Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

22 Mac 2009

Memberi Makan Ikan : Apa Yang Di Makan Dan Apa Yang Di Buang

Ikan saperti juga haiwan lain,perlu kepada nutrien untuk terus hidup,aktif,sihat dan membesar.Nutrien memain kan pelbagai peranan saperti dalam blok pembinaan kesemua tisu tisu binatang dan melibatkan tindak balas kimia untuk meneruskan ’kehidupan”. Nutrien yang di perlukan ikan adalah sama sebagaimana haiwan lain dan manusia.Ringkisan nutrien yang di perlukan ikan telah di sediakan di topik yang di sediakan

1.Keperluan kepada protin

2.Keperluan Kepada Mineral

3.Keperluan Kepada Vitamin Dan Lemak

Dan juga ringkasan sebagaimana di akhhir topik ini

Ikan boleh mengambil nutrien dari pelbagai jenis makanan saperti dari tumbuhan,haiwan, microbial atau berasaskan bahan galian.Dalam habitat asal ikan memperolehi nutrien ini dari pelbagai sumber jenis makanan dengan keutamaan jenis ikan itu dan keupayaan sumber untuk mendapat makanan ini.

Di dalam penternakan pula (tempat terkurong),ikan samada di beri makan,makanan hidup (secara semula jadi) saperti ikan,alga,cenkerang dan sebagai nya atau dalam bentuk makanan rumusan saperti pellet dan lain lain.Makanan semula jadi saperti ikan ,alga,moina dsb nya adalah mahal dan terhad kepada ikan yang di pelihara untuk pameran atau pun di peringkat anak atau rega ikan bagi tujuan penternakan.Kebanyakan spesies ikan boleh di latih untuk memakan makanan rumusan.

Dalam pengeluaran makanan rumusan, perlu kepada pemprosesan khas saperti extrusion atau steam pelleting dalam bentuk pellet atau granule yang dapat bertahan dalam jangka masa tertentu di dalam air.Bahan mentah yang di guna adalah bahan yang sama saperti makanan ternakan lain untuk ayam,kambing atau khinzir.Pada kebiasaan nya bahan mentah yang di gunakan ini adalah dari sisa ikan atau sisa industri lain saperti penukut beras,hampas kacang soya dan lain lain, selain dari tambahan kepada nutrien tertentu dan juga additive.Bahan bahan ini tidak banyak memberi manafaat dari segi nilai nutrient sebagaimana dalam habitat asal ikan ikan ini selain dari bertujuan untuk pemprosesan dan mengurangkan kos.

Bahan mentah yang berasakan ikan saperti tepong ikan atau minyak ikan di hasil kan dari ikan ikan yang di tangkap yang tidak mempunyai nilai yang tinggi atau dari sisa industri saperti sadin,filleting dan lain lain.Sumber perikanan dari hasil tangkapan adalah terhad dan mengalami harga yang turun naik.Pengeluaran tepong ikan dan minyak ikan perkembangan nya adalah tertakluk kepada ekonomi.

Akuakultur mengunakan 35 % tepong ikan yang di hasilkan daripada 6 juta tepong ikan yang dihasilkan (data tahun 2000),yang selebih nya 65 % lagi di guna dalam industri makanan ternakan lain.Tepong ikan mempunyai nilai nutrien yang terbaik bagi semua jenis ikan.Disebabkan permintaan yang meningkat sedangkan pengeluaran nya terhad harganya semakin mahal.Pengantian kepada bahan lain saperti kacang soya,tepong jagong dan sebagai nya yang lebih ekonomik telah banyak di gunakan dalam pembuatan makanan rumusan untuk ikan ini.Adalah di jangkakan pada masa hadapan pengunaan tepong ikan ini hanya lah pada paras yang minima atau pun tidak di guna sama sekali,dan mungkin konsep ikan memakan ikan tidak lagi boleh di pakai.

Dalam kajian ikan salmon dan trout telah banyak berubah dalam beberapa dekad yang lalu.Di akhir 1970han dan awal 1980han sebagai contoh makanan rumusan yang di buat adalah pada kadar protin (36 %) dan lemak (8%) yang rendah,manakala kanji dan fibre yang tinggi (35-40%).Penemuan kepada kanji dan fibre ini sebagai nutrien yang tidak ada nilai kepada ikan jenis ini telah banyak mengubah dari segi fomulasi kepada kegunaan yang minimal dalam pembuatan makanan rumusan.Hasil dari pengubahan ini telah meningkatkan pengeluaran makanan rumusan yang mempunyai kadar penghadaman yang tinggi terutama protin dan lemak dan di dapati secara sinificant telah mengurangkan jumlah makanan yang sepatut nya di beri kepada ikan bagi pengeluaran 1 kg ikan.Di tahun 1970 -1980 kadar pertukaran makanan ,FCR bagi ikan rainbow trout yang boleh di pasar kan adalah sekitar 2 hingga 2.5,tetapi hari ini dengan mengunakan nutrien penghadaman yang tinggi ( 40-45 % protin,20-30% lemak) ,FCR yang di dapati adalah sekitar 1 hingga 1.1 sahaja.Dengan peningkatan kecekapan makanan ini telah mengurangkan bahan buangan yang banyak sebelum ini kepada alam sekitar.

Pada dua dekad yang lalu telah banyak di pelajari tentang kepentingan penjagaan alam sekitar bagi mengawal pencemaran dalam industri penternakan ikan ini.Pengawalan keatas pencemaran hasil buangan dari industri ini harus lah di kawal pada tahap yang optimal.Kebanyakan negara telah mengambil langkah langkah yang drastik dengan penguatkuasaan,memberi maklumat dan pendidikan tentang penting nya alam sekitar ini di jaga.Dengan mengurangkan dan mengawal pencemaran ini saja lah dapat mengekalkan industri penternakan ini,selain dari memberi impak kepada ekonomi dan persekitaran yang lebih sihat.

Pengumpulan dan pembuangan sisa buangan samada dalam bentuk pepejal atau larut adalah sangat mahal dalam industri akuakultur ini.

Penyerapan hasil buangan akuakultur ini berbeza antara pesekitaran dengan persekitaran yang lain.Dalam sesetengah kes ,pembuangan hasil buangan ini memberi kesan positif kepada alam sekitar saperti menstimulasi pembiakan alga, plankton dan cenkerang bagi sesetengah spesies yang di ternak.Dalam kes lain pula pembuangan sisa sisa in menyumbang kepada pembiakan microorganisma lain dan penyumbang kepada pencemaran saperti bau dan lain lain.

Pembuangan sisa pepejal,phosphorus dan nitrogen daripada industri akuakultur ini memberi impak yang segnifikan kepada persekiran air di mana ikan ikan ini di ternak dan ekosistem lain.Dalam penternakan saperti kolam simen,kanvas dll pencemaran ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit saperti white spot dll yang menjurus kepada kematian dan peningkatan kos untuk rawatan kepada ternakan atau kepada sistem itu sendiri .jika tidak di beri perhatian.Hasil pembuagan sisa phosphorus adalah perlu di beri keutamaan di dalam sistem penternakan air tawar kerana akan menghadkan nutrien kepada perkembangan phytoplanton.Pembuangan sisa nitrogen pula perlu di beri keutamaan dalam sistem marin dengan alasan yang sama.

Hasil pembuangan sisa pepejal akan tengelam kedasar air dan memberi impak kepada ekosistem yang sedia ada dan pesekitaran air itu sendiri.Pengungkaian sisa oganik ini oleh bakteria dan lain lain organisma membawa kepada pengunaan oksigen dalam air untuk penafasan (respiration).Pembuangan sisa sisa ini pada kadar yang banyak dalam jangka masa yang panjang akan mengurangkan oksigen larut dan oksigen kurang (anoxic) yang boleh merosakan ekosistem yang ada.Dalam hal ini kolam air tawar saperti tasik adalah amat sensitif dalam fenomena ini,kerana air yang tidak mengalir menjadi berlapis lapis disebabkan suhu (limnions),dan setengah dari lapisan ini menghalang penyerapan oksigen kedalam air (hypolimnion).

Sisa buangan dari industri akuakultur ini samada di buang dari ikan itu sendiri atau dari makanan yang di beri.Sisa pepejal adalah sisa yang tidak di hadam oleh ikan dan di buang semula (najis) dan makanan yang di beri tetapi tidak di makan oleh ikan.Najis terdiri dari galian (mineral),kabohydrat,fibre dan sedikit protin dan lemak.Sisa larut pula adalah hasil buangan dari metabolik makanan dalam badan ikan ikan ini.Yang paling utama dalam sisa metabolik ini ialah ammonia yang di hasilkan oleh oksidasi protin.Dan sisa phosphorus adalah phophorus yang di serap tetapi tidak di guna sebagai phosphorus berguna yang mana di buang balik dalam bentuk najis ini.

Pengawalan dan pengurusan sisa sisa ini boleh di buat secara effektif dengan pengawalan di peringkat sumber lagi ,ia itu makanan.Ia itu daripada rumusan makanan atau diet yang di beri kepada ikan ikan yang di ternak ini.Pengawalan dan pengurangan pembuangan sisa sisa ini boleh di buat melalui.

1.Mengantikan bahan bahan mentah yang rendah penghadaman kepada bahan bahan mentah yang tinggi penghadaman samada dengan cara mendapat sumber asal yang terbaik atau melalui pemprosesan terbaik.

2.Meningkat dan mengimbangi nutrien yang di beri supaya nutrien yang di beri di guna sepenuhnya dan mengurangkan kadar pembuangan sisa larut ini ,ini boleh di buat dengan mendapat maklumat yang tepat dari segi bahan mentah,nutrien sebenar yang dapat di guna/ di perlukan oleh satu satu spesies itu.Pemprosesan makanan rumusan yang baik saperti boleh di terima oleh ikan sepenuh nya dari segi tekture,palatabality dan penghadaman.

Mungkin sekali imbas perkara di atas akan meningkatkan kos makanan,tetapi,jika di halusi, FCR yang ada akan menjadi kurang ,selain dari penjimatan kos rawatan samada untuk ikan atau air.Ia nya adalah langkah awal pencegahan penyakit yang boleh membawa kepada kematian kepada ikan i ikan yang di ternak. Dan hasil yang di perolehi adalah lebih baik dari makanan yang tidak ada nilai nutresi dan di kategori sebagai murah ini.

Protin
Nutrients
Minimum Recommended Levels
Amino Acid
% of diet
Arginine
1.5
Histidine
0.7
Isoleucine
0.9
Leucine
1.4
Lysine
1.8
Methionine + cystine
1.0
Phenylalanine + tyrosine
1.8
Threonine
0.8
Tryptophan
0.2
Valine
1.2
Lemak
% of diet
Lipid
8
w -3 fatty acids (18:3 n-3, 20:5 n-3, 22:6 n-3)
1
w -6 fatty acids (18:2 n-6, 18:3 n-6, 20:4 n-6)
1
Vitamin Dan Mineral
Nutrient type
Minimum Recommended Levels
Fat-soluble vitamins
Vitamin A, IU/kg
2,500
Vitamin D, IU/kg
2,400
Vitamin E, IU/kg
50
Vitamin K, mg/kg

1

Water-soluble vitamin
mg/kg diet
Riboflavin
4
Pantothenic acid
20
Niacin
10
Vitamin B12
0.01
Biotin
0.15
Folate
1.0
Thiamine
1
Vitamin B6 (pyridoxine)
3
Vitamin C (ascorbic acid)
50
Choline
1,000
myo-Inositol
300
Minerals
mg/kg diet

Calcium (Ca)

1,0000

Chlorine (Cl)

9,000

Potassium (K)

7000

Sodium (Na)

6000

Phosphorus (P)

6000

Magnesium (Mg)

500

Iron (Fe)

60

Zinc (ZN)

30

Manganese (MN)

13

Copper (Cu)

3

Iodine (I)

1.1

Selenium (Se)

0.3

Kembali ke senarai topik

0 ulasan: