Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

24 November 2012

Pengenalan kepada penternakan ikan dalam sistem RAS -bhg 3



Penilaian kepada kemudahan yang di perlukan.

Berikut adalah senarai keperluan minimum untuk pengeluaran akuakultur dalam sistem RAS.

• Bekalan air yang berkualiti tinggi. Air perigi atau air bawah tanah adalah menjadi pilihan. Jika air paip digunakan, baki klorin mesti lah dikeluarkan dengan menggunakan penapis arang atau lain lain cara.Jika terpaksa menyedut air dari laut ,jauhkan dari kawasan yang ombak bertemu dengan pantai  dan mempunyai penapis penghalang pasir yang  di timbus dengan pasir pada kedalaman tidak kurang dari 3 kaki.

• Telaga buangan.Telaga buangan adalah untuk memerangkap sedimen dari kolam ternakan hasil dari  penyingkiran pepejal, sisa sisa dari ikan, makanan yang berlebihan, dan lain-lain

• Tangki Biofilter contoh saperti  (Rajah 1a).

• Rak sistem. Rak boleh digunakan untuk menyokong tangki pemeliharaan ikan (Rajah 1a).




• Bekalan elektrik dan penjana kuasa elektrik sandaran  (intensif sistem)  yang boleh dikendalikan dari kuasa  generator. Satu LP atau penjana gas berkuasa dengan sistem pensuisan automatik adalah di syorkan.

• Telefon sistem penggera.(optional) Satu sistem penggera untuk memberitahu pengendali pam, blower atau lain-lain masalah bekalan elektrik adalah di syorkan.


Mewujudkan pasaran produk

 Dalam pengeluaran akuakultur  bagi tujuan komersial,pasaran adalah yang paling kritikal dan amat penting. Menentukan siapa yang akan membeli ikan anda dan dalam bentuk apa yang mereka mahu produk  anda itu. Produk akhir boleh jadi dalam bentuk ikan hidup, , dalam bentuk  fillet atau stik  atau ikan kering  .

Pengeluar  yang menjual ikan mereka untuk pasaran makanan dan kegunaan manusia mesti lah mematuhi keselamatan makanan tempatan dan persekutuan dan peraturan pemprosesan.

 Panduan ini menyediakan maklumat yang boleh membantu dalam pembangunan pelan HACCP dan menyediakan panduan tambahan pada mematuhi peraturan-peraturan FDA.(bagi tujuan ekspot) Pengeluar amat digalakkan untuk benar-benar mengkaji dokumen-dokumen berkaitan dan mengambil latihan HACCP.(bagi tujuan ekspot)

Banyak pengeluar menjual ikan mereka secara langsung ke restoran, di pasar tani atau kepada pengedar makanan laut. Tentukan di mana anda akan menjual ikan anda, dan menyemak peraturan-peraturan jabatan kesihatan tempatan. Kemudian, tentukan berapa banyak ikan akan dijual pada setiap tarikh dan memastikan bahawa anda memenuhi permintaan

Anda juga perlu tahu bagaimana hendak membawa produk anda ke pasaran. Ikan hidup perlu diisi dalam bekas air berudara, dan bagi produk yang  diproses  perlu disimpan sejuk pada suhu yang betul.




0 ulasan: