Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

06 April 2009

Biofilter Di Dalam Recirculating Aquaculture System –RAS -Bahagia 5

Bahagia 5

g. Reoxygenation

Reoxygenation atau memasukan balik oksigen di dalam sistem adalah wajib di dalam sistem RAS.Pengitaran air yang di guna akan mengurangkan oksigen kerana oksigen in telah di guna untuk

1.Nitrification.

2.Respirationpenafasan oleh ikan.

3.Metabolisma oleh ikan atau lain lain ogarganisma yang ada dalam sistem.

4.Terlepas ke udara oleh suhu dll.

Di dalam sistem RAS salah satu faktor yang menyebabkan kadar pembesaran nya lebih baik dari sistem lain ialah kerana sistem ini mempunyai kadar oksigen larut yang tinggi yang sentiasa di bekal ke dalam sistem ini.

Dari segi kos effectif pengunaan oksigen ini terhad kepada berapa banyak oksigen dapat di larutkan kedalam air.Kadar kecekapan pengalihan oksigen ini kedalam air bergantung kepada size buih,tekanan air dan gas,suhu,masa penyentuhan antara udara (gas) ini dengan air dan kadar oksigen larut yang sediada di dalam air.

Terdapat pelbagai cara untuk memasukan balik oksigen yang hilang ini.Antara yang paling popular ialah dengan mengunakan blower atau agitator.

Agitator pada kebiasan nya di gunakan pada sistem yang kecil hingga kepada sistem yang sederhana.Udara di sedut masuk kedalam air dengan mengunakan pum air yang berkuasa tinggi.Pengunaan agitator menjimatkan kos awalan,tetapi kos operasi menjadi tinggi kerana perlu mengunakan pum air yang berkuasa besar untuk menjanakan tekanan air yang tinggi.Selain dari itu pengunaan agitator juga perlu di beri perhatian kerana udara yang di sedut mangandungi lebih 75 % nitrogen yang mana boleh menyebabkan berlaku nitrogen superaturation yang memudaratkan ikan.

Blower ialah penjana angin samada mengunakan diaphram,kipas centrifugal atau mengunakan piston.Terdapat pelbagai saiz dan bentuk.Udara yang di sedut di salurkan ke dalam air melalui saluran paip yang disediakan.Pengunaan air stone memecah kan udara udara ini kepada buih buih kecil di dalam air.Dalam pemilihan blower ini bagi sistem ini yang paling penting ialah static pressure pada blower ini.Dalam sistem RAS untuk komersial static pressure yang di syorkan ialah tidak kurang dari 2 psi.

Dalam pengunaan blower sebagai pengudaraan selain mengunakan air stone secara terus pengunaan peralatan tambahan saperti U –tube atau cone oxygenator di pasang bagi meningkatkan kecekapan pengalihan ini.

Dalam sistem yang besar pengunaan oksigen tulin samada dalam bentuk gas atau oksigen cecair adalah lebih jimat berbanding dengan pengunaan udara mampat atau blower.Terdapat juga oksigen generator yang mengunakan letrik di mana nitrogen dan oksigen diudara yang di sedut di asingkan melalui membran yang terdapat dalam unit ini.

Bersambung ke bahagian 6

Kembali kepada senarai topik.

0 ulasan: