Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

25 Mac 2009

Kenapa Perlu Lebih Vitamin Dalam Makanan Rumusan.

Vitamin adalah salah satu bahan yang diguna pada kuantiti yang sedikit dan di kategori sebagai ’ micro-ingredient’.Walaupun kadang kadang vitamin telah di masukan di dalam rumusan makanan,penyakit di sebabkan kekurangan vitamin masih juga berlaku.Ini kerana vitamin amat sensitif kepada pemprosesan,uv,oksidasi ,cara penyimpanan ,pembungkusan dan masa sebelum sampai kepada mulut ikan.

Vitamin C atau ascorbic acid adalah yang paling kritikal sekali.Pengunaan nya dalam makanan rumusan mungkin tidak lagi berkesan keatas kesihatan ikan di sebabkan oleh faktor faktor yang di nyatakan di atas.

Kehilangan vitamin di sebabkan pemprosesan,penyimpanan dan penyerapan kedalam air adalah saperti berikut

Ascorbic acid, %

Pantothenic acid, %

Folic acid, %

Thiamine, %

Pyridoxine, %

Semasa Pemprosesan

17

0

0

0

0

Pemprosesan Dan Penyimpanan

(6 bulan)

97

8

5

11

7

Pemprosesan Penyimpanan

Dan Penyerapan *

67

20

17

17

3

Jumlah kehilangan (%.) dari asal

99

26

21

27

10

* Pengunaan yang kurang dari 6 bulan

Bagi kebanyakan pengeluar makanan rumusan, vitamin ini samada di campurkan pada kuantiti yang lebih sedikit atau pun tidak dicampur langsung dalam makanan rumusan yang di buat ,disebabkan oleh faktor faktor yang dinyatakan di atas,dan untuk mengelakan hypervitaminosis terutama bila mengunakan makanan yang baru di keluarkan dari kilang.

Dalam cara pengandunan micro-ingredient ini pengandungan (campur) di buat pada kadar tidak kurang dari 3kg pertan.Ini boleh di buat dengan mengunakan ‘middling’ saperti tepong jagong atau gandum, atau di campurkan kedalam bahan asas saperti tepong ikan dsb nya pada kadar di atas sebelum di campur dengan bahan bahan lain.

Kembali kepada senarai topik

0 ulasan: