Blog about Fish Feed Technology and Aquaculture System.....HOW CAN Keli Omega 3 BE FREE …? Solution : Keli Omega 3 is supported by the advertising shown on each of its pages. You are helping to support Keli Omega 3 every time you see an advertisement,visits the link or signup with a service advertised by our sponsors...or make a donation at the link provided..Thanks you...and you are welcome to visits us again.……

18 Jun 2009

Pemburuan Udang Krill


Obses manusia terhadap udang krill yang menawarkan pelbagai khasiat menyebabkan udang itu semakin terancam.

HAIWAN ini hanya membesar sehingga enam sentimeter (cm) atau 2.4 inci. Tetapi ia mungkin makhluk paling banyak di dunia kalau dikira dari aspek berat.

Malah, burung petrel salji yang bersarang di Antartika sanggup terbang selama lapan jam semata-mata untuk menjadikan ia sebagai santapan.

Krill, sejenis udang kecil yang dengan teknologi moden boleh digunakan sebagai umpan ikan, makanan tambahan diet, perasa sos soya, farmaseutikal malah untuk membersihkan lukisan Old Masters kini mempunyai permintaan yang semakin meningkat.

Jika diberi makan kepada ikan salmon, ia boleh menjadikan daging ikan tersebut berwarna merah jambu kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3 yang banyak memberi faedah kepada kesihatan manusia.

Terdapat di semua lautan tetapi paling banyak di Laut China Selatan, ia juga merupakan diet utama untuk penguin dan ikan paus sama seperti burung petrel salji yang hidup di pergunungan ais yang terbang lebih 500 kilometer (km) untuk menikmati krill.

Disebabkan permintaan manusia yang semakin meningkat untuk minyak masak, ia membawa kepada perlumbaan setiap nelayan pukat tunda mendapatkan udang tersebut.

"Tangkapan udang krill merupakan projek yang dijalankan bersama negara yang terlibat," kata Stephen Nicol, pakar mengenai spesies ini di Divisyen Antartik Australia sambil menambah tangkapan terbaru tidak memberi ancaman terhadap haiwan ini.

"Tetapi terdapat kebimbangan kerana ia merupakan spesies asas atau utama sebagai sumber makanan kepada ikan paus dan penguin.

"Sebahagian pergantungan tersebut disebabkan terdapat begitu banyak udang krill," kata Nicol.

Didahului oleh Norway, setiap tahun jumlah tangkapan udang krill mencecah sehingga 120,000 tan. Nilai tersebut hanyalah perkongsian kecil stok yang dianggarkan diperoleh di Laut China Selatan dengan tangkapan sebanyak 100 hingga 500 juta tan.

Jepun, Korea Selatan dan Poland turut mempunyai lesen tangkapan udang krill di bawah perjanjian antarabangsa.

Norway berkata, mereka kini bersedia memikirkan kesan ekologi terhadap tangkapan besar-besaran udang krill.

"Kami khuatir untuk menangkap udang krill dalam persekitaran yang sama dan berlanjutan," kata Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg ketika melawat stesen kajian Troll, 250 km di pedalaman di mana burung petrel salji bersarang di celah-celah batu.

Aker BioMarine Norway yang menjalankan operasi kapal pukat tunda udang krill melancarkan diet tambahan minyak udang krill di 500 buah kedai di seluruh negara tersebut dan mengedarkannya di Amerika Syarikat (AS) pada akhir Mac ini.

"Tahun lalu, kami menangkap 40,000 hingga 45,000 tan udang krill," kata Ketua Eksekutif Aker BioMarine, Helge Midttun.

Minyak jenama Superba tersebut akan menjadi produk udang krill pertama Aker untuk manusia.

Neptune Technologies & Bioresources di Kanada akan menjadi pesaing utama Aker BioMarine.

Pada 23 Januari lalu, panel di AS berpendapat minyak keluaran Neptune, sedia dijual sebagai minyak kesihatan dalam bentuk kapsul. Ia juga selamat sebagai bahan dalam masakan dan akan dipasarkan secara komersial di AS.

Neptune telah menandatangani perjanjian kaji selidik pada 2007 bersama kumpulan pemakanan Switzerland, Nestle dan unit hasil tenusu Yoplait iaitu syarikat pengeluar makanan AS, General Mills Inc. terhadap penggunaan udang krill dalam makanan.

"Udang krill bukan tangkapan yang berlebihan di laut dalam. Kami masih boleh menghasilkan tangkapan yang berpatutan," kata Pengarah Antarctic Krill Conservation Projek, Jerry Leape di Pew Environment Group di AS.

"Tetapi kebanyakan tangkapan tertumpu pada kawasan di mana kawanan udang krill paling banyak. Dan itu adalah tempat di mana banyak haiwan pemangsa bergantung terhadap makhluk ini sebagai bahan makanan," ujarnya.

Tangkapan udang krill bermula pada tahun 1980-an apabila Soviet Union (Rusia) menangkap sehingga 500,000 tan setahun dan menjadikan ia makanan dalam tin untuk makanan manusia.

Tetapi disebabkan udang krill membebaskan enzim pemusnah dan busuk dengan cepat, saintis berkata, rasanya mungkin tidak sedap.

Jaringan teknologi yang dikembangkan oleh Aker Biomarine berjaya mengatasi masalah enzim pemusnah itu dan mengelak ia rosak.

Syarikat tersebut yang bekerjasama dengan kumpulan pemuliharaan WWF dalam mengawal tangkapan udang krill, berkata, ia mungkin boleh menangkap 200,000 tan udang krill setahun dalam masa beberapa tahun akan datang.

Midttun berkata, Pesuruhjaya Conservation of Antarctic Marine Living Resources (CAMLR) telah meningkatkan kuota tangkapan kepada satu peratus daripada jumlah sebenar atau lima juta tan setahun jika jumlah keseluruhan sebanyak 500 juta tan.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu langkah yang baik untuk mengawal tangkapan udang krill agar tidak berlebihan.

Bagaimanapun, saintis turut mengatakan masalah pemanasan global mungkin menjadi masalah terhadap stok udang krill yang masih ada. Namun sukar untuk dijelaskan sejauh mana udang krill mampu bergantung kepada alga yang berkembang berhampiran ais di sekitar Antartika.

"Salah satu persoalan utama yang timbul ialah apa akan terjadi jika ais di lautan hilang atau cair," kata Nicol. - Reuters

Kembali KeRencana/Berita Pilihan

0 ulasan: