Ammonia
Di dalam penternakan yang terkurong ( kolam simen,kanvas,tangki dsb),ammonia yang terbentuk semasa penternakan dibuat, adalah amat kritikal,ammonia dan kekurangan oksigen adalah sumber awal kepada semua jenis penyakit dan kematian kepada ikan ikan yang di ternak.
Memberi makan ikan ,bererti menambah kan kadar ammonia dalam sistem penternakan itu, ia itu hasil buangan daripada protin yang di metabolikan, ke dalam sistem penternakan.Sisa zarah ini juga dapat menampong sehingga 70 % beban nitrogen dalam satu satu sistem penternakan ini (liao and Mayo 1974). Pada am nya bagi setiap 100kg makanan yang di beri ,ikan akan mengeluarkan antara 1 hingga 3 kg ammonia bergantung kepada saiz ikan,kualiti makanan,suhu ,akitviti ikan ikan ini dan kadar makanan yang di beri.
Ikan akan hidup lebih lama dengan tidak memberi makan berbanding dengan memberi makan.Faktor ini biasa nya di amal kan jika ikan ikan ini untuk di alihkan ke tempat lain secara hidup.Ikan ikan ini di biarkan berpuasa selama 24 jam sebelum di bius (pensan/tidur) ,ini bagi mengurang kan protin metabolik dan pengunaan oksigen semasa proses ini di lakukan.
Dari segi imunisasi, ikan ikan ini telah ada imunisasi yang tersendiri dalam badan ikan ikan ini,slime (lendir) dari pada glycol protin sebagai pelindung kepada parasite,anti body sebagai pelindung kepada virus dan bacteria dan lain lain lagi.Dalam habitat asal ikan ikan ini akan migrant (berpindah) ke persektiran yang lebih baik jika keadaan persekitaran yang sedia ada memberi ancaman kepada kehidupan ikan ikan ini.
Dalam persekitaran tertutup saperti dalam penternakan,jika persekitaran ini mengancam kehidupan ikan ikan yang di ternak,ikan ini tidak dapat lari dari ancaman ini,menyebabkan ikan ini mengalami stress atau tekanan yang mana merencatkan sistem imunisasi yang ada, bila sistem imunisasi ini tidak lagi berfungsi dengan baik,ini menyebabkan ianya terdedah kepada segala jenis penyakit samaada dari virus,bacteria atau fungsi organ organ dalaman ikan ikan ini.
Dua bentuk ammonia terjadi pada sistem penternakan ikan.Ionized dan Un- ionized.Un-ionized adalah yang bertoksik manakala ionized tidak bertoksik. Kedua dua bentuk ini di kumpul kan pada satu ,yang di kenali sebagai jumlah ammonia atau TAN.
Di dalam bio filter misal nya, ammonia ini di oksidise oleh sekumpulan bakteria yang di panggil chemo-trophic bakteria ( chemotrophic- pemakan kimia),yang pada kebiasaan nya ada di dalam air dan tanah.Satu kumpulan bakteria ini di kenali sebagai nitrosomonas yang ’memakan’ ammonia dan mengoksidisekan nya kepada nitrite.Nitrite ini juga adalah toksik kepada ikan .Nitrite ini akan bergabong dengan oksigen di dalam hemoglobin darah dan membentuk penyakit yang di kenali sebagai ’brown blood disease’. Kadar toksik yang boleh di tolerence oleh ikan bergantung kepada jenis ikan .( channel catfish- 24 mg/liter dan 0.55 mg/liter bagi ikan salmon)
Kumpulan kedua chemotrophic bakteria ini ialah nitrobacter yang ‘memakan’ nitrite dan mengoksidise nitrite ini kepada nitrate yang tidak toksik kepada ikan.Dalam keadaan sebenar nitrite dan nitrate ini di keluarkan dalam bentuk nitric acid dan nitrous acid yang mana akan menurunkan pH di dalam sistem kecuali mempunyai buffer yang sesuai.
pH | 54 F | 62 F | 68 F | 75 F | 82 F | 90 F |
7.0 | 0.2 | 0.3 | 0.4 | 0.5 | 0.7 | 1.0 |
7.4 | 0.5 | 0.7 | 1.0 | 1.3 | 1.7 | 2.4 |
7.8 | 1.4 | 1.8 | 2.5 | 3.2 | 4.2 | 5.7 |
8.2 | 3.3 | 4.5 | 5.9 | 7.7 | 11.0 | 13.2 |
8.6 | 7.9 | 10.6 | 13.7 | 17.3 | 21.8 | 27.7 |
9.0 | 17.8 | 22.9 | 28.5 | 34.4 | 41.2 | 49.0 |
9.2 | 35.2 | 42.7 | 50.0 | 56.9 | 63.8 | 70.8 |
9.6 | 57.7 | 65.2 | 71.5 | 76.8 | 81.6 | 85.9 |
10.0 | 68.4 | 74.8 | 79.9 | 84.0 | 87.5 | 90.6 |
Untuk mengetahui kadar konsentrasi un ionized ammonia,darabkan jumlah ammonia dengan peratus di dalam jadual di atas berasas kan pH dan suhu.Sebagai contoh jika jumlah ammonia ialah 5 ppm,suhu 68 º F, dan pH adalah 9,jadi
Un ionized ammonia = 5 x (28.5/100) = 1.43 ppm.
Kadar toksik unionized ammonia ini bergantung kepada jenis ikan,walau bagaimana pun kadar bawah dari 0.02 ppm adalah kadar yang selamat.Peningkatan ammonia ini kebanyakan nya berlaku di dalam sistem tertutup saperti dalam sistem RAS atau sistem saperti sistem kolam yang air nya jarang di tukar.Kesan awal peningkatan ammonia ini bila mana ikan ikan ini mengalami ‘brown blood disease’,jika di biarkan dengan lebih lama,penyakit lain akan mula menular dan meningkatkan kematian kepada ikan ikan.
Oksigen.
Kadar oksigen yang di perlukan oleh ikan adalah bergantung kepada size ikan,kadar pemakanan,kadar aktiviti dan suhu persekitaran ikan ikan yang di ternak.Ikan siakap misal nya mengunakan 0.012 hingga 0.020 pound sehari pada suhu 77 º F , manakala ikan salmon pada suhu 57 º F hanya mengunakan 0.004 pound oksigen sahaja sehari.Ini bererti semakin tinggi suhu semakin banyak oksigen di perlukan.
Variable | Temperature (F) | ||||
68.0 | 71.6 | 78.8 | 82.4 | 86.0 | |
Salinity (ppm) | |||||
0 | 9.2 | 8.8 | 8.2 | 7.9 | 7.6 |
5,000 | 8.7 | 8.4 | 7.8 | 7.5 | 7.3 |
10,000 | 8.3 | 8.0 | 7.4 | 7.1 | 6.9 |
Altitude (ft) | |||||
0 (Sea Level) | 9.2 | 8.8 | 8.2 | 7.9 | 7.6 |
1,000 | 8.8 | 8.5 | 7.9 | 7.6 | 7.4 |
2,000 | 78.5 | 8.2 | 7.6 | 7.3 | 7.1 |
Daripada data data di atas,semakin tinggi suhu semakin rendah oksigen larut di dalam air,dan akan lebih rendah lagi jika berada lebih tinggi dari paras laut.
Dari segi pemakanan ikan,peringkat kedua selepas penghadaman ialah metabolisma ke atas makanan yang di hadam.Selain dari tindak balas enzim ,oksigen di guna untuk proses metabolik ini.Ikan siakap misal nya akan memutahkan balik makanan yang di beri jika di dapati setelah makan oksigen persekitaran nya kurang.
Dalam kes ikan keli pula,yang boleh bertolerasi dengan oksigen yang rendah ,ikan keli makan untuk memenuhi tenaga metabolik bukan untuk kenyang.Pemprosesan bahan mentah saperti memasak dll dengan cara terbaik akan membuat ikan ikan keli ini kurang makan,jika sebaliknya, makanan yang di beri tidak dapat memenuhi kadar metabolik yang di perlukan,ikan ikan ini akan terus makan ,walau sebanyak mana pun makanan yang diberi.
Jadi untuk mendapatkan hasil yang memberansangkan,selain dari untuk menghindarkan penyakit ,setiap sistem penternakan perlu lah mengurangkan kadar ammonia pada tahap yang minima,dan meningkat kan kadar oksigen pada tahap maksima.
Ini perlu di laku kan pada peringkat awal lagi,sebelum sistom sistom penyakit ini, di kesan.Ini boleh di buat dengan penjagaan air yang sistematik saperti penukaran air,pemasangan aeration,air lift dan sebagai.Meningkatkan kadar oksigen larut didalam sistem, dengan pemasangan aeration yang sesuai,akan meningkatkan kadar pembesaran antara 20 hingga 30 % daripada biasa.Selain dari meningkatkan kadar metabolisma,oksigen ini juga dapat di gunakan oleh chemotrophic bacteria untuk mengurangkan toksik di dalam sistem itu sendiri.
Air Lift.
Di dalam pengudaraan di dalam air ini,terdapat pelbagai cara dan bentuk.Bagi ikan ikan yang tidak begitu aktif sapert siakap,ketutu atau kerapu,pengudaraan biasa tidak memberi kesan yang baik kecuali pengunaan air lift.Air lift yang paling ringkas adalah saperti berikut.
0 ulasan:
Comment/FAQ