Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

17 Februari 2009

Binder Di Dalam Makanan Rumusan.

Binder atau pengikat di guna di dalam membuat makanan rumusan bertujuan untuk memegang atau mengikat bahan mentah yang di adun supaya tidak hancur atau mengalir ( leaching -vitamin dll) kedalam air.

Binder juga kadang kadang sebagai nutrient saperti kabohhydrat,asid lemak dan sebagainya.

Pengikat yang paling murah dan selalu di guna ialah tepong kanji daripada tepong ubi kayu.

Graph di atas adalah analisa pengunaan dua jenis kanji keatas ikan siakap ( canivores).Tahap ketepuan kanji pertama sebagai nutrient bagi analisa di atas adalah pada tahap 15 %,Pengunaan kanji lebih dari ini hanya menyumbang kepada kebantutan daripada pembesaran.Arah aliran yang sama juga berlaku pada lain lain jenis ikan,Cuma mempunyai tahap ketepuan yang berbeza antara 20 hingga 30 % bergantung kepada jenis ikan.

Selain dari itu kebanyakan ikan tidak dapat menghadam dalam bentuk kanji mentah.Sekira nya kita tiada mesin pellet yang boleh menukar kanji ini kepada gelatin,memasak kanji dengan air dahulu supaya bertukar kepada gelatin adalah perlu untuk penghadaman yang optima dan mengikat bahan mentah lain dengan lebih baik.

Jadi, jika kita dapati ikan ikan yang di beri makan pellet ini, ada unsur unsur kebantutan,kandungan bahan mentah yang berkabohydrat tinggi saperti kanji,beras atau lain lain ( tapi bukan kacang soya) perlu di kurangkan.

Lain lain bahan pengikat yang di gunakan dalam makanan rumusan adalah saperti berikut.

1.Casein

2.Gelatin

3.Collagen

4.Chitosan

5. Guar Gum

6.Locust Bean Gum

7.GFS (xanthan gum, locust bean gum, guar gum mixture)

8. Agar.

9.Carrageenin 10.Seaweed binder

11.Corn Starch.

11.Potato Starch

12.Wheat Gluten

13.High Gluten Wheat Flour

14. Carboxymethylcellulose (CMC)

15.Sodium Alginate + Sodium Hexametaphosphate

16.Lignosulphonates

17.Hemicelluloses

18.Bentonites

19.Polymethlolcarbamide (Basfin)

20.Carbopol

21.Hydrolysed Polyvinyl Alcohol.

22.XB-23 (an anionic heteropolysaccharide)

Lain lain jenis binder sila semak di setiap bahan mentah di topik

formula makanan rumusan.

salam

Kembali ke senarai topik

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm..cikgu boleh tak bagi kepada sy berapakah jumlah yg tepat penggunaan tepung ubi untuk buat pelet 1kg

Cikgu Naim berkata...

Bagi ikan jenis kanivorous, jangan lebih dari 20 %,jika nutrient lain cukup,hanya sebagai binder, masak kanji ini,tuang sedikit sedikit ,gunakan sekadar melekat bila di gengam.

Muhammad Dandarawie berkata...

slm..cikgu,sy nk tanya..adakah tepung ubi ni digunakan sbg binder pelet lembu dan kambing..tk

Cikgu Naim berkata...

Binder utk komersial (makanan ruminan) biasa nya tidak mengunakan tepong ubi,tapi jika nak pakai untuk buat pallet ruminan ,boleh.

L.SHATHISH berkata...

Hi Cikgu Naim, saya sedang ternak ikan keli dan buat pellet sendiri. so bahan pakan yang saya pakai ialah, tepung ikan, jagung, soya(lepas ambil minyak) dan sekam padi. saya ingin sedikit tunjuk ajar dari cikgu.

kuantiti adunan bahan untuk 10kg

tepung ikan 2.5kg
jagung 2.5kg
soya 2.5kg
sekam padi 2.5kg

so total 10kg, saya akan campur kesemua bahan dalam mixer dan terus masuk kedalam disk mill untuk hasilkan tepung. selepas kesemua bahan jadi tepung saya akan masuk tepung kedalam mesin pellet dengan tambah sedikit air untuk create moisture. hasil dalam proses berikut pellet saya tenggelam. hasil pellet saya sama macam pellet rabbit yang dijual kedai burung keras dan tenggelam.
so saya ingin tanya cikgu bagaimana saya boleh hasilkan pellet timbul.
perlukah saya tukar mesin buat pellet?

maaf, kalau ada masalah bahasa.

sekian,
shathish.

Cikgu Naim berkata...

Salam Shathish,
Kalau nak buat betul betul pelet terapong perlu mengunakan mesin yang di khaskan.
Walau bagaimana pun kalau ingin mencuba boleh mengunakan bahan berfiber tinggi(sekam padi dll) dicammpur dengan bulu ayam yang di mesin halus ( 20% ,2 %),perlu di jemur sehingga betul betul kering.Nilai nutrisi tidak sebaik dengan mengunakan mesin khas,tapi boleh di guna pakai utk jimatkan kos.

shathish berkata...

terima kasih cikgu...saya ada cuba blend bulu ayam tapi hasil yang saya dapat kapas halus...kini saya ingin start projek tilapia.boleh tak cikgu bagi rumusan untuk makanan tilapia. boleh tak saya dapat nama mesin buat pellet yang cikgu rekomen. dulu saya pakai tahi ayam sebagai salah satu bahan aduan baru tahun ini saya tukar kepada sekam padi.perlukah saya tukar bahan rumusan yang saya gunakan sekarang. dari nota cikgu saya dapat tahu bahawa dalam rumusan pellet kita perlu campur bahan vitamin adakah ia bentuk serbuk atau cecair. kawasan rumah saya berhampiran berbagai kilang makanan haiwan seperti, goldcoin,cargill, asia vet dan macam macam lagi. syarikat asia vet hanya mengeluarkan baragan vitamin dan ubatan yang diimport dari luar negara. banyak penternak comersial beli dari sana. mungkin saya lupa inform cikgu saya berasal dari mana..saya berasal dari pulau pinang,butterworth, kawasan mak mandin.

Cikgu Naim berkata...

Kalau tiada kelengkapan yang sesuai,di sarankan vitamin dan mineral dalam bentuk serbuk.