Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

10 Mac 2009

Pelletizer Disc Dalam Pembuatan Makanan Rumusan.

Di peringkat awal pembesaran,anak anak ikan perlu kepada makanan yang sangat halus yang mana hanya dengan cara mengisar halus sahaja yang boleh di buat.Makanan halus ini tidak semua di makan oleh ikan,sebahagian nya hanya penyumbang kepada pencemaran.

Setelah anak anak ikan ini membesar sedikit, baharu lah boleh di buat dalam bentuk pellet yang mempunyai diet yang lengkap.Dengan pembuatan pellet pellet ini, baru lah dapat memberi diet yang lengkap dan menghindarkan pencemaran oleh pengunaan makanan halus yang berbentuk tepong ini.Dan perlu di ingat saiz pellet perlu di besarkan mengikut perkembangan pembesaran ikan ikan ini dari masa ke semasa bersesuaian dengan mulut ikan.

Dalam pembuatan pellet cara konvensional ialah dengan mengunakan extruder atau pellet mill yang mana memerlukan pemampatan bertekanan tinggi.Bahan mentah kemudian di paksa (mampat) melalui lubang lubang kecil yang di panggil die.Pellet pellet ini kemudian di potong dengan mata pisau yang berpusing di sekeliling die ini.( sila semak bagaimana pellet terapong di buat).

Tekanan dan mampatan ini menghasilkan geseran dan haba yang mana merosakan nilai nutrien yang ada dalam makanan ini.Tekanan juga merosakan sesetengah amino asid dalam makanan yang di buat.Dengan cara extrusion ini, pellet yang di hasil kan ini menjadi terlampau padat dan keras. Ia nya juga susah untuk di hadam dan kadang kadang boleh melukakan perut ikan yang memakan pellet pellet ini.

Cara extrusion ini juga memerlukan penyelenggaraan yang tinggi saperti lubang die yang tersumbat,motor trip dan kos letrik yang tinggi untuk pemampatan.

Pellet pellet yang terlampau padat ini , cepat tengelam,ini tidak mudah dan menarik bagi ikan ikan untuk makan makanan ini ,Ia nya boleh membawa kepada pencemaran dasar dasar kolam jika ikan ikan tidak makan,makanan yang di beri ini.Cara konvensional ini juga hanya dapat menghasilkan saiz terkecil pada 0.079 cm dia. bagi mesin mesin yang berkapasiti besar dan 2 mm sahaja bagi kebanyakan mesin pellet mill biasa.

Bagi kebanyakan ikan cara pemakananan yang terbaik adalah yang mana pada mula nya timbul ,kemudian nya tengelam perlahan perlahan.Ini memberi ruang kepada ikan untuk mengesan dan mendekati makanan ini.Ini boleh di buat dengan ramuan khusus atau dengan membuat pellet pelet ini dengan tidak terlampau padat dan sedikit ringan.

Bagi kebanyakan penternak atau pengusaha pellet banyak mengunakan mesin mesin saperti pellet mill atau extruder dalam menghasil kan pellet pellet mereka.Ini menyebabkan kos awalan dan operasi yang mahal selain tidak dapat mengeluarkan pellet pellet yang bermutu dan harga kompetitif yang menguntungkan.Pellet yang bersaiz kecil ini ( kurang 0.5 mm) harga nya masih lagi tidak kompetetif dan mahal walaupun bahan mentah yang di guna adalah sama.Ini lah yang perlu di buat bagi mengurangkan kos pemakanan selain memberi harga kompetetif yang menguntungkan.

Salah satu peralatan untuk membuat pellet yang tidak padat dan saiz kecil yang sesuai kepada anak anak ikan di buat dengan mengunakan pelletizer disc.Pellet yang di hasilkan adalah dalam bentuk bulat ,ringan dan tidak padat.Kebanyakan pellet jenis ini banyak di jual untuk ikan hiasan di kedai kedai akuarium.

Antara kebaikan dalam teknik pemprosesan pellet jenis ini.

1.Nilai nutrien tidak rosak semasa pemprosesan.

2.Mudah di hadam kerana tidak terlampau keras

3.Boleh di buat terapong atau tengelam perlahan lahan.

4.Peralatan yang di guna adalah murah.

5.Mesin mesin yang di guna kurang penyelenggaraan dan ’breakdown’.

6.Mesin mesin boleh di rekabentuk sendiri.

7.Saiz terkecil yang boleh di buat adalah dalam 0.2 mm hingga 0.3 mm diameter dan amat sesuai untuk minggu pertama anak anak ikan.

8. Kos operasi dan pemasangan yang jimat sehingga 90 % pengunaan letrik berbanding pellet mill atau extruder.

9.Tidak perlu kepada haba dan tekanan yang merosakan nutrient.

Pelletizer disc boleh di dapati dalam pelbagai bentuk dan saiz yang mana jauh lebih murah dari pellet mill atau extruder baik dari segi kos mesin atau kos operasi.Dengan mesin yang beroperasi secara manual yang murah kepada yang lebih canggih dan mahal yang mengunakan computer.

Komponen dan fungsi.

1.Disc berpusing mengikut pusingan jam.RPM pusingan ini di kawal oleh inverter yang mana boleh di kawal samada pelahan atau cepat.

2.Disc boleh di selaras pada sudut 0 hingga 60 ยบ

3.Plow vane ( pembajak - 3 unit) boleh di ubah kepada sudut yang di kehendaki.

4.Spray nozzle menyembur air titisan ( mist) samada bercampur vitamin,binder atau lemak.

Bagaimana pellet di buat dengan mengunakan pelletizer disc.

Apabila air yang menitis jatuh ke pemukaan yang curam akan bergolek kebawah.jika permukaan ini mengandungi bahan yang berdebu, debu debu ini akan melekat pada air ini dan membentuk bebola sebelum sampai kebawah.

Konsep palletizing disc ia lah apabila air di sembur pada bahan mentah yang berada dalam bekas yang berayak akan membentuk sebagai bebola sama saperti membuat sagu secara tradisional.Bahan mentah hendaklah di kisar halus dan betul betul kering.

Bahan mentah yang di adun di tuang pada kedudukan lebih kurang jam 6 ( 6 O’clock),Air di sembur pada kedudukan jam 11,Pusingan disc pada mula nya di laras agar bahan mentah berhenti di kedudukan jam 12.Dengan semburan yang berterusan dan penambahan bahan mentah,pellet pellet mula membentuk dan berkumpul pada jam 7 hingga 8.

Untuk mengecil kan saiz pellet.

  • 1.Menambah bahan mentah-mengurang kan gulingan

  • 2.Menambah sudut disc
  • 3.Memasuk kan bahan mentah dekat dengan jam 3 atau 4.
  • 4.Menambah kelajuan pusingan disc.

Untuk membesarkan saiz pellet.

  • 1.Mengurangkan kadar kemasukan bahan mentah- menambahkan gulingan
  • 2.Mengurangkan sudut disc
  • 3.Kemasukan bahan mentah pada kedudukan jam 7.
  • 4.Kurangkan kelajuan pusingan disc.

Pellet pellet ini kemudian nya di alih ke dalam tray atau bekas khas untuk di keringkan.

Antara jenis dan model pelletizer disc.

....................... ......................... ............................

Kembali ke senarai topik

1 ulasan:

Cikgu Naim berkata...

Mesin ini boleh di dapati di kedai machinery,cuma kadang kadang perlu oder kerana tiada banyak yang simpan stok.Ia nya juga di guna bagi pembuatan baja tanaman -bentuk bulat.Kos nya lebih murah berbanding dengan mesin palet yang di buat dari mincer,bergantung kepada kapasiti pengeluaran,cuma perlu sedikit kemahiran dalam pengendalian mesin ini.