Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

31 Mac 2009

Biofilter Di Dalam Recirculating Aquaculture System –RAS -Bahagia 2

Bahagia 2
c.Clarifier


a.Aerobic digester.



Bahan pepejal adalah hasil buangan yang tidak di hadam oleh ikan.Nutresi terbaik dapat mengurangkan pembuangan bahan pepejal ini pada tahap yang minima.Selain pepejal ini bahan pepejal lain di dalam RAS ialah sisa makanan yang tidak di makan oleh ikan.Sisa sisa ini perlu di buang sepenuh nya atau pada tahap yang maksima yang boleh di buang.Jika sisa sisa ini di biarkan masuk kedalam biofilter, sisa ini akan menyumbatkan biofilter dan menghalang oksigen sampai ke sini.Jika ini berlaku bakteria chemotrophic di dalam biofilter ini akan mati dan melumpuhkan keseluruhan sistem RAS ini.
Sisa pepejal yang masuk ke dalam biofilter juga akan membiakan sejenis lagi bacteria yang dikenali sebagai hetrotrophic bacteria ,bacteria ini akan mengungkai bahan oganik ini dan hasil dari penghadaman ini akan mengeluarkan ammonia tambahan dalam biofilter ini.
Pembuangan sepenuh nya bahan pepejal ini sebelum masuk ke dalam biofilter adalah kunci kepada biofilter yang effectif.
Terdapat pelbagai cara dan bentuk yang boleh di buat untuk penapisan ini.Sistem mendapan misalnya,perlu kepada tidak kurang dari 30 min untuk memendap sisa sisa ini.Contoh nya jika aliran 500gal/min perlu kepada tangki mendapan sebesar 15,000 gal.Penapis pasir adalah kaedah mudah yang banyak di guna,walau pun ruang yang di guna kecil ,tetapi perlu di ‘back flushing’ dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya tersumbat.Lain lain clarifier yang biasa di gunakan, adalah saperti hydrocyclone,rotating screen,tubular atau plate settler dan banyak lagi.

b.Filter dan sediment tank
d.Biofilter
Ini adalah nadi kepada sistem RAS.Pada asas nya biofilter ialah sarang untuk pembiakan chemotrophic bacteria.Semasa ia membiak bacteria ini menukar ammonia yang bertoksik kepada nitrate yang tidak bertoksik.
Dari segi realiti , ianya amat komplek berbanding dengan kehidupan organisma ini.Biofilter perlu di beri ’makan’ dan di salurkan dengan oksigen yang mencukupi untuk terus hidup.Ia nya juga mengeluarkan carbon dioksida dan hydrogen ion sebagai hasil buangan.
Ikan dan lain lain kehidupan akuatik menghasilkan ammonia ini dalam bentuk tulin berbanding dengan mamalia yang menukar kepada urea yang kurang bertoksik.Sebagai mana yang di nyatakan di dalam topik ammonia dan oksigen dalam penternakan, ammonia ini terbahagi kepada dua bentuk ,unionized ammonia dan ionized ammonia.Bentuk molucular adalah yang bertoksik.Konsentrasi molukular ammonia pada tahap serendah 0.01 mg/liter telah menjadi racun kepada ikan salmon ( clubbed gill,terbantut)-Burrows 1964,manakala channel cat fish boleh bertahan sehingga 0.12 mg/liter –robinette 1973.Suhu dan pH (asidity) mengawal ratio unionized ammonia ini kepada ionised di dalam air,yang mana pH memberi kesan yang ketara.Bila pH meningkat (kurang acid) peratus jumlah ammonia juga meningkat .
Untuk mengetahui kadar konsentrasi un ionized ammonia,darabkan jumlah ammonia dengan peratus di dalam jadual di atas berasas kan pH dan suhu.Sebagai contoh jika jumlah ammonia ialah 5 ppm,suhu 68 º F, dan pH adalah 9,jadi
Un ionized ammonia = 5 x (28.5/100) = 1.43 ppm.
Saiz biofilter yang di perlukan bergantung kepada berapa banyak ammonia telah di salurkan ke dalam air dari ikan ikan yang di ternak.Pada kebiasaan nya 1 hingga 3 % di keluarkan bagi setiap makanan yang di beri.Katakan terdapat 10,000 kg ikan yang di ternak,dan di beri makan 300kg sehari ( 3% berat badan) jumlah ammonia yang di keluarkan sehari adalah sebanyak 300 x 0.03= 9 kg sehari.
Kuantiti chemotrophic bacteria yang boleh mengoksidise ammonia adalah bergantung sepenuh nya kepada keluasan biofilter media.Bila bacteria ini membiak sambil mengoksidise ammonia,ia akan mengambil/meliputi permukaaan media media ini.Keberkesanan untuk meliputi permukaan ini didalam biofilter di kawal melalui
1.Pencampuran/aliran air yang memboleh kan ammonia ini bertemu/bersentuh dengan bacteria ini.Aliran yang terlampau laju akan mengurangkan sentuhan ini,manakala aliran yang perlahan akan menhadkan kadar pembekalan oksigen ,menurun kan pH dan meningkatkan suhu dalam biofilter ini.
2.Kadar oksigen larut.
3.pH
4.Suhu.
Di dalam penternakan ikan bersuhu panas (warm water fish culture) nitrifikasi berlaku pada kadar 200 hingga 400 mg ammonia bagi setiap keluasan satu meter persegi sehari.Untuk menitrifikasi kan contoh di atas -9 kg memerlukan keluasan permukaan media tidak kurang dari 45,000 meter persegi ( (9 x1000x1000)/200 = 45,000).Jadi di sini jelas kepentingan untuk mendapat keluasan pemukaan yang maksima adalah amat penting.
Contoh media dan keluasan pada isi padu satu meter cube.
Media
Keluasan/isipadu (m2/m3)
Granular Carbon
3510
Batu kelikir size 8
584
Batu bulat 3 cm
330
Batu bulat 1 cm
323
Batu bulat 1.9 cm
279
Rotating disc *
210
Telpak (R) media
130
PVC module
89
* Berdasarkan 1/8 ” plate, pada ruang ¼’ = 32 plate/ft.
Pada asas nya semakin kecil saiz media ini semakin luas permukaannya, masalah nya ialah ia nya mudah tersumbat ,selain dari kesukaran untuk pencampuran air di dalam biofilter ini dan penyaluran oksigen.

2 ulasan:

Loon Yew berkata...

Salam Cikgu,

Merujuk kepada biofilter. cikgu katakan keluasan permukaan media mesti tidak kurang dari 45,00 meter persegi untuk 9kg ammonia.

Kalau guna Batu kelikir size 8, kita akan perlu sebanyak 45000/584= 77.05 m3 batu kelikir size 8. Adakah kiraan saya betul? Kalau kiraan betul, takkan ini tidak feasible sebab ruang yg besar akan diperlukan hanya untuk biofilter.

Cikgu Naim berkata...

Salam,Bagi sistem yang terlampau besar,batu kelikir sudah tidak pratikal lagi kerana keluasan pemukaan yang kecil,bioball adalah lebih baik,kerana mempunyai ruang permukaan yang luas dan byk di gunakan dalam sistem biofilter untuk penternakan komersial,