Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

02 Februari 2009

Perkenalan kepada Keli Omega 3

Keli omega 3 diperkenal di Kelantan di bawah Kumpulan Siswazah Perikanan Kelantan ia itu graduan graduan dari Universiti Malaysia Terengganu pada bulan November 2006.Keli omega 3 yang di hasil kan dengan kerjasama UMT ini di Kelantan berlainan dengan keli biasa ,ia di kenali Keli omega 3  kerana kadar omega 3 (alpha-Linolenic acid) yang ada adalah yang tertinggi berbanding dengan ikan kod ,salmon dan lain lain ikan - pengesahan awal di buat oleh Faculty Of Agrotechnology And Food Science UMT dan terbaharu dari USDA di usa.Untuk maklumat am semua ikan mempunyai omega 3 dan 6,cuma banyak atau sedikit ,berasaskan dari rangkaian 18:3n3,18:n6.



Matlamat keli omega 3 bukan untuk mendapat rangkaian ini ,tapi dalam bentuk omega 3 dalam rangkaian DHA dan EPA (22:6n3 ,20:5n3 ) http://en.wikipedia.org/wiki/Omega-3_fatty_acid yang banyak berguna kepada manusia ,ia di hasil kan melalui kaedah makanan rumusan khas .Pertukaran ini berlaku melalui stimulasi enzim yang sedia ada dalam badan ikan itu sendiri........melalui kaedah yang di kenali dengan 'Dietary manipulation'


 


Perubahan nomenclature dari rangkaian 18:3n3,18:n6. ke DHA dan EPA (22:6n3 ,20:5n3 ) ini tidak mengubah genetik ikan yang di hasilkan,te tapi mengubah kadar asid lemak yang ada kepada DHA dan EPA yang lebih tinggi semasa di tuai.


 




Kenapa ikan keli?
Omega 3 di dapati dalam 3 bentuk ,ALA (alpha-Linolenic acid),DHA (docosahexaenoic acid ) dan  EPA (eicosapentaenoic acid ).Minyak ikan saperti minyak ikan kod,salmon.hering dll adalah sumber utama omega 3 bagi kegunaan farmaseutikal dan industri penternakan.Walau pun sekarang ini telah ada altenative lain omega 3 dari sumber pertanian saperti minyak flaxseed dll, ia nya tidak sebaik minyak ikan.Minyak ikan kaya dengan omega 3 dalam bentuk  DHA dan EPA,manakala flaxseed kaya omega 3 dalam bentuk ALA.Di dalam badan ALA perlu di tukar kepada DHA dan EPA,tetapi tidak semua badan berkeupayaan menukar ALA ke DHA dan EPA.Ini disebabkan oleh faktor kesihatan dan umur yang berlainan.

Penemuan dan kajian yang sedang giat dijalankan kan mendapati kebanyakan minyak ikan yang di hasilkan melalui tangkapan di laut dalam, banyak telah di cemari oleh PCBs ,mercury dan logam berat lain.Bagi kegunaan famaseutikal minyak ikan perlu melalui proses molecular distillation untuk membuang bahan bahan tercemar ini.Proses penyulinan ini meningkatkan kos pengeluaran minyak ikan yang boleh di guna pakai.



Di jangkakan pengeluaran minyak minyak ikan ini akan menghadapi masalah di masa depan di sebabkan oleh faktor di atas dan kekurangan tangkapan dari tahun ke tahun.Dan kemungkinan besar minyak ikan tidak lagi kompetatif bagi industri penternakan di masa depan.

Alternatif pengeluaran minyak ikan telah di buat oleh banyak negara untuk mengatasi masalah ini.Malah NOAA/USDA di Amerika Syarikat telah memberi inisiatif dan kerja sama bagi yang berminat untuk membangun projek ini.(sila klik di sini)Keli adalah salah satu spesies yang di kenal pasti berjaya untuk tujuan ini.Selain dari cepat membesar saperti keli afrika atau lain lain kacukan ,harganya cukup kompetatif bagi pengeluaran minyak ikan,fish protien concentrate atau produk lain samada untuk tujuan famaseutikal atau industri penternakan.Dalam pengeluaran keli omega 3 ,keli afrika (clarias gariepinus) di pilih bagi tujuan pengeluaran produk produk ini dan untuk pengetinan ( keli dalam tin-keli omega plus). Bagi jenis keli lain (Ictalurus punctatus) monopulasi diet makanan boleh di baca dengan lebih lanjut di sini ,dan untuk talapia  disini. 
Di Malayasia ini ,monopulasi diet ini pernah di buat  di UPM ,cuma dalam kajian ini,medium chain fatty acid  MCFC. yang mengimbang toksisity dalam makanan tidak di ambil kira,yang mana bila mana pengunaan  lemak n3 yang berlebihan menyebabkan keracunan makanan dalam makanan rumusan.

Pengeluaran minyak ikan dan tepong ikan secara ternakan juga dapat mengawal pencemaran kepada bahan ini dan pengurusan yang lebih baik dari segi mutu dan kadar pengeluaran yang di kehendaki.
  • FAQ.
Sebarang comment dan kemusykilan akan di jawab di sini,sila semak dan akan di update dari masa ke semasa.Sebarang comment dan cadangan sangat sangat di alu alukan supaya dapat berintraksi secara ilmiah,Terima Kasih.



TAG : Dietary manipulation to increase essential polyunsaturated fatty acids in freshwater fishes.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good Afternoon

Thanks for writing this blog, loved reading it

Tanpa Nama berkata...

salam. artikel ini sangat bagus. very good sharing. saya pon memang suka makan ikan keli.

Cikgu Naim berkata...

Walalaikum musalam,terima kasih.