Biofilter Di Dalam Recirculating Aquaculture System –RAS
-Bahagia 7
j. Set Up -Pentauliahan ( conditioning)
Pembiakan dan perkembangan bacteria nitrosomas di dalam biofilter bergantung kepada ketumpatan bacteria bacteria ini.Pemastautin bacteria jenis Nitrobacter berkembang dengan ada nya ammonia yang banyak,jadi ini perlu kepada pengoksidasi ammonia yang banyak kepada nitrite sebelum populasi nitrobacter ini dapat dikembangkan.
Pengunaan oksigen di dalam biofilter bergantung kepada berapa banyak ammonia yang di masukan kedalam biofilter.Biofilter mengunakan antara 4.0 pound ke 4.6 pound oksigen bagi setiap pound ammonia ( Meade 1974) dengan mengunakan persamaan berikut
2 NH4 + 3 02 = 2 N02 + 2 H20 + 4 H+
Bagi conversion ammonia kepada nitrite
2 NO2 + O2 = 2 NO3
Walau bagaimana pun dengan ada nya lain lain bacteria di dalam sistem yang mengunakan oksigen adalah di syorkan kadar oksigen pada kadar 6 pound bagi setiap pound ammonia.
Ini dapat di perhatikan bila mana sistem yang baru di aktifkan dengan kadar ikan yang sedikit.Ammonia akan meningkat dengan ada nya ikan ikan ini,di ikuti dengan penurunan setelah nitrosomas membiak dan mengoksidas ammonia kepada nitrite ( gambar rajah).hanya setelah ammonia ini bertukar ( converted),baru lah nitrobacter berkembang ( membiak) dan mula mengoksidas nitrite kepada nitrate.
Gambar rajah: Kesan bacteria nitrifying di dalam sistem yang di masukan pada kadar 2 % dari kadar sebenar
Jadi bagi sistem yang baru beroperasi,pre condition perlu di buat dahulu sebelum ikan ikan ini dapat di masukan pada kuantiti yang banyak.Phenomenal ini juga akan berlaku kepada sistem biofilter yang sedang beroperasi.Peningkatan ammonia yang mendadak hasil dari overfeed atau kegagalan dalam sistem pencucian akan menyekat pembiakan bacteria nitrobacter.Nitrate yang berlebihan ,yang di oksidise dari ammonia ini boleh menyebabkan kematian kepada ikan ikan,walaupun kadar ammonia yang di kesan di bawah tahap bahaya.
Pengaktifan awalan sistem biofilter melibatkan pembenihan (seeding) biofilter dengan bacteria dan dengan memberi makan dengan ammonia.Bacteria nitrifying boleh di dapati dengan banyak dari tanah tempat berkebun.Sedikit tanah ini di masukan ke dalam biofilter.
Ammonia yang mencukupi perlu untuk pembiakan ini.Kadar ammonia hendaklah sentiasa kekal pada 3 mg/liter,Bahan bahan ammonia yang biasa di guna ialah ammonia yang di guna untuk mencuci,ammonium-nitrate atau ammonium-phosphate.
Kehilangan ammonia pada peringkat awal dengan mendadak menandakan pembiakan bacteria ini sedang aktif.Selepas seminggu preaktif ini adalah perlu di masukan ammonia pada setiap hari.
Setelah beberapa minggu kadar nitrite dan nitrate pada kadar yang di perlukan.
Coditionining berlaku bila mana kadar nitrite akan meningkat kepada 5 hingga 10 mg/liter dan menjadi stabil pada kadar kurang dari 1 mg/liter dan sepatutnya kadar nitrate akan meningkat dengan sekata.Process ini kadang kadang mengambil masa antara 4 hingga 6 minggu.
Alternative lain bagi pre aktif ini boleh juga di buat.Pembenihan di buat saperti di atas.Ikan di masuk kan pada kuantiti yang kecil,Bila kadar biofilter bacteria telah berkembang,ikan ikan ini di tambah sedikit demi sedikit selari dengan perkembangan bacteria ini.Cuma apa yang perlu disediakan ialah jumlah air yang banyak perlu di sediakan bagi menhadapi sebarang masalah di luar jankaan saperti untuk menyiram atau menukar air.
0 ulasan:
Comment/FAQ