Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

02 April 2009

Biofilter Di Dalam Recirculating Aquaculture System –RAS -Bahagian 3

Bahagian 3

e.Water pump

Water pump atau pum air adalah peralatan wajib di dalam sistem RAS.Pump air di guna untuk mengalir kan air daripada biofilter ke tangki ikan dan balik semua ke biofilter.Kos terbesar kegunaan letrik dalam sistem RAS ini adalah kos operasi pum air .Kebanyakan sistem RAS yang ada sekarang mengunakan pum air yang lebih besar dari sepatutnya,ini kerana pum pum ini juga diguna sabagai aspirator atau agitator dan pengalak protin skimmer.

Sebagai aspirator misal nya pum yang di guna perlu kepada tidak kurang dari 20 kaki ‘head pump’ atau pump pump ini perlu menjana tekanan tidak kurang dari 10 psi.Pum pum yang oversize ini boleh menjana kitaran antara 18 hingga 20 kitaran sehari.

Dari segi protin skimmer pula kadar aliran adalah berasaskan teori Escobal sebagai mana carta dibawah.

Katakan jika tangki ikan yang di ternak adalah 400 gal,aliran air untuk protin skimmer adalah sebanyak 300 gal/jam, jika pum ini dipasang selama 24 jam,bererti 300 x 24 jam = 7200 gal.Pusingan di dalam tanki ternakan adalah 7200/300 = 18 kali sehari.

Dalam kedua dua contoh di atas pum pum yang di guna adalah ’oversize’ jika di bandingkan matlamat sebenar iaitu untuk membuang ammonia di dalam tangki ternakan ikan.

Bagi tangki air bersaiz 400 gal (1514 liter) jumlah ikan yang diternak jika pada 0.1kg/liter ialah 151.4 kg ,makanan yang di beri jika 3 % berat badan,2 kali sehari ialah 9 kg sehari .Ammonia terhasil adalah pada 0.27 kg sehari.Kitaran pusingan sebanyak 2 kali sehari adalah memadai untuk membuang ammonia ini.

400 x2 =800 gal,800/24 jam = 33 gal /sejam,

berbanding dengan 300 gal/sejam yang di gunakan.Cuma kebaikan pum yang besar ini membolehkan biofilter di cipta dengan lebih kecil dari sepatutnya. Perkara ini di buat supaya sistem RAS ini di lihat lebih ‘compact’.

Pemilihan saiz pum juga hendak lah bersesuaian dengan aliran votex yang di hasil kan di dalam tangki ternakan,jika aliran terlampau rendah votex tidak akan terjadi di dalam tangki ternakan,ini tidak dapatmenyapusegala sisa sisa yang ada dalam tangki ternakan.Jika aliran terlampau kuat/banyakpenyentuhan’ ammonia dengan bacteria tidak dapat di hasilkan pada tahap maksima kerana aliran yang cepat di dalam biofilter.

Pemilihan saiz pum yang betul amat penting dalam RAS ini.Pemilihan yang silap akan menaikan kos operasi sementara, jika terlampau besar atau terlampau kecil boleh melumpuhkan bacteria yang ada di sebabkan kekurang oksigen atau kekurangan ammonia yang boleh dimakanoleh bacteria di dalam biofilter ini.

f.Suhu.

Bagi penternakan ikan di kawasan tropika ini adalah dari species ’warmwater’ yang mana suhu bagi pembesaran optimal adalah antara 75º F hingga 90 º F ( 23.8 º C hingga 32.2º).Walau bagaimana pun suhu keadaan cuaca boleh mencapai sehingga 38º C atau lebih dalam keadaan cuaca yang terlampau panas.Bila keadaan ini berlaku haba luaran akan masuk kedalam sistem dan menaikan suhu air di dalam sistem RAS ini.Selain dari ini kenaikan suhu air memang terjadi di sebabkan oleh faktor berikut.

1.Metabolisma dalam badan ikan.

2.Pengungkaian oganik oleh bacteria

3.Nitrification

4.Penjanaan haba dari blower untuk pengudaraan

5.Penjanaan haba dari pum air untuk pengaliran

6.’Friction loss’ dalam paip

Pengaliran haba dari dalam sistem ke luar,hanya akan berlaku jika suhu luaran lebih rendah dari suhu air dalam RAS .Kebanyakan pengalihan haba ini berlaku di dalam tangki ternakan yang terdedah kepada udara atau paip logam saperti GI pipe dll,paip PVC mempunyai kadar penebatan yang lebih tinggi berbanding GI..Peningkatan suhu ini memberi impak yang negatif kepada kadar oksigen larut,pH,jumlah kadar ammonia dan boleh membuat ikan ikan yang diternak mengalami stress (tekanan).

Bagi kebanyakan RAS yang bersaiz kecil dan sederhana tidak mempunyai komponen makanisma yang berfungsi untuk mengalihkan haba ini dari air kecuali biofilter jenis ’rotating disk’ yang mana sedikit haba dapat di keluarkan dan membentuk pemelowapan yang menyejukan air selain berfungsi sebagai biofilter di dalam sistem ini.Kelumpuhan sistem RAS ini kebanyakan nya boleh di lihat bila mana tiba musim panas,atau pengudaraan yang tidak sempurna di dalam rumah rumah penternakan ini.

Walaupun pengunaan ’cooler’ adalah optional dalam sistem RAS ,adalah lebih baik jika komponen ini di pasang.Mengawal suhu untuk mengawal jumlah ammonia (TAN) adalah lebih mudah dan boleh di buat secara automatik dengan pengunaan thermostat (penyelaras/kawalan suhu),berbanding dengan mengawal pH untuk mengawal ammonia.

Ia boleh di buat dengan pengunaan ’heat exchanger” saperti yang ada di dalam pendingin udara atau melalui ’evaporatif unit” yang lebih murah.

Evaporatif Unit

Bersambung ke bahagian ke 4

Kembali kepada senarai topik.

0 ulasan: