Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

26 September 2009

Keli Omega Plus

Keli Omega Plus adalah ikan keli omega 3 yang di tin kan sama saperti ikan sardin.Keli Omega Plus mula di perkenalkan pada 5 hb. Jun 2007 di SMIDEX 2007 di KLCC,SME NETWORKING: LOCAL LINKS GLOBAL REACH.

Kemudian pada 6 hb.sept.2007 di MECC (MATRADE).The 8th. International Strategic Partnership & Business Networking Trade Fair for SMEs.Dalam pameran yang di adakan, penerimaan pada peringkat antarabangsa dan tempatan adalah sangat mengalakan.

Produk keli dalam tin ini telah mendapat sokongan yang amat baik daripada Datuk Seri Mohd Shariff Omar,Timbalan Menteri Pertanian masa itu.
Produk pengeluaran ini adalah hasil penyelidekan yang di buat oleh Universiti Malaysia Terengganu,yang mana produk ini telah di anugerahkan dengan pingat gangsa di 37th INTERNATIONAL EXHIBITION OF INVENTIONS NEW TECHNIQUES AND PRODUCTS di GENEVA, SWITZERLAND yang di adakan pada 01 – 05 APRIL 2009.

ARKIB Utusan: 17/04/2009

UMT rangkul 2 pingat emas

KUALA TERENGGANU 16 April – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merangkul dua pingat emas, satu perak, empat gangsa dan satu anugerah khas di Pameran Produk dan Teknik Inovasi Baru Antarabangsa kali ke-37 yang berlangsung di Geneva, Switzerland, baru-baru ini.
Penyelidik Fakulti Sains dan Teknologi, UMT, Mohd. Hasmizam Razali menerima pingat emas dan Anugerah Mawhiba 2009 daripada Arab Saudi menerusi hasil penyelidikan bertajuk Tatania Nanotubes Sebagai Fotokatalis Melindungi Alam Sekitar dan Pemuliharaan Tenaga.
Beliau turut menerima pingat perak untuk penyelidikan bertajuk Methaniser Catalyst Natural for CO2 Removal in Gas.
Penyelidik Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, UMT, Prof. Madya Dr. Sayed Mohd. Zain Hassan pula menerima pingat emas bagi penyelidikannya bertajuk Penggunaan Tepung Ubi Badak.
Penyelidik Fakulti Sains dan Teknologi, Mustafa Man menerima dua pingat gangsa untuk penyelidikan bertajuk WiFISH: Sistem Aplikasi Web Pengumpulan Data Ikan menggunakan Peralatan Jalur Lebar Tanpa Wayar dan Easysearch: Perisian Laman Web Pencari Surat.
Penyelidikan bertajuk Keli Omega Plus dan FLEX-Seed for Aquaculture masing-masing oleh Penyelidik Pusat Sains Makanan, Aziz Yusof dan Penyelidik Institut Akuakultur Tropika, UMT, Dr. Zaleha Kassim juga menerima pingat gangsa.
Naib Canselornya, Prof. Dr. Aziz Deraman berkata, UMT akan menubuhkan sebuah syarikat bagi mengkomersialkan dan memasarkan produk yang dihasilkan para penyelidik universiti tersebut.


Kronologi

Matlamat asal pengeluaran keli dalam tin ialah untuk meningkatkan pengeluaran ikan keli di kelantan selain dari untuk memberi pulangan yang manasabah kepada penternak penternak ikan keli.

Pada masa itu (2006) ikan keli di pasar tani dijual pada harga sekitar RM 1.50 hingga RM 2.00 sekilo,sedangkan kos ikan ya ng makan pelet sepenuh nya ialah antara harga RM 2.50 hingga 2.70.

Selain dari itu,perkembangan sistem kanvas yang di perkenalkan oleh Jabatan Perikanan tidak berapa memberangsangkan di sebabkan pemintaan yang rendah selain dari harga kanvas yang tidak kompetatif.


Dengan ada nya kilang pemperosesan ikan keli tin ini ,pasaran dan penternakan ikan keli dapat di pertingkatkan dan di perlu askan lagi. Pengeluaran peringkat percubaan ini telah di buat dengan penyewa sebuah kilang milik Perbadanan Kemajuan Iktisad negeri Kelantan yang mana di urus oleh Kumpulan Siswazah Perikanan (KSP)di bawah kawal selia Jabatan Perikanan Kelantan.

Bagi peningkatan harga ,keli omega 3 di perkenalkan dengan harga pasaran secara borong ialah sebanyak RM 3.50 (2007),peningkatan harga ini dan pengurangan kos makanan sehingga RM 1.70 bagi pengeluaran sekilo ikan keli telah memberi pulangan yang menasabah kepada penternak.

Harga dan permintaan yang tinggi ini telah melonjak indu stri ikan keli di kelantan dengan kerja sama dari LPP dan RISDA.

Kos makanan dapat di kurangkan dengan ada nya sebuah kilang makanan ikan di Macang,kelantan.Dengan adanya kilang makanan sendiri,kos makanan boleh di ubah suai dari masa ke semasa supaya menguntungkan kedua dua pihak yang mana penternak di beri jaminan akan mendapat untung pada kadar minima RM 1.00 bagi setiap kilo ikan yang dikeluarkan.Kos makanan dikurangkan dengan mengunakan bahan mentah hasil bua ngan dari kilang mengetin saperti kepala,perut,ekor dll ( 40 %) ,yang mana di kitar semula sebagai bahan mentah pelet ,yang mana pada awal nya di cadangkan untuk di proses di genting.
Peningkatan kepada permintaan ikan keli ini juga telah dapat meningkatkan lagi permintaan kepada pengunaan kanvas selain dari harga nya yang lebih kom petatif kerana terdapat pesaingan dari pengeluar pengeluar kanvas dan ada nya penternak penternak yang membuat kanvas sendiri untuk penternakan keli ini. Dari segi pengeluaran ikan keli tin,penternakan secara contract farming dapat menstabilkan harga belian ikan untuk pengetinan selain dari mendapat bekalan yang stabil, berbanding dengan pengunaan ikan konvensional yang mana harganya sentiasa berubah dan bekalan yang tidak stabil
.

Walau bagaimana pun projek ini menghadapi kegagalan kerana terdapat unsur unsur sebotag,kepentingan peribadi,mentaliti keusahawanan yang lemah dan dasar jabatan yang terlibat tidak menjurus kepada untuk menjayakan projek ini tetapi lebih kepada mengambil kesempatan di kalangan kakitangan demi untuk kepentingan peribadi.
Dari segi prospek ,projek ini mempunyai daya maju yang tinggi tetapi perlu kepada pengusaha pengusaha yang betul betul berminat dan faham dalam industri ini terutama dalam aspek pemasaran keli dalam tin samada secara lokal atau antarabangsa.
Selain dari itu sokongan dari agensi agensi yang terlibat juga amat penting terutama bagi pembekalan ikan keli yang menepati piawaian dan kuantiti yang di perlukan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu Naim,
Daripada maklumat yang saya dapati dan dari KSP,ikan sardin keli ini boleh di buat dengan ikan keli biasa,bukan ikan keli omega dengan syarat makan palet 100 %, betul ke cikgu?.

Cikgu Naim berkata...

Salam,
Semasa saya dengan KSP dulu target market adalah untuk pasaran di timor tengah,konsep pemakanan adalah untuk sandwich,Uji rasa di pameran antarabangsa dan sample yang di hantar ke dubai dan jedah mendapat galakan yang memberangsangkan,ini di buat dengan keli omega 3 sepenuhnya.Masalah pengunaan keli yang makan pelet biasa ialah dari segi consistancy,yang mana kadang kadang tidak consistance dari segi rasa dan cara pemperosesan yang perlu di ubah untuk mendapat piawaian standard,ini mungkin di sebabkan cara pemakanan ikan yang di ternak yang tidak consistance saperti pemberian makanan spt perut ayam,jenis pelet yang di tukar tukar dsbnya.Saya tidak folow up keli omega plus ini sudah hampir 2 tahun,jadi adalah lebih baik saudara bertanya dengan En Aziz di UMT sendiri,mungkin perkara ini sudah dapat di atasi sekarang.TQ