Biofilter Di Dalam Recirculating Aquaculture System –RAS
-Bahagian Akhir
k. Pemantauan Sistem
Setelah sistem di aktifkan dan berjalan dengan baik,pemantauan ke atas parameter air hendak lah di buat dari masa ke semasa.Pematauan ini perlu di buat keatas DO (dissolved Oxygen),total ammonia (TAN),nitrite-nitrogen,suhu,pH dan alkalinity.
Paras nitrite-nitrogen adalah pengukur asas samada sistem itu berfungsi dengan baik atau tidak.DO di ukur di influent (kemasukan ) dan di Effluent (keluaran ) di bio filter dan di dalam tangki ternakan.Pengoksigen atau pengudaraan ini perlu di selaras agar bacaan di effluent keluaran dari biofilter ini di kekalkan pada paras tidak kurang dari 5 mg/liter untuk proses nitrifiying,ini bermakna kemasukan DO di influent ke biofilter perlu kepada DO yang tinggi antara 12 ke 15 mg/liter.Jika berlaku anoxic (ketiadaan oksigen),boleh membantutkan/membunuh bacteria bacteria ini dan meningkatkan kadar ammonia ini secara mendadak di dalam sistem.
TAN,nitrite-nitrogen dan pH perlu di pantau setiap hari di effluent dan influent biofilter.Bagi sistem yang besar pemantauan ke atas tangki ternakan perlu juga di buat terutama bila mana teknik permakanan ’overfeed’ perlu di buat saperti untuk asuhan rega atau anak anak ikan.
Penurunan TAN yang sekata setelah melepasi biofilter adalah penanda yang baik sistem ini berfungsi.Paras ammonia di effluent hendaklah sentiasa di bawah dari paras maksima ammonia di tangki ternakan.Sebarang penurunan kadar nitrifying ( ammonia di influent – ammonia di effluent) adalah tanda awal sistem ini bermasalah.Ini terjadi samada biofilter ini tersumbat oleh heterotrophic bacteria yang menghasilkan ammonia atau nitritfying bacteria tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, jika ini berlaku tindakan segera perlu di lakukan.
Nitrite,proses kedua nitrification perlu di pantau setiap hari.Kenaikan pada paras nitrite menandakan populasi nitrobacter tidak berapa mengalakan.Pada kebiasaan nya belaku bila mana kekurangan oksigen di dalam biofilter atau kenaikan ammonia secara mendadak,dalam topik yang lalu telah di nyatakan,nitrobacter akan terbantut bila mana kadar ammonia terlampau tinggi.Kenaikan ammonia ini sama ada dari tangki ternakan( overfeed atau lebihan makanan) atau dari kerja kerja pencucian,,di sini clarifier memainkan peranan yang sangat penting.Jika ini berlaku akan melumpuhkan sistem nitrification dan hasilnya peningkatan ammonia di dalam sistem.Peningkatan nitrite juga memuncak bila mana oksigenator mula di pasang,tetapi kemudian nya akan setabil setelah beberapa hari di pasang ( pada peingkat mula operasi atau setelah di hidupkan semula setelah menghadapi ganguan)
Produk terakhir nitrification,nitrate,tidak perlu di pantau kerana tahap toksin yang rendah dan boleh di tolorence oleh ikan sehingga lebih dari 200 mg/liter bergantung kepada spesies ikan yang di ternak.Walau bagaimana pun nitrate ini boleh di pantau sebagai pengukur keberkesanan sistem biofilter/RAS ini.Nitrate –nitrogen ini adalah dalam bentuk nitrogen larut air dan boleh di kurangkan dengan penambahan air bersih atau di sedut oleh akar akar pokok di dalam sistem hidroponik.Proses ini di panggil denitrification.
Bagi punca air yang tercemar dengan logam saperti plumbum dll,bacteria hanya dapat menghadamkan kan bahan oganik bertoksid tapi bukan logam bertoksid.Pengunaan tumbuhan dari jenis Basica adalah di syorkan bagi penyerapan logam logam ini.Proses penyerapan logam logam ini di panggil fitoremediasi yang mana logam logam ini di serap melalui akar dan di guna oleh pokok pokok ni ,manakala sebahgian nya saperti plumbum kekal di dalam pokok ini.Jika teknik in diguna dalam sistem RAS,pokok pokok ini tidak boleh di makan dan sebagai perhiasan sahaja.Pelupusan pokok pokok ini pula perlu dengan cara pembakaran hingga menjadi abu.
Pemantauan seterus nya adalah kepada pH.pH perlu di pantau setiap hari atas dua sebab,pH di perlukan untuk mengira jumlah moluku ammonia yang bertoksik dan pH yang menurun dan yang rendah boleh membunuh ikan ikan yang di ternak.Bacteria nitrification di dalam air yang di kitar menghasilkan keadaan berasid dalam air kerana nitrite dan nitrate di keluarkan dalam bentuk nitrous dan nitric acid.Kitaran yang berulang ulang di dalam sistem dalam jangka masa tertentu akan merendahkan pH ini.PH yang rendah in akan mengurangkan proses nitrification dan memberi kesan terus kepada ikan ikan yang di ternak,kurang makan dan mudah terkena penyakit adalah kesan awal kepada pH yang rendah .pH yang kurang dari 5 boleh membunuh ikan ikan yang diternak ini.
Untuk mengelakan penurunan ph ini,air perlu di buffer secukup nya dengan sumber berasaskan kabonate.Keupayaan buffer yang terbaik di ukur sebagai methyl-orange alkalinity (MOA),MOA ini perlu di buat sekurang kurang nya bagi setiap lima hari.
Dalam sistem RAS peralatan saperti pengukur kadar DO,ammonia,nitrite,nitrate,pH dan alkalinity adalah peralatan yang penting selain dari reka bentuk yang effisien bagi menentukan sistem RAS ini berjaya.
Pematauan ke atas ikan ikan yang diternak juga perlu di buat sepanjang masa,sebarang perubahan kepada kelakuan ikan ikan yang di ternak dapat mengesan masalah pada peringkat awal lagi, sebelum masalah sebenar timbul.Kurang makan adalah tanda awal kepada ikan ikan yang terkena penyakit,kemerosokan kualiti air atau makanan yang tidak baik ( kurang vitamin dsbnya).Keadaan ikan ikan yang mengesel gesel badan pada tepi tangki atau nampak tidak selesa,air menjadi keroh dari biasa atau bertukar warna adalah tanda tanda awal kepada penyakit ikan atau kemerosokan kualiti air.
Pemantauan dan pemerhatian ini dapat membina keserasian dan kefahaman tentang masalah masalah yang akan timbul sebelum masalah sebenar datang yang boleh memudaratkan penternakan yang di buat.
0 ulasan:
Comment/FAQ