Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

22 Mei 2010

Alahai…….Pegawai Perikanan.

Kawan saya ada beberapa puloh kolam simen saiz antara 10 x 12 dan lain lain saiz,untuk membuat kolam pembenihan ikan keli.Pengunaan kolam simen nie adalah amat sesuai dengan keluasan tanah yang ada. Projek ini telah berjalan hampir 2 tahun lebih di Wakaf Baru ,Kelantan dan boleh di katakan berjaya walaupun tidak 100 %.

Walaupun tidak pernah mengikuti sebarang kursus secara formal di mana mana, dengan inisiatif  dan bacaan dari bahan bahan ilmiah yang ada ,beliau telah berjaya menghasil benih keli sendiri.

Memandangkan Jabatan Perikanan ada menyediakan bantuan ,lalu beliau pun cuba meminta bantuan  yang di war warkan kan.daripada Jabatan Perikanan saperti tangki air dan lain lain.

Kemudian datang lah Pegawai Perikanan Kota Bharu untuk buat spot check konon,kebetulan kawan saya ini tiada di kolam ,hanya pekerja dia saja di situ.Pegawai ini telah memarahi pekerja ini dengan berkata mana ada orang berjaya buat benih keli dalam kolam simen, hanya kolam tanah saja yang boleh berjaya.

Kemudian pekerja kawan saya ,bagi tahu kawan saya ni guna tahi lembu untuk buat plankton,sekali lagi pekerja ni di marahi, mana boleh guna tahi tahi nie,kalau nak buat plankton guna air /atau tahi dari ikan keli sahaja.!, kata pegawai ini.

Dan akhir sekali pegawai nie kata,hanya kursus yang di anjurkan Jabatan Perikanan saja yang boleh boleh berjaya dalam bidang nie.Kursus kursus lain semuanya mengarut dan tidak boleh di pakai !.

Memandangkan kawan saya nie tidak pernah mengikuti kursus yang di anjurkan oleh jabatan Perikanan ,maka kata pegawai tu ,permohonan dia tidak dapat di pertimbangkan , yang mengikuti kursus Jabatan Perikanan saja yang layak memohon.…..he he he……

Moral nya………..

1.Pergi kursus Jabatan Perikanan…..Walaupun hanya utk tidor.

2.Peringkat Pengurusan Jabatan Perikanan perlu mengadakan kursus kursus jangka pendek lebih kerap  kepada pegawai pegawai  mereka ,supaya penerangan dan alasan yang di beri tidak bercangah dengan dasar jabatan dan lebih bersikap professional,agar ia nya tidak menjadi bahan ketawa bagi yang berurusan dengan Jabatan ini.

1 ulasan:

Cikgu Naim berkata...

Maklumat terkini yang di dapati,Jabatan Perikanan telah meluluskan peruntukan yang di minta,terima kasih di ucapkan kepada jabatan perikanan kerana membantu kepada yang memerlukan.Di harap projek ini akan berjaya.