Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

24 Mac 2009

Kepala Ikan Bilis Sebagai Bahan Mentah

Kepala ikan bilis pada umum nya mengandungi protin pada kadar 50 hingga 70 % bergantung kepada batch ke batch dan kelembapan yang ada dalam bahan ini.Selain dari protin, calcium adalah bahan kedua tertinggi dalam kepala ikan bilis ini (25-30 %).
Aspek negative yang ada pada kepala ikan bilis ini ialah kadar penghadaman yang rendah, iaitu antara 45 hingga 55 % sahaja.Pemprosesan dan rawatan tertentu boleh meningkatkan lagi penghadaman ini.Dari segi penghadaman juga berbeza antara ikan air tawar dan ikan marin.Dalam kegunaan nya sebagai bahan mentah bagi rumusan makanan ikan air tawar ,kandungan garam (sodium chloride) yang tinggi dalam bahan ini merenjatkan bacteria baik yang ada dalam usus yang membantu penghadaman ikan ikan ini ( garam di guna dalam rawatan untuk ikan air tawar yang berpenyakit).
Dalam kajian yang di buat walaupun kadar protin nya tinggi, pengunaan nya pada kuantiti yang banyak tidak banyak membantu mengurangkan FCR,Ini mungkin di sebabkan oleh garam dan penghadaman yang rendah ,selain dari abu yang tinggi (30 %).Ini lebih ketara pada ikan air tawar berbanding dengan ikan marin.kajian lanjut perlu dibuatkan untuk mengoktimiskan pengunaan kepala ikan bilis ini.
Bagi membuat rumusan makanan, adalah di syorkan kegunaan kepala ikan bilis ini hanya pada kadar tidak lebih dari 20 % pada rumusan makanan ikan air tawar dan tidak lebih dari 40 % pada rumusan ikan marin.

0 ulasan: