Bahagia 4
f.Protein skimmer
Protin skimmer ialah salah satu komponen di dalam RAS sebagai penapis bagi membuang sisa organik di dalam air ternakan.Protin skimmer adalah satu satu nya komponen yang boleh membuang sisa organik ini sebelum ianya mengungkai/mereput menjadi sisa nitrogen.
Sisa ini perlu di buang sebelum ianya menyumbat biofilter atau penapis lain,juga bagi meningkatkan kadar oksigen larut di dalam air (Redox)
Pelbagai sisa organik boleh di asingkan oleh protin skimmer ini melalui polarity yang ada di dalam bahan ini.Ia nya berfungsi berasaskan’intrinsic charge’ ia itu charge electrik yang mana negative – negative,positive-positive akan menolak (repell),manakala positive-negative akan menarik (melekat),Moluku moluku ini di kenali sabagai hydrophobic saperti minyak dan lemak,atau hydrophillic saperti gula,garam,ammonia,kebanyakan amino acid dan kebanyakan bahan kompoun bukan organik .Walau bagaimana pun bagi sesetengah moluku yang lebih besar terdapat ke dua dua hydrophobic dan hydrophillic didalam nya .Moluku moluku ini di kenali samada sebagai amphipathic atau amphiphillic.
Di kebuk protin skimmer ,udara di masukan dengan mengunakan air stone samada secara berlawanan (counter current) atau selari (co current) dengan air.Bila udara ini naik ke atas,ianya akan membentuk bueh bueh udara yang halus,Sisa sisa organik bercharge electric berpolar akan melekat pada buih buih ini semasa ianya naik keatas.
Bahagian yang berpolar (daripada oksigen,nitrogen dll) akan melekat pada buih ini.’Ekor’ polar ini pula akan menolak keluar (menolak) dari buih ini kerana air juga tidak berpolar (repell).
Buih buih ini mengambil masa yang agak lama untuk pecah ,bila keluar dari air.Bila proses ini berjalan dengan berterusan, ianya akan terkumpul di dalam cawan pengumpul di atas kebuk skimmer ini.Pengumpulan yang terjadi akan semakin banyak dan menolak buih ini keluar dari pengumpul ini dalam bentuk sluge.
Bagi mereka bentuk skimmer yang effectif,saiz buih hendak lah sehalus yang mungkin, untuk mendapat permukaan yang lebih luas.Tekanan angin yang tinggi akan membuat buih yang besar.Mengunakan lebih dari satu air stone dalam kebut akan membuat tekanan angin ini rendah dan menghasilkan buih yang halus.Isi padu angin pula hendaklah tidak lebih dari 13 % dari isipadu air didalam kebuk ini untuk mendapat ’pelekatan’ yang maksima.
Keberkesanan skimmer ini juga bergantung kepada masa,Kadar masa air yang perlu ’diudarakan’ ialah tidak kurang dari 2 min untuk mendapat skimmate yang optima.Ini boleh di buat dengan rekabentuk agak besar sedikit dan di pasang dengan 2 atau 3 unit secara bersiri.
Protin skimmer DIY yang di buat dengan paip PVC adalah saperti di bawah ini.
Tip
1.Panjang skimmer tidak kurang dari 30"
2.Saiz buih pengudaraan sehalus mungkin-banyak tapi tidak kuat,tekanan udara yang kuat
membuat buih buih udara ini besar.
3.Gunakan lebih dari satu airstone.
0 ulasan:
Comment/FAQ