Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

08 Mac 2009

Dryer Atau Pengering Dalam Pembuatan Makanan Rumusan

Spora,kulat dan bacteria dalam bahan oganik akan mula aktif dan membiak bila mana kelembapan bahan ini melebihi 16 % kelembapan dan persekitaran yang mempunyai lebih dari 65 % relative humidity ( RH) .Didalam pembuatan makanan rumusan pengering di guna untuk mengering bahan mentah dan pellet pellet yang belum siap bagi tujuan pengawetan dan pengurusan ( handling)
Pellet yang masih basah atau separoh basah yang mengandungi vitamin perlu dikering segera bagi mengelakan pembiakan kulat dll dan mempercepatkan proses pengeluaran.Pellet yang separoh siap ini juga tidak boleh terkena kepada cahaya matahari kerana UV boleh merosakan kan vitamin terutama vitamin C atau mengubah struktur vitamin lain,Pengering adalah peralatan yang perlu di guna sebelum proses lain dapat di buat.
Terdapat pelbagai rekabentuk dan saiz yang boleh di guna.
1. Continuous Dryer System
Pengeringan di buat semasa proses lain berjalan,pada kebiasaan nya dengan mengunakan assesoris lain saperti sistem conveyor belt ,blower dan udara panas. Sistem ini pada kebiasaannya mengunakan dryer jenis rotary.
Rotary Dryer
2. Batch System
Cara pengeringan begini di buat secara pukal di mana bahan mentah di kering pada kuantiti tertentu di dalam oven, atau sistem yang lebih besar bahan mentah/pellet ini di letak di dalam bilek atau kontena yang berpenebat.
Udara panas kemudian di salur ke bilek /kontena ini dengan menguna burner sama ada dari gas atau disel atau mengunakan heater dengan mengunakan letrik.
Pengunaan sistem batch ini memakan masa yang panjang antara 8 hingga 12 jam bergantung kepada bahan yang diproses.
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz bagi sistem ini bergantung kepada kecekapan mengering dan ekonomi.
Bagi bahan yang belum diproses dan tidak di masukan vitamin pada asas nya boleh saja di jemur di tengah panas,Tetapi jika bahan yang mengandungi vitamin,vitamin ini akan rosak jika terdedah kepada cahaya matahari . Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan bahan bahan ini perlu di alih atau di tutup jika berlaku hujan.Untuk memudahkan pengurusan dan mempercepatkan pengeringan unit solar saperti berikut boleh di buat .Bagi dinding dan penutup atas ,plastic jenis yang mempunyai penapis UV perlu di guna.
Contoh dryer yang boleh di buat sendiri (DIY)

Contoh dryer mengunakan bahan bakar.( kayu api etc)

 




5 ulasan:

Muhammad Dandarawie berkata...

slm cikgu..sy nk tanya..diy ni tak payah pakai mesin ke?mcmmana fungsinya

Cikgu Naim berkata...

Salam,
Dryer DIY nie adalah yang paling ekonomik,no moving part,dan tak perlu kepada sebarang mesin,guna matahari dan prinsip udara panas.Boleh di upgrade mengunakan tenaga solar- solar panel dll.

Muhammad Dandarawie berkata...

jazakallahukhoironkathira cikgu...

Khairi berkata...

saya sedang memikirkan untuk membuat dryer buatan sendiari. memeandangkan dryer dipasaran mahal, mencecah puluhan ribu. Tapi saya khuatir,adakah dryer yang saya akan buat ini menjadi. dryer yg saya kan buat punyai dua kompenan. pertama bilik pengering. dibuat dari dinding batu tela dan atas konkrit.
kompenen kedua tunku yg menghasilkan angin panas. diperbuat dari batu tela merah. bawah tempat membakar kayu api,atas diletak sekeping stellesteel dan beberapa gulung allumenium. batu tela merah diikat untuk menutup alumenium agar angin tidak keluar. dua lobang paip dibuat atas dinding batu tela yg menutupi alumenium tadi. satu paip untuk blower, dan satu paip lagi akan disambungkan kepada bilik pengering. api akan dinyalakan menggunakan kayu api membakar stelessteel yg diatasnya ada aluminium yangmana telah ditutup dengan batu tela yg diikat kemas seperti gua.

adakah pengering seperti ini akan mampu mengeringkan pellet. harap penjelasan dari cikgu. tq

Cikgu Naim berkata...

Salam sdr Mk,saya tak berapa nampak apa yang di nyatakan,harap sdr.dapat emailkan lakaran yang di nyatakan itu.
Walau bagaimana pun saya telah upload konsep design bagi dryer yang tidak mengunakan letrik dan mengunakan bahan bakar sepenuh.
Catitan : lagi panjang serobong lagi cepat aliran udara itu.