Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

09 Mac 2009

Ulat Sebagai Bahan Mentah

Bila mana kita pergi ke kedai kedai akuarium kita pernah melihat mereka menjual ulat ulat (maggots) yang masih hidup.Pada kebiasaan nya kita hanya dapati ulat ulat ini hanya pada bangkai atau buah buahan yang buruk,tapi tidak banyak yang hendak mengusahakan nya secara komersial sebagai tepong ulat.
Dalam habitat semulajadi,ulat menjadi makanan utama bagi kebanyakan binatang jenis kanivore saperti burung atau ikan.Dari sudut makanan rumusan, ulat adalah makanan terbaik bagi kegunaan bahan mentah kerana mengandungi komposisi tenaga dan protin yang seimbang dan di kategori dari makanan HDN – high nutrient dense.
Komposisi Tepong Ulat
Protin – 45 %
Lemak - 15 %
Chitin - 25 %
Abu - 8 %
Kelembapan – 8 %
NFE - 2 %
Tenaga - 3840 Kcal ME/kg
Cara menternak ulat.
  • 1.Sediakan bekas yang tidak bocor.
  • 2.Campurkan ramuan berikut
  • a.Rumput ( alfafa adalah terbaik) atau habuk gergaji – 1 bahagian (16 % )
  • ( bukan dari jenis tenerlish)
  • b.Daging ikan atau Pisang - ½ Bahagian ( 7 %)
  • c. Penukut beras atau gandum - 2 bahagian (30%)
  • d. Air - 3 bahagian ( 46 %)
  • 3.Biarkan bekas ini di tempat yang teduh pada suhu 30 ยบ C.
  • 4.Biarkan di hinggapi lalat atau lengas.
  • 5.Siram dengan mengunakan spray supaya sentiasa lembab setiap hari.
  • 6.Tuai pada hari ke 4 atau 5.
Jenis ulat yang di perolehi bergantung kepada sumber nutrien di dalam bekas kultur.
a.Black soldier ( hermetica illucen)


b.Sisa makanan-Common house fly ( Musca domestica)


c.Pisang atau buahan lain – Fruit fly ( drosophila melanogaster)-saiz besar


Cara pemprosesan.
  • 1.Cuci bekas kultur ini dengan air dengan mengunakan penapis yang sesuai untuk mengutip ulat ulat ini.
  • 2.Rendam di dalam air garam atau fomalin pada kadar 5-10 ppt.
  • 3.Toskan dan rebus hingga kering air dalam masa 30 hingga 45 min.
  • 4.Jemur sehingga kering
  • 5.Kisar sehingga menjadi tepong.
Hasil bahan mentah ini di kenali sebagai maggots meal
Perhatian.
Dalam penyediaan kultur dan penuaian ulat ulat ini ,kebersihan adalah penting kerana lalat ada lah pembawa wabak penyakit saperti virus dan pantogen, yang paling bahaya ialah  pembawa sejenis bacteria jenis clostridium botulinum yang boleh mengakibatkan keracunan makanan (botulinum toxin) kepada manusia.Pengunaan sarung tangan dan pembersihan dengan mengunakan antiseptic adalah di galakan sebelum proses merebus dapat di jalan kan.Pengunaan pada kadar 10 % dalam makanan rumusan makanan meningkatkan lagi keberkesanan makanan berbanding dengan hanya mengunakan tepong ikan sahaja.

2 ulasan:

Abd Ghani berkata...

Salam. Proses yg diterangkan adalah untuk menternak dan seterusnya memproses ulat menjadi tepung untuk dicampurkan dlm bahan ramuan makanan. Bagaimana pula perbezaannya kalau diberi terus pada ikan sebagai makanan sampingan?

Terima kasih

Cikgu Naim berkata...

Salam,
Pemberian secara terus adalah terbaik dari segi penghadaman.Dalam sistem intergasi,ulat ini di beri terus kepada ikan tanpa melalui proses proses lain.Pemprosesan di atas adalah bertujuan untuk penyimpanan yang lebih lama dan untuk di campur dengan bahan lain bagi mengimbangi amino acid.