Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

29 Ogos 2009

Mentaliti Penternak Melayu

Penternak melayu terdiri dari 3 kategori
1.Penternak hobi.

Menternak ikan sebagai hobi atau untuk bekalan sendirian,tidak kisah berapa kos yang di keluarkan dan di buat secara kecil kecilan

2.Penternak tegar.
Menternak ikan sebagai mata pencarian,ada setengah nya telah lebih dari 20 tahun menternak ikan.Penternakan yang di buat hanya cukup makan tidak banyak perubahan yang dibuat sejak mula mula menternak ikan.Jika dulu di mulakan dengan 10 sangkar, 10 hingga 20 tahun kemudian pun masih lagi dengan kadar sangkar yang sama.Sentiasa menanti dan mengharap bantuan yang di beri dan dalam keadaan daif.Mentaliti yang sangat susah untuk di bentuk.

3.Penternak Komersial
Menternak sebagai punca pendapatan dan perniagaan,sentiasa memikirkan bagaimana hendak memperbesar kan lagi sangkar/kolam yang sediaada atau mempelbagaikan produk produk yang di keluarkan.Perkembangan projek sangat ketara dari tahun ke setahun.Mempunyai minda yang sentiasa terbuka demi kemajuan projek yang di jalankan.

Penternak tegar juga mudah di monupulate oleh orang orang di jabatan yang terlibat atau orang orang politik yang berkepentingan peribadi.Masalah yang di hadapi bila membantu para penternak yang di katergori sebagai penternak tegar ini ialah dari segi mentaliti.

Jadi fikirkan lah kategori anda sebelum menceburi bidang penternakan ini,tidak boleh salahkan kerajaan atau agensi yang terlibat 100 %,jika tiada bantuan yang di beri atau susah untuk menerima bantuan.Masing masing hendak lah mempunyai tanggong jawab jika kita benar benar hendak merealisasikan ' Pertanian ini satu Perniagaan,' demi untuk kebaikan dan kemajuan diri sendiri dan kemajuan industri yang di ceburi semoga apa yang kita buat ini mendapat keberkatan .Inshaalah.

Salam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nie....keja orang perikanan,bukan penternak..tak cukup bitamin kot ? he he he...

CikGu Naim berkata...

Pengarah diaorang dengan saya saya sendiri pun diorang nak sumbat jel...ha ha ha...Hidup yang tak akan di berkati sampai bila bila..Inshallah.