi tidak tahu apa yang di buang dan berapa banyak.Ia nya umpama menyediakan makanan yang enak untuk satu keluarga 10 orang tetapi tidak menyediakan tandas yang mencukupi.Pengetahuan yang mendalam tentang apa itu RAS membolehkan kita mengagak berapa banyak bahan buangan yang di buang dan bagaimana masalah ini di atasi.Walaupun sistem kita buat itu bukan jenis RAS sekurang kurang nya kita boleh mengagak berapa air yang perlu di tukar dan sebagai nya..Ras juga dapat mengukur keberkesanan makanan yang di buat,FCR,enfluen dll.



RAS pada asal nya di cipta di Amerika,pada awal 1960han, di mana pada masa itu di dapati pencemaran kepada sungai sungai berpunca dari pencemaran organik dari pusat pusat penetasan ikan atau udang .Untuk mengelakan pencemaran ini beberapa kaedah telah di buat oleh kerajaan tempatan ,salah satu nya ialah sistem RAS .Pada masa yang sama juga permintaan yang tinggi kepada benih ikan salmon meningkat dengan mendadak dan perlu di buat sepanjang masa. Ternakan beriklim tropika bila diternak, mati atau menghadapi masalah bila tiba musim sejuk.Dengan kajian kajian yang di buat sistem RAS didapati dapat menyelesaikan masalah masalah ini.Teknik ini adalah teknik yang sama di guna bagi rawatan sisa pepejal kumbahan,yang mana di ubah suai kepada sistem akuakultur.Sistem ini di buat di dalam sistem tertutup dan membolehkan ikan atau udang ini di ternak sepanjang tahun.
Dengan pengunaan sistem RAS ini ikan ikan yang di ternak lebih sihat dan kadar penukaran makanan (FCR) adalah lebih rendah daripada penternakan cara konvensional saperti dalam kolam dan lain lain.Kepadatan ikan di dalam RAS boleh di buat sehingga 0.350kg/liter atau lebih ,berbanding dengan kolam biasa pada kadar 0.0015 kg/liter .Walau bagaimana pun sistem ini beresiko tinggi jika tidak di reka dengan baik selain dari kos setup dan operasi yang mahal.
Terdapat pelbagai sistem ,daripada yang paling ringkas sehingga kepada sistem yang berautomatik dan canggih ,dan di kawal sepenuh nya dengan komputer.
Dalam sistem RAS ini salah satu komponen penting dan menjadi nadi kepada sistem ini ialah biofilter.
Dalam topik ammonia dan oksigen dalam penternakan telah di nyatakan kepentingan untuk meneutralkan ammonia dan menambah oksigen di dalam satu satu penternakan ini.Proses meneutralkan kan ammonia ini di namakan nitrification.
Biofilter berfungsi sebagai sarang untuk membiak chemotrophic bacteria ,nitrosominas dan nitrobacter bertujuan untuk meneutralisekan ammonia yang bertoksik ini kepada yang tidak bertoksik ia itu dari nitrite ke nitrate.
Komponen komponen utama RAS.
a.Bekalan air bersih.
Walalaupun di dalam RAS air yang di guna, di kitar semula,penyediaan air tambahan di perlukan bagi tujuan ‘back wash’ penapis,menambah kuantiti air yang hilang melalui pemelowapan dan lain lain.Ia nya juga bagi membersih ikan ikan hidup ini sebelum di jual.
Bekalan air yang di bekal hendaklah tidak tercemar,terutama oleh karbon dioksida,hydroden sulfide,ammonia,iron atau garam.Keliatan air pada methyl-orange alkalinities lebih dari 200 mg/litre di perlukan bagi buffer acid yang di hasilkan di dalam biofilter.
Bagi air yang di ambil dari bekalan kerajaan/swasta chlorine yang ada perlu di buang dengan mengunakan penapis arang atau secara tindak balas kimia dengan mengunakan sodium thiosulfate.
Bagi air dari sumber lain selain dari pencemaran di atas pengunaan uv filter sebelum di salurkan ke sistem RAS adalah di galakan untuk menghapus bateria atau lain lain pantogen.
b.Tangki Ikan.
Dalam sistem RAS ikan ikan perlu di letakan dalam tangki tangki yang sesuai.Tangki yang berbentuk bulat adalah amat popular kerana tiadasudut mati’ yang menghalang pengerakan ikan dan membina aliran air (votex) di dasar kolam dan membolehkan kotoran di salur ke paip yang di sediakan.Bahan yang di bina boleh di buat samada dari fibre glass,polytank simen dan sebagainya.Pada kebiasaan,ianya di cat dengan warna biru gelap atau kelabu di sebelah dalam untuk menghilangkan stress kepada ikan ikan yang di ternak.
Yang paling penting dalam pemilihan tangki tangki ini ia lah saiz.Saiz hendaklah yang boleh menampongsekali tuai’,contoh nya katakan ikan siakap di ternak dan penuaian di buat bagi setiap minggu pada kadar 2000 kg,kepadatan pada 0.10 kg/liter.Tangki yang di perlukan ialah 20,000 liter.Jumlah tangki yang di perlukan bergantung kepada saiz ikan ,grading dsb .Ini kerana ikan ikan yang kecil boleh di muat dengan kuantiti yang banyak dalam tangki yang bersaiz sama.

0 ulasan: