Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

23 Mac 2009

Ikan purba lahir bersalin

GAMBARAN komputer yang memaparkan proses kelahiran anak ikan oleh ikan betina induk hasil daripada penemuan fosil purba terbaru di perairan Australia baru-baru ini.

MELBOURNE - Satu fosil ikan purba ditemui di Australia dipercayai memberi contoh paling lama menunjukkan proses kelahiran anak ikan, menurut laporan dalam keluaran terbaru jurnal ternama, Nature.

Menurut ketua penyelidik, John Long dari Muzium Victoria di sini, spesimen berusia 380 juta tahun itu ditemui dalam keadaan berawet bersama tiga embrio yang masih melekat dengan tali pusat daripada ikan betina induk.

Penemuan ini memberi petunjuk baru mengenai proses pembiakan yang diguna pakai oleh hidupan air kuno yang hidup kira-kira 200 juta tahun lalu sekali gus memberi perspektif baru terhadap kehidupan ikan.

Ia bukan saja bertelur malah bersalin pada satu ketika dahulu. Penemuan paling awal mengenai reproduktif reptilia hanya muncul pada era Mesozoic iaitu tempoh 248 hingga 65 juta tahun lalu. -

Kembali ke Rencana/Berita Pilihan.

0 ulasan: